Bersyukur Buat Kita dapat Apa Yang Terdetik di Hati






Sejak akhir-akhir ini,banyak betul benda magik berlaku terhadap diri Ina. Hiihihi,alhamdulillah. Pada mulanya tak perasan juga. Semuanya bermula setelah mengikuti Tuan Afnan Rosli di facebook. 



macam mana doa nak makbul?, kelas tuan Afnan Rosli, positif vibes
Feeling Are Prayers




Seperti apa yang dikatakan seperti gambar diatas.Alhamdulillah,syukur sangat.
Baru jer terdetik dihati nak beli seluar jeans.Jumaat yang lepas, ketika menjemur seluar jeans,zip patah. Terdetik dihati.. " kena ganti ni seluar jean yang baru ".





Feeling Are Prayers




Tup-tup, Sabtu baru-baru ini kakak yang dari Johor ada balik ke Kuantan.Dan dia memberikan 2 helai seluar jeans.Alhamdulillah,syukur sangat-sangat. Walau seluar jeans tu hanyalah pre-loved sahaja.Tetapi syukur sangat dah. Seluar pun masih baru. Saiz pula memang sesuai dengan Ina saiz 27. Memang tak sangka betul.


 Nak beli sehelai sahaja jean,tetapi allah berikan 2 helai jeans.Nampak tak disitu? FREE pula tu. Tanpa keluarkan duit sesen pun. Tau apa yang Ina amalkan? Ina follow status di wall Tuan Afnan Rosli jer. Amalkan apa yang dia ajar.



Ini baru sahaja baca dan amalkan di wall Tuan Afnan sahaja.Belum lagi kelas berbayar bermula.Tak sabar lah pula nak mengikuti kelas online nanti.Kelas online berbayar RM 150 ( general bird ), kelas early bird ( RM 120) sudah sold out hanya beberapa minit sahaja. Alhamdulillah, semasa nak transfer duit pun,dah rasa lain macam.Bukan sebab takut duit habis.Tetapi dapat rasa getaran aura dari Tuan Afnan Rosli ni. Besar betul aura dia ni.


Cara nak doa makbul


  Cara nak amalkan feeling are prayers? Doa lah bersungguh-sungguh. Mula-mula,syukuri terlebih dahulu nikmat apa yang kita kecapi hari ini.Contohnya : mempunyai anak, tempat berteduh yang selesa, dapat pasangan yang baik, dapat jadi Ibu dan kerja yang bagus.


  Dari situ lah,kita akan mula berdoa secara bersungguh.Tanpa sedar gugur airmata. Minta lah apa pun. Doa dengan penuh keyakinan.Jangan pernah ada blockage minda. Itu yang kadang-kadang ia tak menjadi.



Selepas mengikuti Tuan Afnan Rosli,Ina dapat rasakan.Cara Ina berdoa sangat lah lain.Tanpa sedar,gugur airmata.Sambil teresak-esak berdoa. Bayangkan setiap kali solat mesti gugur airmata,jika dibandingkan ketika dahulu hanya bertahajud sahaja boleh feel macam tu.



Pokok pangkalnya,kena terima qada' dan qadar dari Allah. Redha apa yang berlaku pada diri kita.. set minda always happy akan bawa lebih banyak happiness dalam kehidupan seharian. 


Jika korang masih tak faham, bolehlah pergi ke laman facebook : Afnan Rosli  .
Yang diajar semua berkaitan hukum sains dalam kehidupan.




Cara berdoa yang betul Ina share : SINI 

9 comments:

  1. terima kasih kerana berkongsi. saya sangat hargai.

    ReplyDelete
  2. huda pun pernah alami situasi gini, semua terdetik kat hati Allah bagi. memang betullah feelings are prayer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. allah beri mengikut sangkaan hambaNya.

      Delete

Powered by Blogger.