14 Langkah Mudah BUN BERKEJU

saiz comel roti keju

over cook dah roti ina niii..hihihihihi. tapi sedaplah.Rangup



BAHAN BAHAN:

Yis
Gula (6 sudu Besar)
Tepung High Protein ( 3 1/2 Cawan)
Air Sejuk
Marjerin ( 2 Sudu ) 
Telur (1 biji)
Water roux ( 1Sudu Besar agen pelembut roti ) 

CARA CARANYA:

1. Masukkan (1Sudu Besar) YIS kedalam gelas berisi air suam ditambah Gula (Gula bertindak membantu Yis cepat mengembang). Biarkan selama 5minit (Tunggu sehingga Yis hidup seperti TEH TARIK..tu kan berbuih macam tulahhh..Yis hidup,orang panggil).

2. Satukan  telur,marjerin,tepung dan juga yis  kedalam mangkuk kosong Gaul sehingga sebati.

3. Masukkan air sejuk gaulkan sebati.. (pastikan tangan dibasuh bersih serta kuku pendek.
(( air sejuk masukkan secara sikit demi sikit asalkan boleh menjadi doh)

4. Masukkan Water roux kedalam adunan tadi.

5. Uli adunan sehingga elastik. (Cara mengetahui adunan sudah elastik atau tidak, cuba tarik doh..jika mudah koyak..masih belum elastik)

6.Rehatkan doh beberapa minit.

7. Timbang berat doh sebiji  dan Bulatkan doh. (Guna teknik rounding..agar permukaan roti licin)


tunggu roti naik


8. Sapukan marjerin pada tray sebelum proses membakar roti.

9.  Jarakkan roti antara satu sama lain ( nanti roti akan mengembang 3x ganda dari asal)

10. Apabila siap roti.. (balut roti dengan plastik) tujuannya, bantu dengan lebih cepat proses pengembangan.

11. Panaskan oven sebentar (apabila panas,tutup suis..masukkan roti kedalam oven tadi bagi proses pengembangan selama 1 jam) 

12. Selepas 1 Jam (proses pengembangan) Spray permukaan roti dengan air sejuk dan taburkan Keju diatas permukaan roti ...(jika  ingin tambah mayonis diatas,juga boleh..)



 13. Panaskan Oven dengan kepanasan suhu 200 Darjah. Guna api atas bawah serta matikan kipas (bagi oven jenis pensonic)

14. Bakar  Roti kedalam oven selama 25minit  

selamat mencuba! 

Practise make perfect yaa.. ina dulu masa 1st time buat roti..sampaikan Luka gusi.. sebab terlalu keras rotinya..Mujur lah ada suami,yang kaki makan.ehehehe.. sekarang,alhamdulillah..sudah boleh niaga.

Resipi ini lah ina buat bisnes dulu.. sekarang stop kejap,sementara menunggu baby membesar..hihihihi..



type='text/javascript'>