Bantuan khas awal persekolahan 2023 - Meringankan beban Ibu bapa

    Syukur kepada Allah swt, apabila Furqan yang berada di tahun 1 kini mendapat Bantuan Khas Awal Persekolahan 2023. Rezeki anak-anak yang bersekolah tahun 1 bagi sesi 2023. Apa yang bezanya, sesi persekolahan diberikan wang bantuan sebanyak satu ratus lima puluh sahaja, serta diberi bantuan tambahan sebanyak satu ratus ringgit .





bantuan awal persekolah
Furqan darjah satu bagi sesi 2023



Pada majlis yang diadakan pada hari Isnin lalu,  bertarikh 3 April 2023 bersamaan 12 Ramadan 1444H. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Pelindung, Kuantan. Majlis penyerahan bantuan Khas awal persekolahan 2023 dan  Prihatin Pahang Dun Beserah, Daerah Kuantan telah dirasmikan oleh YH Dato' Indera Mustaffar Kamal bin Abd Hamid. 


Saya selaku ibu kepada Muhammad Arif Furqan sangat bersyukur kerana mendapat bantuan tambahan sebanyak satu ratus ringgit. Jika diingati kembali, Wardina Soffea pada tahun lepas hanya mendapat bantuan sebanyak satu ratus lima puluh ringgit sahaja. Alhamdulillah, rezeki pelajar  sekolah rendah tahun 2023. 


bantuan awal persekolahan 2023
Keseluruhan bantuan khas awal persekolahan 2023 sebanyak RM 250






Bersyukur kehadrat ilahi, sebenarnya kami adalah dari kelompok yang tidak layak kerana suami mempunyai pendapatan melebihi  tiga ribu ringgit. BRIM pun kami tidak layak sebenarnya. Tetapi bila dapat, rasa bersyukur sangat. Kebetulan ekonomi keluarga tidak stabil, jadi duit tersebut boleh digunakan bagi membuat pembelian baju sekolah Furqan selebihnya simpan sebagai duit belanja harian dia ke sekolah





P/s : Dikala ekonomi tidak stabil, saya seperti biasa dengan kerjaya sepenuh masa sebagai SEO Ghostwriter Malaysia. Mengambil upah menulis artikel SEO, buat Kelas Basic SEO, menulis e-book, copywriting ( ayat jualan bisnes ) ,  menulis konten klien dan manuskrip buku serta 16 jenis penulisan lain.



Sisi lucu Muhammad Arif Furqan selepas pulang dari terawih. 


"Dik, ambil duit ni." Note merah dihulurkan kepada Furqan, sejurus melalui depan seorang pakcik tua.


"Ha? tak nak, tak nak." Ujar Furqan.


"Ni duit raya, pak cik nak beri." Sambung pak cik tersebut sambil memujuk.


Furqan membuka langkah seribu kali ini meninggalkan abahnya keseorangan di dalam masjid.


Setibanya di rumah, suami menceritakan seperti peristiwa diatas.


Saya terus melakukan soal siasat keatas anak yang berumur 8 tahun.


"Furqan, mama nak tanya sikit. Betul ke tadi orang beri duit di masjid?"


Mengangguk. Kemudian, dia memberitahu bahawa "Furqan ingat lagi pesan mama. Orang bagi duit jangan ambil. Nanti orang culik."


Tepuk dahi saya mendengarnya.


"Sape nak culik awak tu? kan ada abah situ. Mana lah orang nak culik budak kalau ada penjaga."


"La, rugi lah tak ambil duit tu." Keluh Furqan sambil memandang abahnya. 




type='text/javascript'>