Bagaimana saya mula berniaga selepas berhenti kerja?

 Akibat toksik di tempat bekerja 12 tahun lalu, saya nekad berhenti kerja. Baik daripada rakan sekerja lelaki dan juga 2 bos lelaki. Walaupun ketika itu, jarak di tempat kerja tu depan rumah je. Tak sanggup bila bermain dengan mental dan fizikal. Masalah di tempat kerja dan di tambah pula dengan masalah baby yang asyik menangis 24 jam. Allahuakbar! masa tu betul-betul ujian. 


Berhenti-kerja




Kisah mengenai anak saya, boleh di baca pada baby sawan tangis . 


Jujurnya, suami memang tidak izinkan saya berhenti kerja ketika itu. Saya cakap kepada suami, "tolong percayakan saya!" Sebelum saya berhenti kerja, 5 bulan gaji saya tidak usik. Dari sini saya gunakan sedikit sebagai modal perniagaan. 


Pastikan ada perancangan sebelum berhenti kerja


Sebelum saya berhenti kerja, memang sudah mempunyai perancangan sendiri untuk berbisnes. Suami pun tidak tahu perancangan sebenar saya. Masa ni, saya hanya ikutkan kata hati sahaja. Tiada strategi, apatah lagi ilmu dalam perniagaan. 


Sebelum berhenti kerja, 2 bulan sebelumnya saya sudah membuat pinjaman daripada AEON Credit sebanyak RM 3,000.00 untuk pusingan modal perniagaan. 



Rezeki Baby 


Belum lagi berhenti kerja, saya sudah aktif berniaga secara online. Masya allah, tabarakallah. Rezeki anak sulung. Lancar rezeki saya dalam perniagaan ketika itu. Boleh dikatakan, setiap hari ada tempahan daripada pelanggan sekitar Kuantan. Siang saya bekerja, dan pada malam hari pula pergi menghantar pesanan kepada pelanggan. 



Kedai online 


Masa tu, whatsapp dan call tak putus masuk . Pelanggan yang datang semuanya dari blog peribadi saya. Bayangkan macam mana saya tidak menang tangan membalas whatsapp. Sehinggakan bos saya ( melayu lelaki )  di tempat kerja pun dah menjeling kepada saya, setiap kali phone saya berbunyi setiap kali masuk panggilan. Walaupun ketika rehat, saya berehat di ruangan yang disediakan. Ini lah menjadi punca utama juga untuk saya berhenti kerja segera. 


Balik kerja, bawa laptop dan singgah rumah mak untuk buat blog peribadi. Maklumlah, baby asyik nak melekat je masa ni. Jadi, mak dan adik-beradik yang pujuk baby untuk beri masa saya untuk buat blog. 


Usaha bersungguh-sungguh. Sampaikan menangis juga lah nak create blog sebelum berjaya tu. 


Tanya suami yang berkelulusan IT, dia tidak tahu hal-hal berkaitan create website dan blog. Langsung saya usaha sendiri dengan airmata berpandukan GOOGLE. Blog saya berwarna warni ketika itu ( 2012 dengan menggunakan domain nurimanqhaisara dot com ) , namun alhamdulillah. Masih ada yang menghubungi saya untuk dapatkan produk yang dijual oleh saya. 




Produk 


Antara produk yang saya jual ketika itu adalah produk kesihatan seperti supplemen. Iaitu Aura White, Maixara dan Sabun Vitamin ACE.


Bagi produk Aura White saya jadi agen. Jadi agen perlukan modal sebanyak RM 900 untuk dapatkan harga agen bagi 10 jar. Di jual pula pada harga RM 150. 


Disebabkan jualan saya meningkat dalam masa sebulan, stokis  pujuk rayu untuk menjadi agen lain juga. Maka, saya pun terikut juga menjadi agen pada 6 bulan seterusnya. Produk seterusnya, saya jadi agen Maixara. Yang ni, permintaan kurang. Menyesal pula masa tu sebab modal lambat pusing. 


P/S: Maaf, gambar ini sahaja yang ada dalam simpanan. Lain-lain tidak ada, sebab masa tu saya berfikiran cetek. Langsung tak ambil gambar untuk setiap bisnes sebagai bukti dan kenangan.


Di tindas oleh stokis


Selepas kejadian, saya dah serik dengar cakap stokis.  Dan menjadi dropship sahaja bagi produk SNE. Masa ni, saya beli sekotak sahaja dan jual secara loose. Memandangkan ada segelintir pengguna yang kurang berkemampuan ketika itu. 


