Akhirnya, perancang keluarga jenis pil menjadi pilihan.

Majoriti isteri diluar sana, akan mencari solusi  untuk tidak lagi mengandung atau mahu menjarakkan kehamilan. Solusi berikut adalah dengan mengambil perancang keluarga. Tambahan lagi mereka yang mempunyai pelbagai faktor  risiko kesihatan, sewaktu mengandung dan berpantang. Dalam artikel ini, saya mahu berkongsi mengenai jenis-jenis perancang keluarga untuk isteri yang selamat diamalkan.

 

 

jenis-perancang-keluarga

 

Apakah Jenis perancang keluarga 

 

Sebelum kalian mengambil perancang keluarga ( family planning ),  perlu tahu juga jenis-jenis yang ada dipasaran. Sebelum mengambil  perancang, kalian terlebih dahulu perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan saranan terbaik sesuai dengan keadaan semasa. 

 

Sebelum mengambil perancang, terdapat beberapa perkara yang perlu kalian fikirkan :

 

1. Adakah kalian ibu menyusu? 

Jika ibu menyusu, pil Jasmine yang selamat. Dan jenis Injection. 

 

2.  Adakah ini kali pertama, mahu menggunakan perancang keluarga?

 

Biasanya, doktor dan nurse akan reccomend kan ibu yang pertama kali melahirkan anak mengambil Injection perancang.

 

 

 

3.  Adakah kalian ibu pertama kali melahirkan anak?

 

Jika ya, biasanya doktor dan nurse akan reccomend kan jenis injection. Mudah! 

 

 

 

Kaedah merancang kehamilan

 

Antara kaedah merancang kehamilan yang boleh didapati di klinik adalah jenis pil, injection, IUCD, Implanon serta kaedah BTL ( Ikat ) dan kondom . 

Berdasarkan pengalaman saya yang sudah memiliki 4 orang cahaya mata. Pada awalnya saya menggunakan kaedah pil perancang, oleh sebab selalu lupa dengan anak yang masih kecil. Makanya, saya bertukar kepada injection. 

 

 

Pengalaman menggunakan Injection Perancang

 

Injection saya gunakan selepas kelahiran anak nombor 2. Tetapi, nasib tidak berapa baik. Injection ni jadikan hormon saya kacau bilau. Period turun sekitar hampir 3 minggu. Saya pun jadi tidak selesa dengan situasi ini.

 

 Darah period semakin lama, tidak menunjukkan tanda untuk berhenti langsung. Jadi, saya pergi ke klinik berjumpa dengan doktor perempuan. Dan, dinasihatkan supaya berhenti untuk mengambil injection untuk perancang.

 

 Doktor di klinik berbayar ini memberikan saya ubat untuk berhentikan darah tersebut. Alhamdulillah, darah sudah berhenti. Kata doktor, injection perancang tidak sesuai dengan hormon saya. 

 

 

Mahukan perancang  Implanon tapi..

 

Oleh hal demikian, saya mengambil keputusan untuk mencuba kaedah merancang kehamilan dengan mengambil pil perancang sahaja. Itu pun sejak saya keguguran sekitar bulan 4 2022. Saya nekad untuk mengambil pil perancang kerana pernah keguguran sebanyak 2 kali dan saya mempunyai risiko jika mengandung lagi. 

 

 

Jika difikirkan, mahu sahaja saya menggunakan Implanon iaitu jenis yang tanam di lengan. Tetapi doktor yang merawat saya semasa keguguran menasihatkan supaya tidak menggunakannya, kerana pengalaman saya yang period tidak berhenti selepas injection perancang. 

 

 

 

Katanya doktor, ianya jenis hormon juga. Agak membazir saya laburkan duit sebanyak RM 500, untuk kos alatnya sahaja tidak termasuk upah pasang. Dengan ekonomi dunia yang tidak menentu seperti sekarang. 

 

 

 

 

Pil perancang keluarga akhirnya tetap menjadi pilihan

 

Walaupun saya pernah terbabas sewaktu mengamalkan perancang jenis pil, selepas kelahiran nombor 2. Disiplin kurang, jadinya muncul nombor 3 jaraknya setahun seorang. 

 

Namun, kali ini saya terpaksa nekad menggunakan pil perancang setelah keguguran berlaku sebanyak 2 kali. Cuma yang bezanya kali ini adalah saya tidak ke klinik desa. 

 

 

Berapakah harga Pil Perancang Keluarga?

 

Nak percuma, kalian boleh dapatkan di mana-mana klinik desa yang terdekat. Tetapi saya ni jenis terikat dengan masa anak-anak dan masa saya sebagai seorang suri rumah serta penulis, jadi saya memilih untuk dapatkan pil perancang di farmasi. 

 

Kali ini, saya beli pil perancang jenama LIZA. Bagi saya, perancang jenis pil ini sesuai untuk saya yang tidak serasi dengan injection. Paling buat saya teruja dengan pil perancang brand LIZA adalah, period saya datang 'on time'. Period jadi teratur, paling best saya tidak sakit kepala sepanjang tempoh mengamalkannya. Hampir 4 bulan saya jadi pengguna pil LIZA. 

 

Harga pil perancang LIZA bernilai RM 38. Boleh lah, bagi mereka yang ketiadaan masa untuk ke klinik desa bagi mendapatkan di farmasi sahaja. 

 

 

Akhir kata, mahu mencari kaedah merancang kehamilan perlu faham terlebih dahulu dengan keadaan diri. Adakah perancang tersebut sesuai dengan diri dari segi masalah kesihatan dan keadaan semasa kalian sebagai seorang ibu mahupun isteri. Perancang keluarga adalah satu cara terbaik untuk mencegah kehamilan.

 

 Dengan mengamalkan perancang keluarga, kalian tidak stress dengan diri yang semakin subur. Namun begitu, jika sudah ditakdirkan oleh allah. Sebagai manusia, mampu berserah sahaja. Perancang hanya sebagai ikhtiar untuk mencegah kehamilan dari berlaku serta menjarakkan kehamilan.