Tekak teringin benor nak makan biskut kacang mazola ni tau.. Tengok dekat kedai, RM 19.00 sebalang. TU pun tidak cukup 50 keping. Hmmm, bila fikirkan harga dan kuantiti. Sanggup start engine kereta, keluar cari bahan-bahan. Tambahan lagi, bahan pun mudah. Biskut Mazola gunakan sukatan cawan jer. Sesiapa pun boleh buat, sebab benda senang.
 

cara buat biskut kacang,mazola,kacang biskut raya,biskut raya tradisional
BSIKUT KACANG MAZOLA


BISKUT KACANG MAZOLA SUKATAN CAWAN






BAHAN BAHAN BISKUT MAZOLA AKA BISKUT KACANG :




2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN GULA PASIR (sila blender)
MINYAK MAZOLA ( ina modified, gantikan dengan minyak zaitun @ paling bajet minyak masak)
2 CAWAN KACANG TANAH
1 SUDU KECIL BAKING POWDER





HIASAN

SEDIKIT KACANG TANAH UNTUK HIASAN
1 BIJI KUNING TELUR
SEDIKIT PEWARNA KUNING



CARA CARA BUAT BISKUT MAZOLA AKA BISKUT KACANG :





1. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama gula.
2. Gaulkan bersama kacang yang telah dikisar (jangan terlalu hancur, sebab tak best nanti,, takde bunyi krap krup krap).
3. Masukkan minyak ikut keras. Agak-agak adunan boleh diterap acuannya. (ina buat bulat-bulat je)
4. Sapukan kuning telur + pewarna kuning (atas biskut yang sudah diterap tadi.)
5.Sapukan mentega diatas dulang pembakar.
6. Bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit..gunakan api atas bawah ( yang ni oven eletrik). 
 ( Suhu mungkin berbeza mengikut oven masing-masing )




okay... siap sudah biskut kacang..

notakaki : sebelum ina jadi agen shaklee, ina bisnes biskut raya.. biskut kacang ni laa. paling laku... sorang order 5bekas. heeeee.. ye betul. tak tipu..dulu masa tu, ina kerja lagi.Bisnes biskut raya lagi... 
 
memang tempahan banyak masa tu, habis sakit-sakit belakang.