Turbo Heating Air Fryer TOROS Pro Chef


8:18 AM
Sebelum ini,kami seisi keluarga hanya memasak dengan menggunakan minyak. Apapun masakan,mesti nak guna minyak.Memasak dalam kuali. Pernah juga terfikir, bahawa minyak itu akan memudaratkan kesihatan. Akhirnya, pada hari ini. Rezeki kami mempunyai barangan elektrik untuk kegunaan memasak di dapur.Dapatlah memiliki satu unit Air Fryer yang berjenama TOROS Pro Chef.





Dari pandangan mata kasar, Pro Chef luaran ni nampaknya seperti robot pula. Dengan bentuk rekaan yang comel. Mudah diangkat,andaikata korang nak alihkan ke mana-mana. Seperti Ina, akan simpan kembali ke dalam kotak jika tidak digunakan. Nak guna,baru keluarkan. Ehehehe, memang amat berjaga-jaga dalam bab keselamatan ni.Extra care,sayang kot.





Air Fryer TOROS Pro Chef Multi Fungsi Memasak






TOROS Pro Chef ni memasak seperti Chef. Nak tau sebab apa kata begitu? Tengoklah butang dan fungsi memasak yang ada tu. Seronok sangat tau. Teruja sangat Ina ni ha. Nak bakar Pizza,grill ayam ikan, stim sayuran,nasi goreng, kentang goreng, nugget ,popcorn,hotdog dan burger.


Yang paling buat Ina teruja dengan TOROS Pro Chef ini, air dryer ini bukan sembarangan tau.Sebab ia juga mampu memasak biskut raya, roti , kek, steak, pizza, pai dan tart telur. Wahhh, dashyat kan penangan air fryer dari TOROS Pro Chef ni.


Ciri Memasak dengan 3 Pilihan Mood Setting TOROS Pro Chef


stir fry, kacau gaul air fryer, mode air fryer memasak fries
Soffea tengah tunggu drumstick masak, guna mode stir fry.Itu yang Air Fryer senget ke tepi



Paling best fungsi TOROS Pro Chef ini adalah ia mempunyai 3 keadaan memasak bagi setiap jenis masakan. Air Fryer ini boleh di adjust untuk gerakkan ke kanan mahupun kiri tau. Faham tak? Dimana ia mempunyai tombol untuk adjust keadaan air dryer tersebut. Andaikata korang nak memasak (roasting) Kentang Goreng, korang boleh pilih setting tombol putih di bawah itu.Selaraskan mengikut menu apa yang korang masak berpandukan manual book yang diberi.


Jika memasak Kentang Goreng, air fryer tersebut boleh di pusingkan ke arah kiri atau kanan.Seperti kaedah memasak kacau lauk pauk dengan menggunakan tangan,tetapi teknologi yang digunakan Toros Pro Chef amat berteknologi. Tak perlu kacau guna tangan lagi kerana Air fryer seperti biasa akan berpusing agar masakan tersebut masak rata.Memasak dengan suhu 240’c selama 25-30minit. Untuk popcorn, sayuran,ubi kentang,hotdog, dan memanggang kekacang juga boleh menggunakan setting ini.


Nak memasak biskut raya dan kek pun boleh. Tetapi jangan gunakan mood setting yang ini. Membakar seperti biskut raya, kek roti ,pizza, pai,steak dan ikan.Korang pastikan ia adalah dalam mood Air Fryer normal (keadaan tegak). Adjust tombol kepada arah atas sahaja.



Jom tengok Air Fryer Toros Pro Chef ni memasak..









360’ Turbo Heating



Menggunakan teknologi turbo supaya pemanasan serata dan cepat panas. Teknologi ini juga dapat menjimatkan elektrik kerana proses memasak akan menjadi lebih pantas dengan inframerah yang berkekuatan tinggi tanpa sinaran, kehilangan haba yang kurang dan penjimatan tenaga yang kuat.


Juga membolehkan kita melihat dari luar proses grill,memanggang, dan membakar.Ini kerana penutup yang transparent. Excited pula bila Ina sendiri yang tengok bagaimana proses memasak itu berlaku.


Ciri lain yang ada pada Air Fryer dari TOROS Pro Chef



Paling Ina suka mengenai TOROS Pro Chef ini adalah ia satu satunya Air Fryer yang boleh memanaskan dengan keadaan 360’, dimana ia berpusing memasak dengan sekata.


Mesti korang risau kan? Bila Air Fryer ni boleh memasak grill, kacau , memanggang serta membakar. Mesti terdetik dalam hati. Boleh adjust air fryer ni, tak risau ke jatuh? Iyerlah, TOROS Pro Chef ni kan dia boleh tolak ke kanan atau ke kiri bila dalam keadaan mode kacau.


