Bila Bau krim Muka ni,Teringat Masa Zaman Sekolah





 Halooooo.. Malam tadi ulang rutin kecantikan kulit sebelum tidur.Kali ni pula selepas cuci muka (double cleansing) , guna toner, essence , serum , moisturiser dan krim.


  Malam tadi guna krim muka dari sendayu tinggi pula iaitu pearl cream.Dah lama hilang,beberapa harini mengemas almari di bilik tengah.Terjumpa pula pearl cream ni.


 Bila gunakan pearl cream ni, teringatlah  pula satu ketika dahulu.Iaitu ketika zaman sekolah menengah.Bau krim ni pun agak sama macam krim muka yang pernah beli di pasar malam.Errr,maaflah yea.Tetapi memang sama sangat.Cuma krim tu bekas pink.


Budak Gangster Sekolah Excited nak korek rahsia



 Iyerlah masa tu kan Ina sekolah lagi.Mana lah mampu nak beli krim mahal.Guna pun duit biasiswa lagi tau.Hahaha.. Kaya lah sekejap waktu itu.


 Tak sangka lah juga, guna krim tu kulit jadi cerah.Ehehehe,suka sangat tau. Ikutkan zaman sekolah menengah kulit wajah Ina hitam tau.Aduhhh,malu betul ketika.Siapa pun taknak dekat.Ermm,macam mat bangla dah masa tu tau.


 Ada satu hari tu, Ina ditegur oleh budak gangster.Hihihi. Budak perempuan lah.Dia beriya tau tanya apa produk Ina gunakan sampaikan dapat kulit cerah ( dalam tandas kot dia tanya,ingatkan dia nak paw duit poket.Takut lah jugak).Ahaks! Ohh,yea.Kalau korang nak tau budak gangster perempuan tu namanya Siti Aminah. Dia pun friendlist Ina dalam facebook.Heeeee~


Jangan Kedekut Jika nak cepat nampak hasil!



Erm,bila diingatkan kembali memang kelakar pula. Krim tu juga,memang setiap 2 minggu sekali akan Ina beli untuk stok.Jika tak silap,krim tersebut berharga RM 2.50. Krim muka saiz kecil bersama toner.Tetapi kan,toner tu agak pedih bila dipakai. 


 Krim tu bila di sapu pada muka,memang best.Bau dia yang best.Sama sebiji seperti krim muka dari Sendayu Tinggi tu. Sapu tebal pada muka,memang cepat tindak balas. Selepas guna,memang sekejap je nak nampak kesan.Sebab? Sapu tebal jer.Itu lah petua dia jika nak krim muka berkesan pada kulit.Jangan kedekut dan sayang krim tu habis.Kalau habis beli lah pula. Ehhh,krim sendayu pearl cream ni berharga RM 28 jika tak silap. 



krim muka,krim malam, sendayu tinggi, sebelum tidur guna krim muka
Cakkkk! Pakai krim muka sebelum tidur



Ala, sesekali bagi gambar buruk macam ni.Apa salahnya.korang jangan gelakkan pula yea? HIhihihi.. Guna malam jer krim muka ni sebelum tidur.Sapu tebal-tebal krim pada kulit. Tetapi sebelum pakai krim muka ni,buatlah step seperti yang Ina cakapkan seperti diatas tu yer.Krim muka guna last sekali. 


Mak yang ajar



 Masa kecil-kecil pun,mak pun selalu guna krim pada muka.Zaman mak pula,mak gunakan krim Safi jer.Sama macam angah (kakak). Kulit dia serasi dengan Safi ( penutup hijau ). 


Berbalik dari kisah Ina tu,krim pasar malam yang Ina gunakan sehingga sekolah menengah sahaja.Selepas memasuki alam pekerjaan pula,Ina dah tak gunakan lagi krim muka pada waktu malam.Ermm,asyik sibuk sahaja.Dan sekarang dah berumur 32 tahun ni.Menyesal pula.Kulit ada jeragat dan tompok hitam pada muka.




type='text/javascript'>