Shopping Bahan-bahan untuk Bikin Biskut Raya di Kedai Bakery


10:41 PM


Aktiviti membeli barangan biskut raya di bakery  |   Petang tadi,last minit suami ajak beli bahan-bahan untuk membuat biskut raya.Hari ini pun dah puasa ke 14.Maka menggelabah lah semua kaum isteri di luar sana untuk projek membuat biskut raya.Ahaks!




em..kalau zaman Ina kecil-kecil dulu ni.Puasa ke 14 dah banyak mak buat biskut raya.Mungkin dah 4 jenis dah kuih raya.Sebab mak suka buat selepas sahur 2 jenis.Esok hari lagi 2 jenis dan seterusnya.Boleh cecah 10 jenis lah




bahan bakery, beli barangan nak buat biskut raya di kedai bakery
Tadaaa! ni jer beli bahan-bahan nak buat biskut raya

 Okay,kat atas tu adalah bahan-bahan untuk buat biskut raya.Erm, tahun ni dah tak nak over budget dah.Macam tahun lepas,giler punya budget semua lari kat bahan-bahan nak buat biskut raya jer wei.



Suka membeli Bahan-bahan bagi membuat Biskut raya di Kedai Bakery 



Kalau nak buat biskut raya,memang kedai bakery menjadi pilihan Ina untuk membeli. Salah satunya adalah mudah.Semua bahan yang kita nakkan semuanya  ada di satu tempat sahaja berbanding supermarket.


Lagipun,di kedai bakery ni.Packaging dan dari segi harga amatlah murah berbanding supermarket.


 Selain tepung gandum,tepung ubi,tepung kacang hijau pun ada kat sini.Dan segala kelengkapan nak buat biskut raya dan kek turut dijual.Kan mudah kan? 



Ohh,kedai ni Ina beli di kedai melayu di Balok,Kuantan.Rimbunan Bakery.




pewarna biskut raya,paste emulco jual di kedai bakery


Ni dia paste Dark CHOC Flavour Emulco.Hajat dihati nak bikin biskut semperit bunga.Tetapi memandangkan chip coklat kat atas lupa nak beli.Bermakna kena tukar strategi lahh. Jadi semperit highway la lepas ni.Mudah,hahaha. 




anchor butter,butterlite
Jenis Butter berbuku.Tapi ni lebih kepada marjerin lah.
Ina beli 3 ketul butter jer. Butter pun dah mahal sekarang tau.Erkk,silap beli pula dahh.Dushhh! Anchor tu ada 2 jenis iaitu salted dan unsalted. Dalam kereta baru perasan,kenapa pula lah butter satu tu nipis,rupanya itu  unsalted lah.


 Nak salahkan siapa? anak-anak? suami? Huhhh~ kelam kabut betul kalau pergi ramai-ramai.Maklumlah,barang-barang nak dibeli main save dalam kepala je.Haish~ 


 Anchor yang unsalted tu berat 227gram manakala anchor salted pula dalam packaging 250gram.Tetapi setiap resipi biskut raya semuanya menggunakan 250gram tau.Huhhh~ jeng lah gini.Hahaha.


Untuk pengetahuan korang,butter anchor best.Sebab dia kategori PURE BUTTER.Dulu ina bisnes biskut raya guna anchor dan brand scs (yang ni lagi mahal) .Aroma dan tekstur biskut tu akan jadi sedap.Nak lagi semasa proses membakar.Fuhhhh! Sedap weii. Butterlite tu pun boleh,tetapi butterlite ni lebih kurang macam buttercup.Adik-beradik marjerin juga ni,cuma dia dalam bentuk buku atau ketul.



Butterlite murah sedikit berbanding anchor.Anchor RM 9.50 (Salted) dan Butterlite Rm 5.50.. sebab tu beli butterlite satu.Hihihi.. budget tak banyak kali ni untuk biskut raya.




bahan-bahan untuk biskut raya,senarai beli bahan biskut raya,butter anchor,butter sedap butter anchor
Beli bahan di kedai bakery




  Kali ni beli tepung gandum cap sauh je. Biasa beli cap rose,habis katanya.Huhuuu.. yang ada di kedai bakery tadi tepung roses iaitu tepung biskut.Harga tepung biskut tu Rm 3.30 untuk 1 kilo tepung.Erm,tak biasa pula guna yang ready made punya tepung.Risau kang lari kesedapan biskut raya ku..hahaha ( perasan betul ina ni ).


 Ohh,satu lagi Ina ada beli jem nenas.Tahun ni memang beli jem yang siap jer.Walau kadang kala jem tu manis sangat,ku terpaksa terima.Benda boleh adjust kan? Hihihi. Nak buat jem nenas sendiri,dah tak larat.3-5 jam nak bagi kering betul-betul jem tu. Fuhh, sekali pakej jem tu siap meletup buih lagi tu pun kena ambil kira.Sebab tu harga yang dijual mahal.Macam di bakery ni jual RM 9.80 untuk 1 Kilo jem nenas.


Korang boleh belajar kat sini untuk jem tart nenas : Cara buat inti tart nenas


 Barangan yang Ina beli di kedai bakery tu ialah tepung jagung,tepung gandum 2 beg,Serbuk susu tepung,Dark Choc Emulco paste,butter 3 ketul,minyak sapi premium (timbang),Jem nenas (1kg) dan 3 container untuk isi biskut raya yang siap boleh katup kunci sekali tu.Semuanya berharga RM 56.30. 




Resipi : Semperit Chocolate

9 comments:

  1. xsabar nak tgk hasilnya..:)

    ReplyDelete
  2. buat sendiri kuih raya lagi jimat...lagi satu rasa meriah je nak raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.Suasana lain mcm.. tapi kalo nak siapkan cepat bikin kuih raya,kena pasang radio.Dengar lagu raya.. lagi cepat siap.Hahaha

      Delete
  3. Salam, memang buat biskut ni kerja yang rumit, dari beli bahan hinggalah nak hasilkan biskut tu. Apa pun, hasilnya memang best. Pure satisfaction.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya kaum hawa je yg tau apa itu kepuasan

      Delete
  4. Yang tak rajin nak buat boleh cari yang tunjuk aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tunjuk kebiasaannya menyakitkan.hati. Rasa semuanya sama tp bentuk lain. camana tuu?

      Delete
  5. Oh anchor best rupanya...nasib baik blog ina, dpt lah info pengalaman ina sendiri...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.