Korang jangan risau yea, sebenarnya di bawah tapak air fryer ni sudah mempunyai ciri keselamatan tersendiri. Mempunyai getah supaya melekat di atas permukaan yang rata seperti diatas meja. Ia memang kuat melekat. Dan apabila korang menggunakan Air Fryer ini, ia takkan berganjak/beralih walau sedikit pun dari tempat asalnya. Anak-anak pun tak boleh senang-senang alihkan barangan elektrik macam Air Fryer ni.




Air Fryer dengan kapasiti muatan 7 liter dengan berat 8 kilogram TOROS Pro Chef ini ia didatangkan bersama pot non stick,rack untuk memanggang,penapis, penyepit makanan dan juga pot handle ( digunakan untuk mengangkat pot yang panas).


Syarikat BUFFALO yang beroperasi sejak dari tahun 1957 yang mengeluarkan alatan memasak tahan karat seperti kuali,periuk dan peralatan elektrik.





10  Sebab Kenapa perlu memiliki Air Fryer TOROS Pro Chef


1. Turbo heating : Menggunakan teknologi pemanasan 360’ ,cepat panas. Dapat menjimatkan masa.


2. Suhu : Tak perlu susah nak setting suhu untuk gril,roasting, bake cake,cookies dan pizza kerana ia sudah di setting suhu mengikut menu yang korang nak masak tu.


3. Ia boleh diselaraskan dengan adjust tombol untuk proses roasting.


4. Lain dari lain Air Fryer yang ada dipasaran kerana reka bentuk yang bulat.


5. Ia melekat dengan kuat : semasa menggunakan Air Fryer TOROS Pro Chef. Ia takkan berganjak kerana mempunyai getah dibawah tapak Air Fryer.


6. Tak berkarat : Pot non-stick! Tak perlu letak minyak walau setitis didalam pot tersebut.


7. Saiz 7 Liter ni sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga.Dan bagi penggemar ayam panggang, TOROS Pro Chef lah jawapannya.Muat masukkan seekor ayam tau dalam ni. Dah cuba ni..,ada dalam video atas.


8. Handle holder yang boleh di tanggalkan. Gunakan semasa ingin mengangkat pot panas sahaja.


9. Aksesori lain yang disediakan  ialah pot non-stick, penapis, spade makanan dan rack untuk menggrill.


10. Ciri keselamatan lain :

a) Anti gelincir air fryer kerana di bawah permukaan tapak TOROS Pro Chef terdapat plastic yang melekap untuk memegang permukaan meja dengan selamat dan kukuh.

b)  Juga selamat dibuka penutup Air Fryer semasa proses memasak. AUTO STOP memasak dan akan sambung memasak setelah penutup nya ditutup kembali.




roti bakar air fryer,turbo air fryer, Toros Pro Chef, pemanasan kuasa turbo air fryer
Makan petang dengan roti bakar



Seronok sangat tau! Sekarang ni waktu Ina di dapur kini jadi lebih pendek. Semua proses memasak Air Fryer TOROS Pro Chef yang tolong settle. Ina perlu sediakan bahan-bahan memasak dan tinggal setting sahaja. Tup-tup, siap masak. Terus boleh makan.Haahah.



Handle air fryer boleh tanggal, Air Fryer pilihan surirumah
Handle Holder air fryer yang boleh dicabut . Di gunakan hanya semasa mengangkat pot yang panas sahaja.





goreng ikan tanpa minyak, air fryer ikan goreng, Fried fish
Goreng ikan tanpa menggunakan minyak dengan Air Fryer















A post shared by 🇲🇾 Lifestyle Blogger (@azlina6861) on







VIDEO UNBOXING TOROS Pro Chef ada diatas ini. Jom tengokk..





Harga Air Fryer TOROS Pro Chef 


Okay,baiklah.Mesti ramai yang tertanya akan harga Air Fryer ni kan? Sekarang ada diskaun sebanyak 40% dari harga asal iaitu RM 799 dan selepas diskaun ialah berharga RM 479 seunit TOROS Pro Chef ini. Tawaran ini SAH sehingga 15 September 2019. 


