Permainan masa kecil 90-an, antara kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja bagi mereka yang pernah melaluinya. Ia mampu mengubat rasa rindu zaman sewaktu kita kecil. Kenangan tersebut bukan sekadar ubat rindu zaman kecil, malah kenangan bersama insan yang telah tiada juga.


Apakah jenis-jenis permainan masa kecil 90-an

Antara permainan yang pernah saya main ketika itu adalah bola lisut, galah panjang, permainan sorok gula-gula ditempat tersembunyi, polis entree dan saidina. Permainan yang saya sebutkan diatas, memerlukan ramai jumlah pemainnya.


permainan  masa kecil 90-an




Permainan Bola Lisut, popular masa kecil

Permainan bola lisut atau baseball, yang popular pada era 90-an ini memerlukan 8 sehingga 10 orang pemain. Entahlah, di kampung kami memang bola lisut diberi gelarannya. Permainan ini lebih kurang 'kriket' di negara India. Ada tukang pukul bola, jaga line, tukang campak bola kepada pemain, dan  tukang lari selepas bola dipukul.



Bagaimanakah cara bermain permainan bola lisut

Apa yang menariknya, sebaik bola lisut di baling kearah pemain. Pemain perlu memukul bola tersebut sekuat hati. Tujuannya adalah supaya bola tersebut, boleh  pergi sejauh mungkin. Serta inilah peluang terbaik kepada pemain dapat berlari melepasi beberapa pusingan sehingga bola yang dipukul tadi ditemui oleh tukang campak bola.

 

Mencabar mahu cukupkan pemain

Teman sepermainan saya diwaktu kecil, memang tidak ramai. Tiada yang sebaya umur. Hanya mempunyai jiran sebelah rumah sahaja iaitu teman rapat kakak. Itulah juga rakan sepermainan saya. Manakala, teman beberapa jarak dari rumah, tidak begitu rapat. Jarang kami bermain bersama.


Oleh sebab permainan ini memerlukan ramai pemain. Saya selaku yang mengajak bermain, diberi tanggungjawab besar untuk mencari pemain bagi mencukupkan ahlinya. Bukan hanya anak-anak jiran tetangga terdekat sahaja saya mengajak untuk bermain. Malahan, jiran yang jaraknya satu kampung turut diajak.


Anak-anak jiran bukan sahaja berumur 7 tahun diajak oleh saya, bahkan anak jiran yang berumur 10 dan 11 tahun juga ada ketika itu. Nampak tak kegigihan saya disitu? begitu serius sekali untuk bermain permainan masa kecil 90-an kan? jantina tak kira perempuan dan lelaki diajaknya. Sanggup saya ke rumah mereka, ketuk pintu  untuk pujuk bermain ketika itu. 


Permainan bola lisut ini, jika nak bermain. Kami setting jam 5 petang lagi, sebelum maghrib mesti habiskan. Jika tidak, kami tinggal  begitu sahaja permainan tersebut. Maklumlah, kami bermain di dalam kawasan rumah tinggalan.


Semuanya menjadi kenangan, setiap pemain. Bila diingatkan kembali, memang kelakar habis. Ada bergaduh je, sebab pasukan yang sama sahaja menang. Biasalah, bermain dengan budak-budak kan? kalah je, mengejek lah kami ni. Mengejek akibat rasa tidak puashati dengan kemenangan mereka. Mujurlah tidak serius pergaduhan, ada abang sepupu yang tolong tenteramkan keadaan ketika itu.


Apabila masing-masing sudah membesar, tiada lagi permainan seperti itu. Ianya bermula apabila abang memiliki permainan Nintendo ketika itu. Banyak permainan yang aku bermain, cuma agak terhad permainan tersebut.


Peredaran arus zaman, akhirnya permainan semuanya boleh dimain melalui komputer, komputer riba dan juga melalui telefon mudah alih.


Permainan ini diperkenalkan oleh rakanku, Eyqahasnan.


Alhamdulillah, hanya perlu menaip di Google dengan https://plays.org/ . Bila saya stress dengan ghostwriting job, otak pun perlu direhatkan juga dengan bermain permainan secara online. Kali ini, saya bermain dengan Survival Game .


permainan-masa-kecil




Survival Game 


Permainan yang boleh dikatakan popular pada zaman kecil, tetapi dengan kecanggihan dunia. Jepun telah mempopularkan permainan ini kembali. Survival Game adalah permainan yang memerlukan jumlah pemain yang begitu ramai. Antara lingkungan 10-20 pemain.


Kalian hanya perlu bergerak pantas, dan berhenti apabila makhluk gergasi memusingkan badannya ke hadapan. Jika tidak, kalian akan ditembak mati. GAME OVER ya.



Kesimpulannya:

Permainan yang dibina ini, bukan sahaja memiliki satu jenis sahaja, bahkan ianya mempunyai lebih daripada 100 jenis permainan di play.org . Apa yang menariknya, kalian tidak perlu muat turun aplikasi untuk bermain. Cukup bermain secara 'online' di website mereka.

 

Setiap permainan yang ada semuanya adalah percuma. Dari jenis yang menguji minda sehinggalah menguji ketangkasan masing-masing serta membina strategi. Jom hilangkan 'burnout' bekerja, suri rumah dan belajar dengan bermain permainan ini. Akhir kata, dapatlah saya mengubat rindu  ini kepada permainan zaman kecil 90-an