Mengolah Ebook supaya lengkap dan berpotensi untuk jualan

Selain mengambil upah menulis ebook, ada juga segelintir pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat mengolah ebook daripada N.A Writer. Olah ebook adalah satu proses di mana, penulis perlu menambah bahan-bahan penulisan yang sedia ada supaya lengkap isi kandungannya.

 

 

 

mengolah-ebook
Cover ebook

 

 

 

 

Kenapa perlu olah ebook

 

 

Kebiasaannya, pelanggan yang datang menyerah diri kepadaku kerana ebook yang dihasilkan tidak sesuai dengan tajuk dan isi kandungan.

 

Ada yang datang dengan ebook berwarna-warni serta font tulisan yang sukar dibaca. Ianya mnyakitkan mata. Disebabkan perkara ini juga, pembaca tidak mahu membaca lagi ebook tersebut. 

 

Pelanggan yang datang dengan ebook yang terlalu ringkas. Info yang ditulis tidak tepat.

 

 

Mengolah ebook supaya menjadi lengkap serta berpotensi untuk jualan

 

  1. N.A Writer akan menambah isi-isi kandungan yang dirasakan sesuai mengikut kajian tajuk.
  2. Membaiki struktur serta susunan isi-isi kandungan.
  3. Setiap bahan penulisan akan melalui sesi pruf dan suntingan ayat.
  4. Perbaiki layout gambar, yang sedia ada dalam ebook.
  5. Membuat cover ebook yang sesuai dengan isi kandungan ebook.

 

Selain mengolah ebook, kerja-kerja menukarkan manuskrip buku juga perlu

 

Ya, ada juga penulis asal buku meminta N.A Writer menukarkan manuskrip buku mereka kepada sebuah ebook. Cara ini walaupun nampak mudah, tetapi bukan sekadar menyalin sembarangan.

 

Proses menyalin kembali, setiap patah perkataan yang ada dalam manuskrip asal. Sebagai contoh, buku asal mempunyai 150 muka surat. Apabila ditukarkan ke dalam saiz ebook, akan berlaku pertambahan halaman ebook.

 

Ini kerana, saiz ebook adalah B5 iaitu paparan sebuah novel. Kecil kan? jadi, anggaran 1 halaman bersamaan 500 patah perkataan atau kurang. N.A Writer juga tidak boleh menyalin begitu sahaja, perlu meneliti setiap patah perkataan yang disalin kembali untuk melalui proses pruf sahaja. Caj ini hanya dikira berdasarkan jumlah keseluruhan patah perkataan.

 

Menukar kepada ebook, bukan sekadar menyalin kembali. Tetapi perlu mengedit kembali gambar-gambar yang ada di dalam manuskrip buku asal. Remeh bukan? dan perlu bersiap sedia dengan kerja-kerja editing tambahan.

 

Awas! untuk kerja-kerja menyalin ini hanya dibenarkan kepada pemilik asal manuskrip sahaja. Andai kata ada pelanggan yang mahu meniru ebook daripada sumber lain, maaf. Ia menyalahi etika hakcipta. Namun begitu, plagiat adalah diharamkan dalam dunia kreatif.

 

 Jenis-jenis e-book yang laris dijual, lihat video :


 


 

 

 

Testimoni menulis ebook daripada N.A Writer

 

Justeru itu, mengolah ebook bukan semata menambah isi  kandungan yang telah disiapkan oleh pelanggan. Bahkan, perlukan ketelitian sewaktu mengolah ebook tersebut supaya kandungan jelas serta mudah difahami.

 

Buat prospek yang berminat untuk upah menulis ebook, terus ke whatsapp sini > wasap.my/60189107161/mengolahebook

 

 



type='text/javascript'>