Kenangan manis sebagai Ghostwriter di Tahun 2023

 Apabila bercakap mengenai kenangan manis sebagai Ghostwriter, sudah pasti automatik meleret menguntum senyuman di bibir saya. Manakan tidaknya, kenangan sepanjang tahun 2023 sangat banyak. Daripada sekecil-kecil Ghostwriting job saya terima sehingga kepada job tetap sebagai penulis.


   Artikel : 17 Jenis servis Ghostwriter di Tahun 2024 


kenangan-manis-sebagai-Ghostwriter


Ghostwriter ialah satu pekerjaan menulis. Penulis di bayar oleh pelanggan apabila mendapat persetujuan antara kedua belah pihak. Iaitu antara pelanggan dan penulis. Nama lain bagi Ghostwriter juga dikenali sebagai penulis upahan atau penulis siluman. 



Berbekalkan pengalaman sebagai penulis, saya gunakan untuk menghasilkan penulisan bagi pihak pelanggan. Antara kenangan manis sebagai Ghostwriter :



1. Mendapat tawaran menulis artikel SEO niche servis aircond rumah, servis ukiran laser, pelancongan, SSM dan Klinik.  Ada yang mengambil serendah 1 artikel, dan 10 artikel SEO. Pelanggan yang mengambil 10 artikel SEO, saya berikan PERCUMA 5 Content strategi. 



2. Menulis artikel SEO niche kesihatan  ( klien menjual produk farmasi, produk saintis, dan lain-lain )


3. Menulis artikel SEO kategori berat seperti niche  teknologi, dan  industri kecil. 


4. Juga diberi kepercayaan membuat 15 Keyword Research dengan pelanggan niche parenting. Menulis artikel SEO parenting. 


5. Mendapat tawaran menulis Content SEO bagi syarikat advertising. Niche Industri . Ia kategori agak berat. 


6. Menyediakan 10 Content SEO bagi niche Fesyen wanita. Untuk job ini, tidak sangka pelanggan menerima pitching saya. Content yang saya berikan adalah berstrategi. 


7. Membuat ebook niche bisnes ( camping ) . 


8. Antara kenangan manis sebagai Ghostwriter apabila ditawarkan menjadi Content Writer SEO di website pelanggan. Yang memerlukan siaran sebanyak 15 hingga ke 30 artikel SEO secara bulanan. Pelanggan begini, saya tawarkan bersama Content strategi dan copywriting. 


9. Berpengalaman menulis Copywriting website SEO. 


10. Mengedit Copywriting niche Hartanah sedia ada di website pelanggan mengikut format SEO. 


11. Diberi kepercayaan menguruskan job bloggers dan menulis untuk  servis review di blog. 


12. Tawaran menulis Press Release SEO di website pelanggan. 



Kenangan manis sebagai Ghostwriter apabila saya ditawarkan menjadi sebahagian daripada penulis dalam buku Unseen Writer. Dalam buku ini turut berkongsi kisah dengan 13 orang penulis upahan yang menulis di sebalik topeng. 


Buku ini turut dikongsikan case study sebagai Ghostwriter dalam pelbagai niche penulisan. Mungkin buku ini dapat memberi sumber inspirasi kepada anda yang mahu bermula?



Pertama kalinya, buku Unseen Writer berjaya menembusi pasaran kedai buku.

PERTAMA BOOK STORE, G-76 Ground Floor, Pertama Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


Jika ada yang berminat untuk beli secara online, terus ke pautan Buku Unseen Writer 



P/S: Sebaris dengan buku niche kewangan Rich Dad Poor Dad dan lain-lain. Hehe


kenangan-manis-sebagai-Ghostwriter
Target pembaca buku ini ialah penulis pemula dan mereka yang berminat untuk menjadi penulis. 



kenangan-manis-sebagai-Ghostwriter
Seronoknya saya, buku Unseen Writer sebaris dengan buku-buku lain niche kewangan. 



Selain mengambil upah menulis pada tahun 2023, saya turut menawarkan Kelas Basic SEO . Sudah ramai yang mula berminat dan tahu demand pasaran dalam dunia penulisan.  Satu kepentingan Search Engine Optimization ( SEO ) dalam semua aspek penulisan memerlukan format berikut. 


Lain-lain permintaan Kelas Basic SEO untuk  syarikat, saya akan update di masa  akan datang. 


Sebenarnya job banyak yang datang, cuma saya banyak menolaknya dan berkongsi rezeki kepada circle penulis upahan yang lain. Slot menulis saya cepat penuh, jadi jika ada pelanggan yang mahu repeat servis penulisan saya perlu membuat keputusan awal. Sebelum saya menerima tawaran penulisan daripada pelanggan lain. 


Boleh tengok contoh artikel SEO saya :  Niche Education  dan Testimoni 



Justeru itu, jika  sesiapa yang perlukan servis penulisan daripada  saya. Boleh hubungi saya dan tekan  di whatsapp  . Atau boleh email jenis servis penulisan yang diperlukan ke norazlinaina323@gmail.com .