Pengalaman dalam Dewan Bedah : Proses Cuci Rahim

Kaedah proses mencuci rahim, akibat keguguran perlu dilakukan padaku semasa kandungan ke-5. Pada usiaku menginjak angka 34. Apabila keguguran terjadi, satu proses ERPOC iaitu proses mencuci rahim perlu dilakukan bagi membersihkan uterus daripada sisa janin di dalam rahim. Kali ini, dibius separuh badan. 



Sebelum anda masuk ke dewan bedah, segala barangan kemas seperti rantai, gelang tangan , cincin dan gelang kaki semuanya perlu ditanggalkan bagi melancarkan proses pembedahan.

 Begitu juga dengan diri saya, sehari sebelum proses saya sudah menyerahkan rantai dan cincin kepada suami untuk dibawa pulang ke rumah. 


Dalam situasi ini, kita sebagai pesakit mesti lah menjaga barangan berharga. Jika tidak, mahu barangan kemas di pajak gadai nanti jika orang terjumpa. Hahaha, wei risau. Zaman sekarang ni kan macam-macam?  

 pawn shops near me ada menyediakan servis pajak gadai. Mana lah tahu, jika anda terdesak memerlukan duit segera. Pajak barang kemas ya. 


Mungkin ada yang tertanya, usia kandungan. Usianya sekitar 5 minggu, kisahnya boleh baca terus kesini > Pengalaman Keguguran 5 Minggu

 

cuci-rahim

 

 

Nampaknya semalam sukar untuk melelapkan mata. Bukan sakit, tapi..


Ya, malam tadi masih tak berjaya melelapkan mata. Sungguh, puas berzikir masih tak berjaya. Bacaan Al-Quran pun sudah dimainkan di smartphone. Gagal juga menewaskan sepasang mata ni.


Pejam je mata, minda teringatkan peristiwa berada di dalam dewan bedah kelmarin. Fuh~ menggigil bila ingat.


Yang tahu, seorang doktor sakit puan. Doktor bius 2 orang dan lain-lain pembantu nya. Mungkin M.A. ( Medical Assistant )

 

Proses Cuci Rahim


Masuk jer dewan, doktor bius memberi arahan supaya kepala ditundukkan serta tegakkan badan dalam keadaan duduk sambil kedua tangan memeluk bantal. Keadaan kaki mengikut keselesaan, ku pilih bengkokkan lutut supaya tenang.


Seorang doktor bius sudah bersedia, seorang lagi sedang benamkan jarum di tulang belakangku. Adeii. Sakit! tapi tahan jerlah. Nak selesai segera niatku di dalam hati. Masa ni, pelbagai zikir dibaca.


Saat jarum membenam dan terasa ke tulangku, sengal rasanya. Rasa berlaga tu. Ngilu. Ingatkan dah siap, tapi belum. Di benamkan lagi jarum ke tulang ku dengan lebih dalam.


"sakit." Sepatah ayat yang keluar dari mulutku.


"Sabar ye, sikit lagi." Pujuk doktor.


Dalam hati dah lega. Ingatkan dah siap cucuk. Lepas itu, terasa sesuatu yang dingin disapu bersebelahan tulang belakangku.


"Chitt." ya, kedengaran satu lagi jarum berjaya dibenamkan ke kulitku lagi. Kali ni tidak sakit, sebab bukan tulang belakang.

 


Tiba-tiba, terasa seolah sesuatu yang berat menghempap kaki kiri ku. Jari jemari kaki ku tidak dapat digerakkan lagi. Mula memberat. Kemudian diikuti kaki kanan. Tapi sebelah kanan hanya sedikit kebas tidak seperti kaki kiri ku.

 


"Saya cuba cucuk jarum ya ke kaki kiri dan kanan puan. Nak test bius dah 'jalan' ke belum." Sambil menunjukkan jarum dan tekan ke pinggul dan kaki. Agaknya jarum peniti kut. Mataku kan rabun, nampak samar sahaja.

 


"Okay. Tak sakit" Balasku ringkas.

 


"Cuba puan angkat kaki kedua belah."

 


"Berat sangat."

 


"Okay, bius jalan dah puan." Mesin ultrasound di hidupkan dan team doktor semua sudah bersedia untuk lakukan kerja mereka.

 


Saat ini, terdengar peralatan untuk melakukan ERPOC berlaga antara satu sama lain. Lagi lah mencemaskan aku. Palang berbentuk 'L' di letakkan antara perut , bersama kain di tutup bagi mengelakkan pesakit nampak proses yang berlaku.

 


Okay, setakat ini sahaja pengalaman di bius separuh badan. Kesimpulannya, bius separuh badan memang kita dalam keadaan sedar dan rasa apa yang di lakukan oleh doktor. Rasa nak pengsan 10 kali kat situ masa proses cuci rahim sedang berjalan. Haha~tapi doktor tak bagi aku pengsan. Setiap kali doktor nampak aku seperti ingin terlelap, staff dalam bilik dewan dah ajak bersembang. Aku boleh jer layan sembang. Cerita pasal anak-anak. Tiba-tiba jadi peramah pula dalam dewan bedah tu.

 

Risiko ERPOC boleh baca di SINI 

 

Hampir mati kesejukan

 

Tetapi, dalam 10 minit sedang bersembang. Aku dah jadi shaking. Menggeletar macam orang sakit Parkinson tu tiba-tiba. Aku kesejukan, sangat-sangat sejuk. Aku dah sesak nafas masa ni, kritikal. Staff yang sembang dengan aku tu, dengan kadar segera dia masukkan tiub pernafasan ke hidung. Alhamdulillah, aku boleh bernafas dengan normal ketika itu. Beserta vacuum untuk stabilkan suhu badan aku.

 

Kesan dari ERPOC, sangat-sangat sakit. Mungkin sebab aku dicuci 2 kali, bayangkan pada bulan yang sama dek kerana ada sisa janin tertinggal dalam rahim. Aku tidak boleh berdiri memasak selama hampir 2 bulan, memasak hanya duduk diatas kerusi sahaja. Boleh dikira dengan jari sahaja aku memasak, selebihnya anak-anak dan suami. Masa itu, aku dan anak-anak menangis mengenangkan nasib. Suami ku apatah lagi, nampak berkaca je anak matanya.

 


Seram kan? Ini pengalaman pertamaku yang perlu melakukan 2 kali proses cuci rahim pada bulan yang sama iaitu august 2021. Sebelum ini bersalin semuanya normal. Kali ini sahaja, allah tidak izinkan terjadinya kandungan. Betapa azabnya, apalah dosaku sehingga menerima dugaan besar begini. 2 kali cuci rahim pada bulan yang sama.

 

 

                                            Facebook : Nor Azlina Mohd Ali 

 

 

type='text/javascript'>