Pengalaman Ngeri, buat saya bertukar kepada Noxxa Steamer Amway

 Akhirnya, terbeli juga dengan Noxxa steamer ni. Beli semasa PKP fasa ke-2 tahun 2021, masa tu dapat keluarkan duit KWSP kan? beli jer lah satu unit. Korang kalau nak tahu, saya ni dulu anti betul dengan produk Noxxa. Tak tahu lah sebab apa, entah lah nak kata. Tapi, tup-tup terbeli juga di Shopee. Masa beli tu, saya tak tengok jenama. Saya cari gajet yang memudahkan urusan memasak seperti mengukus dan masak makanan sihat tanpa minyak. Jadi, Noxxa steamer Amway ini lah pilihan terbaik.



Resipi menggunakan steamer Noxxa Amway : Puding Roti Karamel Khairul Aming

 

 

noxxa-steamer
Saya beli secara online di Shopee. Cepat sampai. Dalam gambar saya steam ayam. Nak masak ayam masak merah

 

Nak masak ayam masak merah, saya selalu gunakan Noxxa steamer ni jer. Dengan tulang ayam sekali jadi lembut. Kaki ayam tu pun sama. Kalau buat kerabu kaki ayam, mesti sedap. Lembut sangat!

 

 

 Resipi lauk ayam masak merah versi kenduri

 

Dulu memang ramai lah yang jual Noxxa steamer di laman media sosial Facebook. Siap boleh main kutu lagi. Tetapi itulah, bukan cara saya untuk berhutang. Lagi pun, saya tidak berminat dengan hutang. Ada duit, terus jer beli. Mudah kan? takde lah terikat.



Bercakap tentang kena ikat ni, beli di Shopee sebab tak nak terikat dengan seller. Kadang seller akan add friends kita, jika buat belian di facebook. Hahaha~ bukanlah apa. 

 

Saya ni betul-betul tak suka seller tambah saya sebagai kawan, selepas itu mula di tag dengan pelbagai jualan dan ada juga yang inbox dengan promosi itu ini. Saya jadi serabut tau, bukanlah sombong. Maaf ya, rakan seller sekalian. Sebab itu bukan cara berniaga yang sebenar. Ia menganggu privacy.





Pengalaman lalu, sebelum saya tekad membeli Noxxa Steamer

Semuanya bermula dengan kejadian, tangan saya terkena air curahan daripada pressure cooker brand China. Perkara nak terjadi kan, masa tu hari Jumaat.



Saya nak masak lauk tengah hari Jumaat dengan Sup daging yang telah dipesan oleh suami. Dalam kekalutan memasak, belum sempat lagi periuk cooker tu dikeluarkan wapnya. Terus saya buka penutup pressure cooker. Macam letusan gung berapi air rebusan tu keluar. Mujur muka saya tidak cacat terkena air tersebut. 

 

Menjerit saya menggelupur kepanasan. Hampir 80% tangan saya melecur. Saya meraung teruk masa tu. Air rebusan daging tertumpah pada tangan kiri dan sedikit terkena tangan kanan serta kaki.

 

Masa tangan melecur teruk tu, anak lelaki nombor 3 terus solat untuk minta pada allah kurangkan kesakitan mama nya. Hahah. Tapi memang betul, panas sangat tangan sewaktu terkena curahan air kukusan.



Dipendekkan cerita, saya trauma teruk dengan kejadian tersebut, Pressure cooker tersebut saya buang. Selama trauma, saya menjadi ketakutan untuk memasak lauk yang perlukan steam. Saya juga tidak memasak hampir sebulan, dek terkena curahan rebusan air daging atas kedua belah tangan dan sedikit percikan ke kaki.



Allah buka mata

Ya, Allah buka mata saya untuk membeli Noxxa Steamer daripada Amway. Sungguh! sejak saya beli steamer, segala ayam dan daging yang mahu di lembutkan semuanya saya masak dalam tu jer. Memang berkesan untuk melembutkan daging dan ayam.



Selain itu, saya juga mengukus makanan lain seperti ubi kentang, ubi kayu, telur rebus, kek kukus, pau dan keropok rebus. Memang menjimatkan masa saya duduk di dapur. Masukkan barang-barang, dan set kan masa terus tinggalkan. Nanti akan ada timer berbunyi.



Noxxa steamer Amway

Noxxa steamer saya beli dulu, dengan harga RM 450.00. Boleh terus ke pautan > Noxxa Steamer Amway



noxxa-steamer

Bulan ramadan dah nak dekat, saya cadangkan suri rumah mesti beli Noxxa steamer ni satu. Jimatkan masa tak payah lagi menunggu kat dapur berjam-jam lamanya. Nanti nak raya pun nak masak ketupat nasi dan ketupat pulut kan? yang ni pun boleh guna.




type='text/javascript'>