Pagi-pagi tadi dah sibuk suruh anak-anak bersiap cepat.Hehehe..Nak pergi beli pampers anak bongsu tu jer.Tapi macam shopping nak beli barangan dapur.Tapi tak delah Ina memboros.Beli barang yang perlu jer dahulu.



Tiada lagi GST dikenakan


Rakyat gembira dengan 0% Gst

Alhamdulillah,tadi pergi ke pasaraya.Nampaknya,muka semua pelanggan pasaraya tersebut gembira.Kuasa membeli sudah mari agaknya.Teheheeh..Maklumlah,harini kan 1st june 2018.Gst sudah dimansuhkan.Maka ringanlah sedikit beban rakyat malaysia ni.

Macam dulu,Ina perasan.Beli barangan berjumlah RM 53.XX. Dan Gst dikenakan sebanyak Rm 3x.xx. Berat juga terasa tu nilai banyak tu.Huhhhh.Banyak makanan yang kena catu tau.Heeeehehe.Ambil mana yang perlu sahaja.


Sekarang ni,Raya pun dah tak lama lagi.Maka kuasa membeli tu semakin besar lah.Ina pun terasa seolah batu yang menghempap di dada ibarat sudah tiada.


Erm,,agak-agak.Boleh tak claim masa ina berniaga dulu tu yer? MLM yang banyak sangat dikenakan Gst tu.huhuhu