Gempar!! Kes Toyol Di kuantan




Agak lama blog Ina tidak bercerita mengenai kisah seram.Ada ke yang nak baca? Ehehehe.. Kisahnya,beberapa hari yang lepas.Di Negeri Kuantan.Telah Kecoh mengenai kes kecurian Wang Ringgit di sekitar Taman Perumahan penduduk disitu.Korang rasa? Yang berkepala hitam atau apa? yang lakukannya..hmmm..


Mengikut cerita yang ina perolehi,mangsa satu keluarga telah kehilangan wang ringgit pada setiap bulan.Paling sedikit ialah RM 200 dan semakin lama dibiarkan,makin menjadi jadi jumlah pun semakin besar nilainya.


Pada malam berikutnya,seorang pengamal perubatan telah berjaya menangkap entiti tersebut dan telah selamat di buang di suatu kawasan.



Kenapa ia di panggil Toyol


Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.


Kerja-kerja Toyol dan Upahnya


Ada yang mengatakan Toyol ini boleh di beli Mekah dan di puja bagi memenuhi kehendak tuan yang memelihara.Toyol ini juga menghisap darah sebagai upahnya setelah segala kerja-kerja yang diarahkan tuannya telah di laksanakan.Tetapi,jika tuannya gagal memberikan upah.Ahli keluarganya pula yang akan menjadi mangsa toyol tersebut. 



Cara dan petua menghalang Toyol


Ada sumber mengatakan,jika tidak mahu wang ringgit hilang.Pastikan wang tersebut diikat dengan gelang getah,dikatakan Toyol amat takut akan getah.Wallahualam...


Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan , diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.

Selain itu, ikan puyu yang dipelihara di dalam akuarium mampu dapat melalaikan toyol dan toyol tersebut tidak akan berhasrat mengambil wang dari mangsanya.





Berbalik kepada maklumat yang ina perolehi,Toyol tersebut telah berjaya di tangkap dan di masukkan ke dalam botol kaca untuk di buang ke dalam sungai. Dengan mata kasar,memang lah tiada apa apa di dalam botol ni.Tetapi,jika korang mempunyai ilmu yang cukup.Pastinya,dapat melihat apa yang terkandung di dalam botol ini.


Bagi pandangan Ina sendiri mengenai Toyol.Iya,manusia ini memang berkongsi alam dengan makhluk halus.Cuma kita semua belum diizinkan lagi untuk melihat benda-benda sebegini.Dan Ina memang tak nak lah tengok.Huhuhuhu..silap-silap boleh demam kalau dapat tengok ni.Tetapi kalau mata kasyaf.Okaylah.. betul-betul bersih.Cukup ilmu allah.Dapat tangani..

type='text/javascript'>