Baru-baru ini, saya mencuba resipi puding roti karamel Khairul Aming. Puding roti ni mudah jer nak buat. Antara pencuci mulut yang mesti ada jika kalian nak makan sesuatu yang manis. Tapi takde lah terlalu manis, kang tak sesuai pula untuk pesakit kencing manis kan? jom, kita buat sekarang Puding Roti versi Khairul Aming ni.







puding roti karamel
Guna loyang 8x8 memang nipis. 





Puding Roti Karamel Khairul Aming



Bahan-bahan untuk karamel :

3 Sudu besar gula

2 sudu besar air


Cara buat karamel puding roti: 


Cairkan sahaja gula bersama air di dalam bekas loyang terus.

Pastikan gula dicairkan sehingga bewarna keperangan sahaja. Jika terlebih pekat, karamel akan menjadi pahit.



Bahan-bahan :

5 keping roti gardenia

5 biji telur gred A

1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat

1/2 cawan air masak

1 sudu teh esen vanila



Cara membuat Puding Roti Karamel


1. Masukkan telur, roti yang dicarikkan, susu cair, susu pekat, air masak, dan esen vanila ke dalam blender.

2. Kisar bahan-bahan tadi sehingga hancur halus.

3. Selepas itu, panaskan steamer atau periuk kukus kalian. Jika menggunakan steamer Noxxa, terus sahaja boleh masukkan puding.

4. Tapi sebelum itu, tapiskan bahan-bahan tadi masuk ke dalam loyang yang sudah berisi karamel.

5. Kukus selama 40 minit sahaja.

6. Selepas siap puding roti dikukus, rehatkan puding terlebih dahulu.

7. Kemudian, boleh keluarkan puding roti yang di dalam bekas secara terbalikkan ke dalam pinggan.

8. Potong kepada bentuk kecil, dan simpan di dalam peti sejuk.



Panduan memasak puding roti :


1. Sewaktu puding dikeluarkan dari pengukus, jangan terus keluarkan puding tersebut kerana dikhuatiri akan merosakkan puding roti. Jadi, sejukkan terlebih dahulu.

2. Fungsi roti dimasukkan ke dalam puding ialah supaya puding menjadi kenyal dan tak mudah pecah.

3. Esen vanila sebagai bahan untuk menghilangkan bau hanyir telur yang ada di dalam puding roti tersebut.


4. Dengan adunan tadi, saya mendapat 2 loyang bekas. Iaitu saiz 8x8 dan saiz loyang bulat. 



Justeru itu, puding roti sedap dimakan sewaktu sejuk, masuk ke dalam tekak melegakan. Ianya tidak berbau hanyir dan kenyal. Selain saya masak untuk berbuka puasa, turut meletakkan di gerai adik bongsu puding tersebut sebagai jualan.



Tips bisnes menjual kuih. 


Untuk jualan, saya hanya meletakkan harga RM 2 untuk sebekas. Yer lah, nak menjual pun kena ikut market setempat juga. Taman perumahan adik saya tu dikelilingi oleh golongan B40, jadinya harga pun dijual dengan B40. Hasilnya, sambutan menggalakkan setakat ini.