Ujian rumah tangga, memang tidak terlepas bagi pasangan yang berkahwin. Begitu juga kami, kini usia perkahwinan kami menginjak ke 13 tahun pada 3 Februari yang lalu. Iaitu tarikh kami berkahwin pada 3 Februari 2011. Dalam tidak sedar, rupanya sudah 13 tahun kami mengharungi bahtera bersama. Patutlah pelbagai dugaan yang datang saban hari, minggu, bulan dan tahunan. Ujian perkahwinan kami melalui daripada manusia, allah, dan mahkluk yang kita tidak nampak dengan mata kasar.

Masya allah, tabarakallah. Alhamdulillah, kami dikurniakan anak seramai 6 orang. Tetapi yang hidup hanya lah 4 orang. 2 orang sudah menanti mama dan abah di pintu syurga, memori paling menyedihkan kami seisi keluarga.  

ujian-rumah-tangga
ujian rumah tangga ada pasang surutnya dalam melayari bahtera bersama

Ujian rumah tangga menurut islam

Turut diuji allah dengan ujian rumah tangga. Amat meyakitkan, tetapi itulah. Hati yang kental sahaja dapat mengharungi dengan baik. Masa kami berkahwin, saya berumur 24 tahun, manakala suami 32 tahun. 

 

Dalam perkahwinan memang tiada istilah kawan-kawan lagi yang berlainan jantina. Sebab akan ada syaitan yang menyelit diantara pasangan berkahwin. 

 

Selain itu, ujian rumah tangga menurut islam. Ada yang cakap 5 tahun perkawinan, kemudian diikuti apabila usia perkahwinan mencecah 10 tahun pula selepas itu kan? 

 

Ujian rumah tangga ni, tidak mengira berapa usia. Jika allah hadirkan ujian tersebut, maka jadilah. Ujian rumah tangga menurut islam merangkumi :

 

Allah menguji dengan  kesihatan.

Seperti  pasangan, dan anak-anak sakit.

 

Ujian rumah tangga melalui hati pasangan. 

Hati manusia allah pegang, dan bila-bila masa boleh berbolak-balik. 

 

Ujian rumah tangga melalui wang ringgit. 

Biasanya, hampir semua pasangan bermula dengan kehidupan yang susah selepas berkahwin. Serta kewangan  menjadi stabil apabila rumah tangga sudah matang. 

 

Ujian rumah tangga dengan zuriat.

 Kadang allah lewatkan kedatangan zuriat, mungkin sebab allah nak berikan pasangan tersebut serasi, bercinta dan mengenali pasangan sebaiknya.

4 Perkara diatas saya sudah melaluinya sepanjang 13 tahun melayari bahtera. Sungguh, ujian allah benar belaka. Dan, paling teruk saya pernah dihina tidak bekerja serta menjadi suri rumah yang tidak bekerja di pejabat. 

Dari hinaan tersebut, saya berusaha mencari duit poket sendiri. Pelbagai bisnes saya mencuba, selepas saya membuat keputusan untuk berhenti kerja sejak 2012 kelahiran anak pertama . Jual produk kecantikan, MLM, jadi agen produk kesihatan, jual sabun homemade, roti dan biskut raya. Akhirnya saya penat berniaga begitu. Sebab tidak kena dengan jiwa. 

Dan, sekitar tahun 2016 jadi blogger. Aktif menulis produk review di blog. Kemudian pertengahan tahun 2020, serius menjadi penulis upahan sehingga kini serta 2023 membuka Kelas Basic SEO

 Sejak menjadi penulis upahan, circle saya bertambah baik. Allah hadirkan bersama orang-orang baik kepada saya. Alhamdulillah, syukur sangat ya allah. Klien yang baik-baik, begitu juga dengan rakan-rakan penulis.

 

 Ulang tahun Perkahwinan ke-13

Kami tidak menyambutnya beria. Sekadar bertukar-tukar ucapan dan doa daripada pasangan sahaja yang kami berikan. Kami adalah pasangan yang  sukakan kesederhaan dalam kehidupan rumah tangga. Tiada percutian istimewa dan hadiah sempena anniversary. Kami golongan B40, sedar diri.

Rasanya, kami pasangan straight forward juga. Nak apa tak boleh berkias-kias. Minta jer terus.  Pernah minta gelang dengan suami. Suami dah tak izinkan lagi. Sebab gelang dulu hilang. Maka, tinggal lah barang kemas cincin bertunang sebentuk dan rantai kahwin jer.


Tapi jika  berkeinginan nak bercuti, suami lah yang suka lakukan surprise. Kadang-kadang, tengah hari baru nak bertolak. Yang terdekat sahaja, percutian hujung minggu. Kadang-kadang di Terengganu, ada masa juga naik ke Kuala Lumpur juga sesekali tanpa perancangan awal. Nak percutian jauh lagi, kami kena tunggu cuti panjang. 

 

Walaupun kami berkahwin dengan pasangan yang panas baran. Sama-sama anak nombor 3. Jika ada berlaku pergaduhan kecil, salah seorang antara kami akan senyap seketika. Kemudian, luahkan apa masalah tersebut serta mencari jalan untuk perbaiki. Serta drama airmata berbaik. Adakalanya, anak sulung yang menjadi orang tengah kami untuk berbaik.

 

Sesekali keluar dating berdua dengan suami malam-malam. Ehehe. Itu pun mendapat pelepasan daripada 4 orang anak-anak tau. 

 

Semoga perkahwinan kami dalam lindungan allah selalu. Cukup melengkapi antara satu sama lain. Menghargai satu sama lain dan menggalas tanggungjawab keluarga bersama. Pesan saya, sebagai isteri biarlah suami mencintai kita sepenuh hati. Jangan sesekali mencintainya sepenuh jiwa raga, kerana hati perempuan serapuh dedaun kering. 

 

Dalam mengharungi ujian rumah tangga, selaku menjadi isteri perlu memiliki hati yang kental. Tidak boleh lemah,sentiasa kuat. Demi keluarga. Sebaiknya mempunyai pendapatan sendiri. Tidak bekerja di pejabat pun tidak mengapa. Asalkan ada duit masuk, hasil dari titik peluh sendiri bagi kegunaan peribadi. Dengan memiliki pendapatan sendiri, ianya menjadi satu penanda aras kejayaan bagi wanita bergelar suri rumah.