4 Panduan pilih warna baju yang sesuai untuk kulit sawo matang

Warna baju yang sesuai untuk kulit sawo matang, tentulah pilihan warna yang tidak terlalu menonjol ( striking ) apabila digunakan oleh individu yang berkulit gelap. Sebagai contoh warna bersesuaian adalah  royale blue, merah, putih, warna cream, yellow mustard, dan beige. Dalam artikel ini terdapat 4 warna pilihan baju sesuai bagi  kulit sawo matang.

 

 

 

warna-baju-yang-sesuai-untuk-kulit-sawo-matang
sawo matang in english we called tan skin.

 

Apakah Kulit Sawo Matang

 

Jika kalian tidak pasti atau keliru kulit sawo matang macam mana. Ni ha, macam kulit saya lah. Kulit sawo matang ni bukan lah warna hitam macam buntut kuali tu. Ada juga yang gelarkan saya si hitam manis.  Tak kisah lah. Janji saya tahu warna baju yang sesuai untuk  kulit sawo matang. 

 

Jangan ada yang tidak tahu bahawa, kulit sawo matang adalah idaman mat salleh di luar sana tau.  Tan skin.. jadi bersyukur lah.

 

Kesan penggunaan warna baju  yang tidak tepat 

 

Sebelum ini, saya pernah bereksperimen dengan beberapa warna pakaian, dan akhirnya menjadikan kulit saya semakin kusam dan tenggelam dengan warna tersebut. Pergh~ dan disebabkan masalah tersebut saya kelihatan tidak berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. 

 

Warna baju yang sesuai untuk kulit sawo matang : 

 

1. Royale blue


Sebelum ini, saya takut sangat mahu menggunakan warna biru atau Royale Blue. Tetapi disebabkan rasa selesa. Dan paling penting, warna ini juga menaikkan aura diri saya, selaku pemilik kulit sawo matang. Bergemerlapan gitu~ lagi satu warna royale blue juga nampak elegan. 

 

warna-baju-sesuai-kulit-sawo-matang

 

2. Cream 

Warna khaki atau lebih jelas sebagai cream. Warna ini akan contra dengan kulit sawo matang. Elegan je, tidak menonjol. Sweet je kalau pakai. Nampak effect muda jika digunakan oleh si kulit sawo matang.

 

 

3. Soft Pink 

 

Si kulit sawo matang akan kelihatan manis, dalam masa yang sama sedap mata memandang. 

 

4. Yellow mustard

Jangan pula kalian tidak tahu, warna yelllow mustard atau kuning ini sangat membantu dalam menaikkan warna tona kulit si pemilik sawo matang. Dikatakan dapat mengimbangi warna kulit dengan baju tersebut. Warna yellow pun dapat menarik mata-mata untuk memandang ya.

 

 

warna-baju-sesuai-untuk-kulit-sawo-matang

 

Kesimpulannya :

Semoga kekeliruan dengan penggunaan warna baju yang sesuai untuk kulit sawo matang terjawab dalam artikel ini. Selepas ini, kalian sudah tidak perlu lagi meniru orang lain untuk berpakaian. Kerana warna setiap tona kulit tidak sama. Sila raikan kulit sawo matang kalian.





type='text/javascript'>