Jualan SNE saya dah banyak point masa tu selain sekotak sebagai modal dan yang lainnya adalah jualan sebagai dropship, tapi entah lah macam mana. Saya rasa di tipu oleh stokis. Katanya, point saya bulan semasa tu dibawa ke bulan seterusnya atas arahan pihak atas. Saya pun pelik, rasakan ada berlaku penipuan di situ. Sepatutnya, point bulan semasa tidak boleh di bawa pada bulan seterusnya seperti biasa.


Apa yang saya sedar di tipu ialah bulan kedua tu, stokis senyap sahaja. Point-point saya lenyap begitu sahaja. Sedih kan? buat sales bagai nak rak.



Berjaga-jaga 


Selepas ditindas begitu sahaja oleh stokis. Saya nekad untuk tidak lagi menjadi mana-mana agen. Terus saya block stokis tersebut di Facebook mahupun di Whatsapp. Sakit hati punya pasal. 


Kemudian, saya berniaga sendiri. Jadi agen vitamin C Pharma Pahang. Ketika ini saya mempunyai pemborong tetap dari Sabah. Alhamdulillah., dah tak kena paksa untuk jadi agen lain dah sebab Stokis vitamin C ni baik.  Di gabungkan dengan menjual Kolagen rumpai laut ketika itu. 



Produk Jualan berubah-ubah


Sempat menjual vitamin C pahang Pharma  hampir 2 tahun sahaja. Kemudian, harga melambung naik. Saya teruskan bisnes dengan menjadi penjual sabun homemade. Perniagaan ini hanya 6 bulan bertahan, sebab persaingan sengit. 


Apa yang menariknya, saya menjual sabun muka jerawat dan sabun bidara. Masya Allah, tabarakallah. Sabun yang mendapat permintaan tinggi adalah sabun bidara yang saya buat sendiri. Ramai yang peroleh kebaikannya. 


Kemudian, mengandung anak ke-3 saya menjual roti dan biskut raya. Boleh tahan sambutan jualannya, kerana saya membawa sampel biskut raya dan roti ke sekolah anak. Saya sponsor roti-roti semasa jamuan sekolah tadika anak. Syukur! dari sini dapat jualannya. Pada ketika ini, offline sahaja perniagaan roti dan biskut raya. 


Tak lupa juga, sambutan menggalakkan daripada jiran tetangga. Setiap hari dijual roti panas sebanyak 2 kilo tepung. 


Bila lahirkan anak nombor 3, saya berhenti menjual kerana kelasakan anak lelaki. Habis dipijak roti saya dan ada satu hari kakinya terkena oven. Suami pun dah tidak izinkan saya menjual lagi.



2016 


Rasa sunyi sebab tiada apa nak dibuat, maka saya teruskan menulis di blog. Aktif menulis dan menjadi blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA9). 


Sebelum menjadi ahli Kbba9, saya menulis secara misteri di blog dengan menggunakan nama ehbelogaku dot com. 


Seterusnya, saya tidak berasa puas apabila menulis untuk diri sendiri, terus serius menjadi Ghostwriter. 


Berbekalkan pengalaman saya sebagai peniaga suatu masa dahulu, jadi saya boleh related dengan klien-klien yang mengupah saya selaku penulis upahan mereka. 


Jadi Ghostwriter ni serasi dengan diri, kini sudah 4 tahun bergelar penulis upahan di belakang tabir. Ok lah tu. Ada pendapatan tetap. Boleh bantu suami juga, ada simpanan bulanan, dapat memberi mak dan abah duit bulanan. 


Pesan saya bagi sesiapa yang mahu jadi Ghostwriter :



1. Cari circle Ghostwriter. Berkawan dengan semua Ghostwriter. Jangan sesekali sombong.



2. Sertai mana-mana kelas penulisan untuk dapatkan ilmu. 


3. Buang ego, sila upgrade skill jika mahu pergi lebih jauh dalam industri. Walaupun kita mempunyai kelulusan daripada mana-mana IPTA sekalipun. Wajib upgrade skill dalam penulisan. 


4. Hindari toksik di media sosial. Ini kerana sikap toksik akan mematahkan semangat anda untuk jadi kreatif dan berkarya. 


5. Rajin buat personal branding di mana-mana media sosial yang anda aktif. 


Nak jadi Ghostwriter mesti minat menulis bagi pihak klien, ini syarat utama. Bukan semata-mata kerana wang ringgit. 


Sesiapa nak tahu bagaimana kerja-kerja seorang ghostwriter, boleh dapatkan buku Unseen Writer sekarang di > Unseen Writer 














Catat Ulasan

0 Ulasan