Alat Pemasaran yang benar dengan lahirkan rasa kesyukuran

Diari kesyukuran ini, jika dilihat ia tiada kepentingan pada mata kasar manusia. Ia sekadar rasa yang terbit didalam hati, tetapi tahukah kalian? jika rasa kesyukuran tersebut ditulis pada setiap hari, terutamanya pada awal pagi. Rasa tersebut akan menjadikan kehidupan kalian seharian lebih baik, bukan sekadar mengingati allah secara khususnya. Malah bagus dalam kerja pemasaran sebenarnya. Ini kerana kalian seorang yang sentiasa mengingati allah. Selain itu, diari kesyukuran dan pemasaran dapat merubah keseluruhan kerja pemasaran saya selaku penulis upahan. Ikuti lanjut dalam artikel ini. 


 

 

alat-pemasaran-bermula-dengan-kesyukuran
alat pemasaran yang benar dengan lahirkan rasa kesyukuran

 

 

Hari ni, lambat mencatat senarai kesyukuran pada buku nota. Menghampiri senja, baru lah tercatat dibuku. 

 


Kebiasaannya, saya akan lahirkan kesyukuran tersebut pada awal pagi iaitu sebelum saya buka laptop meneruskan kerja sebagai #penulisupahan

 
Salah satu senarai yang saya syukuri hari semalam adalah ;


Bersyukur dengan 2 orang prospek bertanyakan mengenai servis penulisan manuskrip buku pada hari kelmarin. 


Dalam Al-Qur'an ada potongan ayat yang mengisahkan tentang nikmat syukur. Nak Allah tambah nikmat, kita sebagai hamba Allah perlu belajar bersyukur dahulu. Begitulah..

 


Nak dijadikan cerita pula, selepas maghrib tadi ada seorang prospek yang bertanyakan mengenai servis penulisan manuskrip buku. Beliau yang datangnya dari blog azlinaghostwriter. Sudah 3 kali dia mahukan servis penulisan daripada saya, cuma kali ke-3 ini barulah servis yang beliau cari tu saya ada sediakan. 

 

Bagi saya, selaku penulis memang lah seronok jika ada yang bertanya dan berminat dengan servis penulisan (ghostwriting job )  yang saya sediakan ini. 


Bagi saya, belum berjaya 'close sales' tidak mengapa. Sekurangnya, saya dapat belajar menguruskan bagaimana mahu berinteraksi dengan prospek yang mahukan servis manuskrip ini. 


Mata pun dah mula mengantuk, sebutharga prospek hari semalam  saya akan siapkan keesokan pagi. Bukan tidak boleh siapkan malam tadi, cuma berkaitan dengan penyediaan sebutharga perlukan ketelitian.

 

 Sebutharga bukan sekadar meletakkan harga, sebaliknya ada beberapa perkara yang perlu saya berbincang bersama prospek juga untuk peletakan harga yang tepat dengan permintaan prospek tadi. Ia melibatkan kerja-kerja menulis, kajian mengenai tajuk klien, pruf, suntingan, transkrip bahan seminar, rewriting, dan olah lagi bahan sedia ada daripada klien supaya menjadi lengkap kepada sebuah manuskrip.


Pendapat saya, perlu menulis dalam keadaan bertenang. Kerana menulis dalam keadaan gopoh-gapah, getarannya pasti dapat dirasai oleh prospek tersebut. Begitu juga sebaliknya.
menulis dengan baik dan bertenang, hasilnya pasti menggembirakan kedua belah pihak kelak. 

 

 Baiklah, saya bongkarkan strategi apa yang saya gunakan ya..

 

 

Strategi yang digunakan untuk ghostwriting job : Kesyukuran dan pemasaran

 

Ya, selaku seorang penulis upahan. Saya perlu bijak dalam menghadapi pelbagai  keadaan. Mungkin ada yang rasa 'awkward' dengan saya ni asyik bercakap mengenai ghostwriting job sahaja. Tetapi tahukah kalian? itu lah cara sebenar 'show dont tell' ia boleh dikatakan teknik dalam marketing juga sebenarnya.

 

Nak dijadikan cerita dan asbab prospek menghubungi saya :

 

Saya memang jenis seorang yang sukakan update perkembangan kerja saya di laman sosial. Tidak kira lah di facebook, Linkedin, Blog dan juga stories whatsapp. 

 

Tetapi petang semalam, saya update mengenai saya telah berjaya siapkan artikel berbentuk hartanah sahaja. Dalam 2 artikel sebenarnya, tetapi saya hanya siarkan hanya satu iaitu Pengalaman Mentua uruskan Hartanah : Proses Jual Beli Hartanah menjadi kepada sebuah taman perumahan . 

 

Berbalik kepada cerita asal, di stories whatsapp ada prospek yang stalk kita sebenarnya. Cuma prospek tadi, jadikan status "ghaib" iaitu orang lain tidak tahu dengan kemunculan dia yang stalk status rakan di Stories whatsapp. 

Bagaimana saya boleh tahu? sebab suami saya pun berbisnes, dia juga suka stalk pelanggan-pelanggannya. Hahaha. Stalk tanpa jejak!

 

Kesimpulannya, diari kesyukuran yang saya catat didalam buku sebenarnya sebagai terapi sahaja untuk diri sendiri serta tanda rasa syukur kepada allah. Berbalik kepada potongan ayat Al-Quran, dalam surah Al-Baqarah  2 : 152. "Maka ingatlah aku, nescaya aku akan mengingatimu, dan syukurilah nikmat ku dan jangan sekali-kali kufur ( lupa nikmat ) 

 

Selaku penulis upahan pula, saya tidak  boleh berasa malu untuk melakukan kerja-kerja pemasaran. Tanpa pemasaran secara konsisten, maka tiadalah ghostwriting job. Dan, tiada rasa kesyukuran juga tiada lah kerja pemasaran nanti. Berada dalam industri ghostwriting, tiada istilah untuk 'pass job'. Melainkan. kalian sudah memiliki portfolio yang kukuh, barulah prospek yakin untuk menggunakan servis ghostwriting kalian. 

 

Mengapa saya lantang bercakap begini? sebab saya sudah banyak kali reccomend kan ghostwriter, lastnya prospek tidak berkenan dan akhirnya prospek berpatah kembali kepada saya. Nah! dah macam agen ghostwriter saya ni tau. 

 

Bagi kalian yang sedang mencari ghostwriter bagi penulisan manuskrip buku, ebuku, artikel website SEO, dan mahukan Copywriting media sosial atau SEO Copywriting. Terus hubungi saya. Terus ke sini > wasap.my/60189107161/PerlukanGhostwriter

 

Amaran :  saya lebih suka berurusan melalui whatsapp. Kerana jika tuan / puan call dikhuatiri saya tidak akan menjawab panggilan tersebut, kecuali kalian sudah whatsapp terlebih dahulu. 

 

 

 Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

 

Catat Ulasan

0 Ulasan