Kontrak 5 Bulan Sebagai Penulis artikel Website Pelanggan

Kontrak 5 bulan sebagai penulis artikel website pelanggan, antara pengalaman paling manis saya setakat ini. Sepanjang 5 bulan, saya di minta keluarkan 30 artikel secara bulanan dalam tempoh itu. 

 Asbab doa yang pernah saya minta dulu, Allah maha baik telah mengabulkan doa saya. Dari sini saya dapat banyak pengalaman beharga sebagai penulis artikel SEO.

  
Nak dijadikan cerita, bulan lepas ramai sangat syarikat overseas hantar e-mail kepada saya. Bukan nak beri job, tapi nak cari job di blog saya. Adeiii, Kalau seorang dua, mungkin lah scammer. Tapi keseluruhan 5 buah syarikat. Semua beritahu saya, bahawa blog ehbelogaku ada major error . Hampir terkeluar bola mata ni, patutlah merudum. 



Table of Contents

penulis-artikel-website




Menganggu SEO di Blog 



Selain views merudum, turut menganggu SEO. Di akhirnya, blog tersebut tidak mesra Search Engine Optimization ( SEO ) .

   
  

Apa lagi saya, terus cari jalan penyelesaian. Kali ini, saya dah tak upah orang lagi, memandangkan slot ghostwriting kosong. Jadi, usaha sendiri godek blog. Buat sikit-sikit dulu, buang mana code yang menganggu loading.  Paling utama saya buang tarikh pada URL Blog Post
    
  


Penyelesaian di Blog 



    
   Alhamdulillah, syukur. Nampak lah progress, sebelum ni blog berat. Dari sini dapat pelajari 


Dalam template blogspot ni ada CSS, JavaScript , PHP dan HTML. Blog belum lengkap sepenuhnya, masih ada masalah yang belum siapkan. Kalau sebelum ni, saya kata susah gila mengenai coding, tapi bila Allah jentik hati saya. Dengan izin Allah, mudah faham bagaimana nak solve error tu.
  
  

  
Apakah tugasan seorang Penulis artikel di website ?



 Teringat dulu, memori saya di lantik sebagai Content Writer website atau penulis artikel website selama 5 bulan. Tugasan saya adalah menulis artikel SEO di website pelanggan.


Iaitu membuat research keyword, menulis artikel, bentang report artikel secara bulanan dan memberi idea.
  
  

Pengalaman datangnya daripada tugasan 



Selain menulis artikel, saya juga di asuh oleh developer supaya selesaikan error yang muncul di website.


Cara asuhan beliau? cari kesalahan ( error web ) sampai jumpa dan selesaikan sendiri ( perlu fix error tanpa bantuan beliau ).  

Dari sini saya dapat pengalaman mahal, walaupun masa tu 5 bulan je khidmat saya di perlukan. Masya Allah ~ dengan izin Allah SWT bukakan jalan untuk saya.  
  
  

Terima kasih pelanggan kepada syarikat  kerana telah percaya servis penulisan saya selama ini.



Rezeki bergolek



Macam tau jer, selain aktif menulis artikel SEO. Kini, saya mEmpunyai sedikit kemahiran untuk fix error di web pelanggan. Pelanggan lama meminta saya fix error di Core Web Vitals.  

Di bahagian ini kebanyakan error daripada elementor, product dan penggunaan image terlalu besar.

Pengalaman tersebut saya gunakan untuk pelanggan sedia ada artikel untuk kerja-kerja teknikal di website pelanggan.


Kini, masalah di platform Blogspot dan Wordpress saya boleh fix error dengan sendiri. Cuma masih diperingkat pemula, saya tidak berani mengambil upah pelanggan baharu.


Setakat ini, saya sudah fix error di blog Wordpress, website, dan blog personal saya.


Disebabkan result tersebut, Masya Allah . Klien artikel lalu mahu saya teruskan projek dengan fix Google Search Console di website beliau.


La hawla wala quwwata ilah billah. 


Justeru itu, ini mungkin doa-doa yang saya sering minta kepada Allah SWT. Saya minta Allah tunjukkan jalan lain, selain menjadi penulis artikel SEO, dan  Pengajar Kelas Basic SEO .  


Alhamdulillah, kemahiran ini memang mempunyai kaitan dengan SEO .