Pengalaman menginap di hotel melaka yang ada bathtub ( Moty Hotel )

Nasib! setelah perbincangan suami dan isteri, kami bersetuju untuk bermalam di hotel dalam bandar Melaka. Suami memilih hotel Melaka yang ada bathtub. Last minit perancangan bercuti, sempena sambutan hari ulang tahun Sultan Pahang. Jam 8 pagi, baru suami sibuk mencari hotel di Melaka.  Mujur sangat hanya rakyat Pahang sahaja bercuti, maka dengan itu memang banyak kekosongan hotel pada ketika itu.


hotel-melaka-yang-ada-bathtub



Perjalanan dari Kuantan ke Melaka

Perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam sahaja untuk sampai ke lokasi. Maklumlah suami memandu kereta Subaru second yang dibeli pada penghujung tahun 2022. Jadi, sengaja mahu test engine kereta tersebut dalam perjalanan yang jauh. 

Kami sampai ke lokasi tepat jam 3.30 petang. Setibanya di hotel, terus bersihkan badan masing-masing. Apa yang menariknya, hotel yang kami pilih  adalah hotel Melaka yang ada bathtub! Wah, saya rasa ini pertama kali menginap di Hotel agak mewah presentation. 


Biasanya, jika cuti pendek begini kami akan bercuti dalam pahang sahaja. Namun, kali ini suami berubah angin nak jauh sedikit. 


Hotel Melaka yang ada Bathtub 

Pada awalnya, kami seisi keluarga teruja. Ini kali pertama kami bercuti dan jumpa hotel yang memiliki bilik dengan mempunyai tandas transparent begitu. Hahaha. Pada mulanya, agak kekok. 

Rupa-rupanya, ada bidai lah! risau juga. Nasib baik berfungsi bidainya. Jika tidak, nak gunakan tandas segan pula dengan anak-anak nanti. 

Ikutkan saya, tidak kisah pun jika tiada bathtub. Tetapi jangan tiada kolam renang.  Cuma suami, asyik mahu berendam mengalahkan anak-anak. Jadi, sebab ini lah hotel ini menjadi pilihan suami. 


Berapa harga Hotel Melaka yang ada Bathtub

Harga menginap 1 malam adalah RM 212 sahaja. Kami memilih deluxe room, iaitu mempunyai 2 katil single sahaja. Memandangkan anak-anak hijabnya terbuka, maka kami memilih 2 katil sahaja. Haha. Suami mahu ambil yang family, bila difikirkan tengah malam anak-anak akan lari ke katil kami. Lihat pilihan bilik hotel.

Pemandangan bilik kami berhadapan jalan. Maka, nampak lah kereta lalu lalang di bawah pada paras tingkat 1. 



hotel-melaka-yang-ada-bathtub




Nampak je mewah 

Sebenarnya, suami tidak memberitahu pun saya harga hotel ini. Pada awalnya kami masuk ke bilik hotel. 4 orang anak saya semuanya sudah kehairanan, sebab  abahnya sanggup membayar hotel mewah untuk menginap hanya semalaman. Rupanya tidak sama sekali! berbaloi sangat dengan harga hotel Melaka yang ada bathtub ini. 


Toiletteries

Semuanya lengkap barangan mandian. Cantik-cantik botol syampu dan shower gel dengan saiz mini. Dengan suasana tandas yang bersih. 

Cumanya, lantai tandas sedikit licin, kerana tiles yang digunakan jenis berkilat. Mungkin pemilik hotel ingin mengekalkan ciri mewah. Walau bagaimanapun, hotel melaka yang ada bathub ini sangat seronok untuk berendam. Tandas yang besar.


hotel-melaka-yang-ada-bathtub




Pencahayaan di bilik 

Saya suka selfie dalam bilik hotel ini. Pencahayaan sangat cantik! 


Keluasan bilik 

Saya tidak pasti keluasan bilik ini dengan tepat. Tetapi apa yang menariknya mengenai hotel ini adalah besar untuk anak-anak bermain, ruangan solat, dengan mempunyai meja kopi. Yang menjadikan bilik luas kerana bilik ini mempunyai banyak cermin. Mungkin ini kesan ilusi yang terbaik! 


Tarikan di sekitar hotel Melaka 


Alhamdulillah, hotel yang kami bermalam ini sangat dekat dengan bandaraya Hilir Melaka. Akses ke Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, Restoran ikan bakar Dataran Pahlawan,  Mahkota Parade dan kedai runcit serta dobi layan diri juga pada deretan bangunan yang sama.

 Untuk ke lokasi beli belah, kami hanya berjalan kaki sahaja 6 beranak. Kereta memang tidak boleh keluar, kerana parking adalah terhad di bandaraya. 



Secara keseluruhannya, Hotel Moty di Melaka memuaskan termasuklah sarapan pagi. Kami menginap di bilik 119. Akan datang kami akan ke sini lagi, untuk rancangan yang tergendala baru-baru ini.