Makan-makan bersama Keluarga



Selesai kisah hari ini di rumah mak Ina.Agak kepenatan lah sedikit.Seharian buat makan-makan di rumah mak.Alhamdulillah,, dapat lah berjumpa dengan pak saudara yang dari Bera Dan Tanjung Belenggu itu. Eh,tak lupa juga yang di Kemaman juga.. 

Nasiblah..,kali ini juga.Bukan mak dan Ina yang memasak.Tetapi Ibu saudara Ina yang berada di Balok.Sedap pula masakan lauk macam ni..kebiasannya,asyik lauk ayam jer.Ehehehe..,itu menu tekak ina lahh.




Berkumpul sebegini,memang seronok.Dari yang kecil sampailah yang besar.. masing-masing dengan cerita perkembangan mereka.Ehehehe..

Kali ini, kakak dan abang sulung memang takda.Maklumlah..cuti hanya sehari jer Isnin (Cuti Hari Hol Negeri Pahang).Mereka jauh di Johor dan Raub.Tunggu Raya lah balik nanti mereka ni. 


Selepas beberapa jam bersembang serta berehat di rumah mak Ina. Mereka seorang demi seorang beransur pulang ke rumah masing-masing.Dan pada Raya tahun ini,kami semua bersepakat beraya di Kampung Awah sahaja,iaitu di rumah peninggalan Arwah Atuk Ina.


Dan..sempat lah Ina bertanyakan tips dengan atok perempuan Ina.Dia ialah bidan kampung tau di Kg.Awah Temerloh.Alhamdulillah,sedikit sebanyak..ada yang di perturunkan kepada Ina ni.Selama ini,Ina main hentam sahaja mengurut tau.Rupanya..eh..,memang betul apa yang Ina urut suami selama ini.Urut buang angin sahaja.. dan menaikkan peranakan. Atuk siap pesan lagi,suruh Ina pula yang mengurut orang.Erkkk! Urut untuk ahli keluarga bolehlahh.. 


Artikel : Cara menaikkan Peranakan sendiri

            
type='text/javascript'>