Cara Mudah Masak Paprik Sotong


Dulu-dulu, sewaktu ina bujang dan tinggal bersama keluarga.Mesti abah akan beli bungkus paprik untuk dinikmati sekeluarga.Tapi ada masanya juga,beli paprik cair.Kadang tu juga, jika tak bernasib baik akan dapat paprik macam sup pun ada.Ramuan yang tak mencukupi lah..haihh.



Tempoh hari ada meminta resipi campak-campak Paprik Sotong Setelah ina muat naik di dalam akaun Instagram.Kali ini,ina nak kongsikan kepada netizen.Resipi yang amat mudah. Mengambil masa lebih kurang 10 Minit sahaja.

PAPRIK SOTONG

PAPRIK SOTONG  


Bahan-Bahan:


3 Ekor Sotong
2 Helai Daun Limau Purut
1/2 Batang Daun Cellery
Bunga Sayur
1 Batang Lobak Merah 
1 Biji Cili Hidup 
1 Biji Tomato

Bahan Tumis  :


Sedikit Minyak
2 Sudu Besar Cili Sos
2 sudu Besar Cili Kering Yang telah di kisar 
1/2 Labu Bawang Holand ( Hiris membulat)
5 Ulas Bawang Putih ( Diketuk )
1 Biji Cili Hidup (hiris )


Cara-cara membuat :


1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.Biarkan Minyak panas seketika.

2.Masukkan bahan tumisan dan kacau sehingga naik bau.

3. Masukkan sotong yang telah di basuh bersih yang siap potong,biarkan sotong tersebut agak masak.

4. Setelah naik bau dan sedikit garing bahan tumisan, masukkan daun celery yang sudah di potong,lobak,bunga sayur, tomato dan daun limau purut.

5.Masukkan air sedikit.

6.Gaul rata dan biarkan ia mendidih di atas dapur sebentar.

7.Sedia di hidang.

Tips: 

Jika ingin memekatkan kuah paprik, bancuh sedikit tepung beras bersama sedikit air.Terus masukkan di dalam masakkan.Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.

Cadangan :

Paprik sedap dimakan bersama nasi panas serta di gandingkan bersama telur dadar dan juga tomyam.Nyum nyum, rasa best sangat.Seolah-olah makan di restoran thai pula.Eheheheh.

Selepas ini,korang boleh jimat duit belanja.Boleh dah masak sendiri di rumah.Makan boleh bertambah tambah lagi.. 


Selamat mencuba!





Catat Ulasan

6 Ulasan

Fatin Shahrizam berkata…
Sedapnyaa K ina. Ni dapat masa lunch ni sedapp ni!
Galaksi Viral berkata…
Sedapnya paprik sotong ni kak. Siap ada resepi lagi. Hihi. Btw, GV follow blog akak ya. :)
Cik Nor berkata…
sdapnya ina..:)
Fatimah Nabila berkata…
sedapnya, paprik ni sedap dan mudah sebab dah ada lauk n sayur, kan senang nak makan..hihi..
Rabiahtul adawiyah berkata…
sedapnya...biasa masak paprik ayam je
Suria Amanda berkata…
Nampak sedap dah tu ha...SA biasa campur sedikit pes tomyam untuk bagi lebih rasa paprik..sedap...