Feedback selepas Kelas Basic SEO : Mudah difahami

Akhirnya, open juga slot Kelas Basic SEO ini. Manakan tidaknya, pada mulanya pelajar saya ni cakap nak belajar selepas raya. Sehari sebelum kelas berlangsung, beliau beritahu nak belajar hari Sabtu 23 March 2024. Ha, nampak kesungguhan di situ. Maka, saya buka lah terus kelas Basic Seo di bulan puasa. Dalam kelas pun, pelajar berikan feedback selepas Kelas Basic SEO. Ini momen paling berharga buat saya selaku tenaga pengajar. 


Table of Contents

  


Bila saya scroll Facebook, rupanya pada tahun 2023 di bulan Ramadan pun saya open kelas juga. Tidak sangka pula, kali ini saya ulangi kembali. Perancangan awal, sepatutnya saya nak fokus bulan mulia untuk khatam kan Al-Quran. 

Tetapi, mungkin Allah jentik hati saya. Walaupun kali ini, saya nekad sudah tidak iklankan di mana-mana untuk kelas. Segelintir daripada mereka akan direct menghubungi saya terus di messenger dan DM platform Linkedin. 
 
Bagi menghormati bulan mulia, saya tidak akan kerap mengambil kelas, risau terganggu untuk beribadah. 



Apa yang di pelajari daripada Kelas Basic SEO



Settle tengah hari tadi. Alhamdulillah, hari ke-2 kelas.


Pelajar perlu lakukan sendiri, mengikut silibus pada hari pertama Kelas Basic SEO: Mencari keyword, research artikel, siapkan artikel, study case artikel SEO dan siarkan di website. Selain itu, turut diajar cara menulis tajuk artikel mesra SEO menggunakan format copywriting. 


Manakala pada hari pertama hanya belajar research keyword secara manual, pengenalan, intai pesaing yang menggunakan keyword sama, Teknik rahsia untuk jadikan Featured Snippet, Formula elak artikel jadi spam, dan struktur artikel SEO. 

 
Dalam kelas hari terakhir semalam, sempat pelajar ajukan soalan kepada saya.

 
Pelajar : "Puan, Blogspot boleh juga gunakan format dalam Kelas Basic SEO ?"


Saya : "Boleh. Walaupun Wordpress kebanyakan teknikal, tetapi masih boleh digunakan di Blogspot dengan teknik yang sama. Saya selaku pengguna Blogspot juga, dah pernah uji tahap kebolehan SEO tersebut. Hasilnya, tetap artikel ranking pada halaman pertama Google."


 

Apa kriteria jika mahu sertai Kelas Basic SEO


1. Wajib mempunyai  laptop

Sedia maklum, untuk menjadi penulis. Terutamanya penulis artikel SEO, laptop atau komputer adalah alat penting sebagai penulis. 


Bukan sahaja untuk menulis bagi pihak pelanggan, tetapi sebuah laptop atau komputer memudahkan penulis sendiri itu  selesa menulis. Seterusnya berkeyakinan diri sewaktu proses penulisan.


Selain itu, berbalik kepada kelas. Sewaktu dalam pembelajaran kelas., ada extension yang perlu di muat turun bagi penulisan artikel SEO. Segelintir tab tidak boleh muat turun extension di dalam kelas. Ini bermakna, akan berlaku kerugian buat anda sebagai penulis. 



2. Liputan internet lancar


Wajib mempunyai liputan internet lancar, supaya sesi pembelajaran lancar tanpa sebarang gangguan. 


3. Minat belajar ilmu baharu


Bagi menyertai Kelas Basic SEO, anda seharusnya mempunyai minat mendalam untuk menerima ilmu baharu. 


4. Mempunyai asas menulis artikel


Paling penting sekiranya anda mahu belajar silibus Kelas Basic SEO. Mestilah mempunyai kemahiran menulis artikel. 

Ini kerana, di dalam kelas tiada silibus menulis artikel bagi penulis baharu. Dalam kelas terus akan diperkenalkan dengan Search Engine Optimization ( SEO ) .



5. Majukan diri dari penulis artikel kepada penulis artikel SEO
 

Buang rasa malu dan ego sejauh mungkin, untuk belajar kembali dan upgrade ilmu. Rajin berusaha untuk dapatkan hasil penulisan SEO. 

 
Jika ada yang berminat, boleh direct email 



feedback-selepas-kelas-Basic-SEO


Feedback selepas kelas Basic SEO selama 2 hari. Alhamdulillah, terima kasih. Ya, dalam kelas saya akan menggunakan term yang mudah difahami selain penggunaan ayat teknikal. 



Ada yang tanya saya, murahnya kelas saya? mengapa Kelas Basic SEO murah?



Jika nak tahu, kelas basic SEO  adalah pada harga RM 699 secara one to one. Tetapi, disebabkan kewangan penulis tidak begitu stabil. Jadi, saya berikan harga RM 298 kelas selama 2 hari. Ada teori, teknikal dan praktikal. 

Lain-lain kebaikan, mempunyai facebook group exclusive, akses ke website 365 hari ( untuk pelajar terbitkan artikel ), dan nota kelas serta rakaman diberikan.

Harga ini akan kembali kepada asal pada bila-bila sahaja, mengikut kuota. Saya sasarkan 200 pelajar sahaja, seterusnya kembali kepada RM 699 . Buat masa sekarang, hanya 15 pelajar berdaftar. 


Buat pengetahuan pembaca, selain saya menjadi tenaga pengajar untuk Kelas Basic SEO. Saya juga adalah penulis artikel SEO yang aktif. Saya mengambil upah menulis bagi pihak pelanggan juga. 

Jadi, apa yang terapkan dalam artikel klien. Saya kongsikan terus dalam silibus kelas. 


 
Semoga Nurizzatul Nadirah Kamaroszaman berjaya menjadi penulis artikel idaman pelanggan. Kejayaan akan menjadi milik anda, jika tidak berhenti berusaha. Teruskan usaha  menulis di Blogspot dan website.


Bila konsisten menulis dalam format SEO, begitu mudah menyiapkan artikel SEO pelanggan mahupun artikel peribadi. Selain menulis artikel pelanggan, format SEO turut digunakan untuk artikel peribadi. Pencarian keyword tetap perlu di cari sebelum menulis artikel. Kerana tanpa keyword yang sesuai, pembaca tidak akan menjumpai artikel anda.