Bila Kisah Magik Berlaku.... Syukur sangat-sangat




Alhamdulillah, pagi ni bangun segar sangat. Rutin pagi, sudah semestinya nak tengok pemandangan disebalik tingkap naco d dapur tu. Dari situ jelas boleh tengok pemandangan hutan berbukit.Fresh sangat udara dan pemandangan.



Syukur sangat ya allah. Banyak betul abundance di sekeliling Ina ni. Cuma kita aje yang tak nampak. Kini barulah Ina faham abundance tu ada di sekelilingi kita.Cuma kita yang tak tekan butang untuk menerima. 



  Sekarang ni, nak apa jer. Allah makbulkan. Contoh baru ni baru jer terdetik di hati nak beli seluar jean.Tup-tup allah bagi 2 helai seluar jeans. Kakak Ina antara penghubung nya.Alhamdulillah,syukur sangat Ya Allah. Nak menangis jer rasa.



 Malam tadi pula terima emel, kata nak hantar barang kat rumah Ina. Dah pernah guna teknik Feeling Are Prayers sebelum ni tau. Tup-tup allah bagi lagi. Memang sebiji apa yang Ina feel. Ina bayangkan dapat barangan elektrik tu. Ina bayangkan  juga, barang elektrik tu sampai ke tangan Ina. Bagaimana Ina happy dengan barangan tersebut. Allahuakbar! Sesunguhnya allah maha pemurah. Dia mendengar kata hati Ina. Apa yang Ina nakkan ini.Alhamdulillah. 





doa dan hajat, cara berdoa dengan allah, Feeling are prayers,  berdoa dengan HATI
Abundance ada sekeliling kita.. 




Bila cerita kisah magik ni pada suami, suami seperti tak percaya benda magik ni berlaku. Dalam masa yang sama, suami tersengih. Tetapi bila cerita pada anak-anak,melompat mereka ni semua. Anak-anak pun menjerit sambil berkata terima kasih allah! 



Bila Kawan-kawan dapat Berita Baik,Ucapkan Tahniah


  Tips Ina satu jer yang Ina guna pakai. Bila orang dapat perkhabaran baik, cepat-cepat Ina akan komen dan ucapkan tahniah. Tumpang happy orang kata. Dari situ, sedikit sebanyak aura orang tersebut akan berpatah balik pada diri kita. Itu yang Ina amalkan sehingga kini. 


 Ina suka sangat jika baca kisah kejayaan orang. Boleh motivasikan diri Ina. 





subconscious mind, feeling are prayers, minda separa sedar, kisah syukur , magic happens when you calm
Feeling are prayers






 Latih anak-anak guna Minda bawah sedar 




Okay,sebelum tidur sudah tentu nak kena baca doa tidur dan berwuduk kan? Yeah. Itulah yang diajarkan pada anak-anak pula

 Dan satu lagi, Ina ajar anak-anak submit doa mereka sebelum tidur. Iaitu Ina wajibkan anak-anak pasang impian apa yang mereka nakkan. Contoh nya, anak-anak Ina nak sangat pergi holiday ke Legoland.


 Semua orang tau, Legoland punya tiket agak mahal. Tetapi takpe. Ina tak larang anak-anak. Biarkan mereka pula pasang impian mereka nak bercuti ke Legoland. Anak-anak siap bayangkan lagi mereka menginap di Hotel mewah dan bermain di Legoland dengan gembiranya.


Sangat terperinci anak sulung (7 tahun) bayangkan dia berada di sana bersama mama dan abah. Makanan dan tempat tidur. Kolam renang, bunyi percikan air .Mereka mandi manda disana. 



Dan sebelum tidur pun, Ina setiap hari bayangkan sedang menggunakan barangan elektrik berikut. Memasak dengan gembira sambil tersenyum. Feel tu lain macam sangat. Sebab itu apa yang Ina nakkan. Alhamdulillah, syukur ya Allah! 



Tunggu next entri yea, apa yang ada dalam kotak tu.Yang pastinya ina dapat percuma sahaja.Allahu! Apa yang Ina feeling, terus dapat. Abundance memang dah ada sekeliling kita ni. Cuma kita tak nampak, bila ini kali ke-2 Ina dapat dengan teknik feeling are prayers yang diajarkan oleh Tuan Afnan Rosli.Terus Ina ajar mak ayah dan adik beradik pula.Alhamdulillah..





 Magic happen when you calm! 
Magic happen when you believe Allah.. 





type='text/javascript'>