Dapatkan  Air Fryer TOROS Pro Chef ini di Shopee dan gunakan kod diskaun  BUFFTOROS . Boleh beli di Link ini >  http://bit.ly/TorosBlogger








Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial media mereka :





Website : www.toros.my






22 comments:

  1. Canggihhhhh nyaaa rupa airfryer diaaaa. Ni jenama baru ke caner? Kita tgok impress gilossss. Sbb airfryer kat rumah kita normal2 je lah. Ni bapak lawaaaa nampak pulak tu. Rasa macam nak beli satu lagi hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenama baru. Patut cari satu yang jenis ni.Puashati tau..

      Delete
  2. fuiyioh air fryer ni nampak canggih lah sis. banyak fungsi pulak tuh. dulu air fryer yang I guna goreng ikan pon kering jer. nak try lah brand ni. Ikan nampak cantik dengan air fryer ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. Ada mode setting untuk menggoreng ikan. Jadi, taklah kering ikan tu

      Delete
  3. Perghhh firstime kita tengok airfryer macam ni rupa hehehehe nampak sangat canggih dan juga berteknologi tinggi hehehe dengan design yang futuristic hehehee nak juga teringin ada satu. Dalam ni boleh masak kek ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek pun boleh.Cuma saya belum cuba lagi masak kek. Tunggu lah nanti, nak bikin sebiji kek guna air fryer ni

      Delete
  4. Kalau dapat ni memang seronokla memasak. Sihat pun sihat tak payah pakai minyak. Bagus ada infoo nak guna macam mana. Kadang2 baca arahan yang disedikan pun susah nak faham. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok sangat. 3 kali sehari memasak guna air fryer ni.Hihihi.. dapur gas dah tak berasap dah.

      Delete
  5. wah rupa bentuk air fryer ni nampak lain betul ya. dah lama teringin nak ada air fryer sebab dalam proses nak amalkan gaya pemakanan yang sihat :).ikan tu nampak cantik sangat lepas dah masak, emm nak cuba survey jugalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh beli kat link shopee atas.Ada diskaun Air fryer ni,jadi RM 479 jee. Berbaloi lah beli,jika dibandingkan air fryer di luar kapasiti kecil harga dah cecah 5 ratus. Ni sempena ada promosi,baiklah cepat-cepat grab. Memang berbaloi lah miliki satu.

      Delete
  6. bestnya nak cari lah satu airfryer ramai kata memudahkan masakan selain tak payah pakai minyak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer,betul Farah. Menjimatkan masa juga dengan air fryer ni. Tak lah letih kita memasak dengan air fryer ni. Tenaga pun dapat dijimatkan

      Delete
  7. Wahhhh nampak canggih betul air fryer yang nie ya. Bentuk nya macam robot. Tak macam air fryer yg biasa nampak tu. Air fryer nie bagus sbb xperlu pakai minyak utk menggoreng malah dia keluarkan minyak lagi drpd benda yg kita masak tu. Jimat masa pon ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.Since suami pernah ada kolesterol dulu,teruslah bertukar kepada air fryer pula. Nak hidup sihat gitu,bebas minyak

      Delete
  8. Sennag betul ada item nk masak yg mcm TOROS ni.. dah la boleh jimat masa memasak, x yah pakai minyak plak tu.. makin sihat 1 famili... nk kena usha2 jeling2 juga jenama TOROS ni... mcm best je... TQ ina utk info ni...

    ReplyDelete
  9. Wah haraga promo menarik tu. Memang nak cari air fryer sebab nak kurangkan makan makanan berminyak sekarang ni. lagi satu menjimatkan masa.

    ReplyDelete
  10. Oh my god, jelesny atengok ina pakai air fryer ni..dahla design unik.lain daripada yang lain..siap berpusing 360 darjah..pergh ade diskaun ke..nasib samapi september..harap ada rezeki la nak dapatkannya..hehee

    ReplyDelete
  11. Canggih betul air fryer ni. Keluarga I nak kena cari jugaklah, kitaorang dah start nak makan helathy tapi problem tak boleh lagi dari goreng-goreng ni.

    ReplyDelete
  12. BEST tu kak ina.. Teringin nak ada air fryer ada banyak fungsi macam ni.. Part goreng ikan, nak goreng ayam tanpa minyak tu memang win la kan.. 😍 😍

    Harga berpatutan saiz nampak besar sungguh

    ReplyDelete
  13. Bestnya.. Mudah la kalau masak tak payah pakai minyak ni kan.
    Dapo pun tak berminyak terpercik sana sini.
    Wajib ada je ni. Hehe

    ReplyDelete
  14. This Air Fryer is really cool and pro! First time seeing a Air Fryer like this, I really like Air fryer because of its convenient and function.

    ReplyDelete
  15. Wow memang best, cooker macam ni boleh jimat masa, tak stress and all in 1. I also like to try it out.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.