Tips Jimat Raya - Beauty dan lifestyle

Tips Jimat Raya



Tips Jimat Raya



Raya ni serba serbi kena tukar baru kan? Baju raya lah, kasut raya lah, apa lagi? Dari hujung kaki sehingga hujung rambut kalau boleh nak beli baru just untuk raya ni. Ye lah kan setahun hanya sekali. Dalam tiga ratus enam puluh lima hari ni je satu hari yang korang nak melaram sakan. Nak bergambar nak upload dalam Instagram lagi. Tapi tu baru untuk diri sendiri sahaja, kalau korang yang dah bekerja tu, mestilah nak belikan untuk adik beradik dan mak ayah juga kan? Kalau yang dah bekeluarga pula, mestilah nak kena beli untuk pasangan dan anak-anak juga. Tak kan kita nak syok pakai baju raya sorang-sorang je kan?


Tu belum masuk belanja untuk beli keperluan lain lagi, nak beli kuih raya lah, tiket balik kampung lagi lah, lepas tu yang ada family besar tu, nanti balik kampung nak stay mana?


Jadi musim perayaan ni duit pun mesti mengalir keluar laju gila. Kena ingat kalau yang kerja kerajaan tu, next gaji lepas raya tu nunnnnn berapa puluh hari. Tak kan lepas raya nak lunch kuih raya je sampai next payday kan? Haaaa – jadi kali ini ina nak kongsikan beberapa tips untuk korang jimat berbelanja menjelang hari raya tahun ni!




1. Buat Belanjawan Perbelanjaan


First sekali, korang sila buat belanjawan untuk perbelanjaan nanti, bahagi siap-siap duit untuk beli tiket balik raya nanti, duit untuk baju raya korang, duit yang nak belikan baju untuk mak ayah atau adik beradik, duit yang dijadikan duit raya dan lain-lain lagi. Asing siap-siap dan hanya guna duit yang korang dah allocated tu! Jangan overspent, kalau tak habis lagi bagus.

2. Pilih Baju Ready Made Untuk Raya


Ready-made atau tailored-made? Untuk baju raya kebiasaannya, yang ready-made ni berkali ganda lagi murah berbanding yang tailored-made ni. Ye lah kan, duit kain lagi, upah nak jahit lagi. So nak jimat go for ready-made punya. Sekarang ni korang boleh dapat baju dengan kualiti yang baik dengan harga yang sangat berpatutan. So apa tunggu lagi jom pergi ke Jalan TAR sekarang untuk shopping baju raya!

3. Elak Jammed,Naik Pengangkutan Udara


Next, untuk nak balik kampung nanti, bagi yang kampung jauh di utara ke, selatan ke, timur tanah air ke atau di Sabah atau Sarawak ke – untuk pilihan lebih bijak, dan untuk elak kesesakan lalu lintas (Ye lah musim raya ni kan terkenal dengan jam dia yang luar biasa), apa kata raya aidilfitri tahun ni korang naik flight je balik kampung. Sekarang ni dah ada banyak syarikat penerbangan yang tawarkan tambang murah untuk penerbangan domestik. Kalau nak murah lagi apa kata korang ke website Traveloka sekarang! Buat masa terhad je Traveloka ada offer 10% diskaun untuk tiket penerbangan untuk balik raya aidilfitri nanti.



4. Tempah Tiket di Traveloka FLY4RAYA


Senang saja, korang pergi buka website Traveloka sekarang, dan klik dekat tab “Tiket Penerbangan” kemudian masukkan maklumat seperti korang nak naik flight dari mana, ke mana, kemudian bila tarikh korang nak balik raya nanti dan juga sama ada untuk penerbangan pergi-balik ataupun sehala je. Bila nak buat bayaran nanti jangan lupa masukkan promo code FLY4RAYA. Promosi ni sah dari 6 Jun - 13 Jun 2018 sahaja tau! Jadi cepat kalau tak raya lah korang  kat KL tu sorang-sorang!

5. 10% Diskaun Code STAY4RAYA Di Traveloka


Kalau korang nak tempah hotel pula, klik dekat tab “Hotel” kemudian masukkan maklumat seperti bandar, destinasi dan nama hotel bila tarikh daftar masuk dan tempoh penginapan. Kalau nak harga bilik yang lebih murah masukkan promo code STAY4RAYA untuk 10% diskaun untuk hotel korang nanti. Ada pilihan lebih daripada 6,500 hotel di sekitar Malaysia, jadi tak perlu risau untuk dapatkan hotel di mana jua anda berada!



Berbaloi-baloi kan? Traveloka ada tawaran yang menarik kalau korang tempah tiket penerbangan dengan hotel sekali! Jadi dah banyak jimat kat situ kan? tak perlu dah la nak risau pasal lepas raya nanti – baju raya dah dapat, tiket flight balik raya dan hotel pun dapat juga!





Tips Jimat Raya Tips Jimat Raya Reviewed by azlina ina on 10:36 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Betul ckp ina, jgn over spend nanti menyesal kemudian hari. Berkenaan beli baju ready made tu untuk badan yang standard mmg okey sgt, kalau plus size pun sekarang sudah ada butik...lagi senang beli yg siap kan cantik-cantik plak tu.

    ReplyDelete
  2. klo bole recycle yg lame, gune je kan...klo msih bersih dan cntik la...
    hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.