Cipta Keseronokan Bersama Seisi Keluarga Di Farm In The City @ Petting ZOO Seri Kembangan


9:21 AM

Cipta Keseronokan Bersama Seisi Keluarga Di Farm In The City


Petting ZOO Seri Kembangan

Assalamualaikum..

Kali ni,cuti Hari Malaysia kami sekeluarga pergi ke Farm In The City,Sri Kembangan yang terletak di Selangor.Kami dari Kuantan sanggup ke sini tau.Demi anak-anak..ececeh.Tak lah..,sengaja kami bagi anak-anak ni mengenali haiwan dengan secara lebih dekat lagi.



Konsep Farm In The City @ Petting Zoo


Pabila korang di Farm In The City,korang jangan risau fikir pasal panas lah apa.Sebab kat sini lain sangat konsep dia.Tak macam Zoo biasa-biasa.Kat sini
Ada banyak tumbuhan hijau,pokok-pokok serta buahan yang di tanam.Sesuai dengan nama dia,ladang.Teduh sangat.. memang sedap lah berjalan dalam ni.Satu hari pun takpe korang nak berjalanjalan dalam ni tau.Ehh,,tapi korang larat ker? Ehehehe.. 




petting zoo


Hahaha..tengok lah tu.Anak-anak semua dah tak sabar lagi nak masuk ke dalam.Nak bergambar pun tak sempat lahh.





Gambar candid Sara ni.Baru nak bergambar..,secara tiba-tiba kambing kat belakang tu hulurkan mulut dia dan terkena baju Sara.Apa lagi dia tuu..,menjerit kat situ.Hahaha..terkejut kot.



goat feeding


Okay..bila nak masuk ke kandang kambing ni kan.Ada staff yang jaga di depan pintu tu.Staff kat sana akan hulurkan daun pandan (makanan kambing) kepada pengunjung yang nak masuk ke sini.




feeding sheep

Jika masuk sini,satu jer.Korang jika pegang daun-daun (makanan kambing) sila beri kepada mereka yea.Bukanlah apa..jika tak,kambing ni akan panjat badan kita.Ehehehe.. Semerbakk lah bau kambing balik tu nanti yea.. kiikkki.





Setiap penempatan haiwan di Farm In The City,Sri Kembangan ni.Mempunyai kandang setiap haiwan supaya ia tidak bercampur dengan haiwan yang lain.





Sebelum memasuki ke Farm In The City ni.Sudah diberikan taklimat oleh staff disini supaya anak-anak yang memberi makanan kepada haiwan di sini hendaklah berjaga-jaga.Bukanlah jari tu hilang.. tetapi kan haiwan kat sini tak dapat membezakan antara itu makanan mahupun jari anak-anak.Hihihihihi...




Feeding animals in zoo


Anak-anak ina paling suka beri makan turtle kat sini.Iyerlah..besar lagi tu.Mereka semua kehairan rupanya ada haiwan macam ni.Kata sara..,"mama macam dalam kartun Ninja Turtles tu lahh". Alhamdulillah.. sekarang anak nak mula kenal haiwan eksotik ni.Hampir pupus dah ni..


Giant turtles ni dia makan sayur sawi aje.Batang sayuran dia tak mahu makan.. entahlah kenapa.Keras kott.. 

Soffea tu sebenarnya dia takut nak sentuh turtle tu.Bila ina biarkan..,makin kerap dia sentuh dan ketawa.Hihihi..mungkin fikir..,turtle tu nak ngap jari gebu dia la kot.Ehehe..



racoon


Antara haiwan yang paling peramah..setiap pengunjung yang datang jenguk dia.Dia hulurkan tangan dia tau..untuk bersalaman.Haaa~ Kalah dengan manusia.Dia pun tahu hormat orang tau..Hihihihi.



Madagascar


tadaaa! Racoon.Ala..,watak dalam citer kartun Madagascar tu.Ni lah dia dalam real life.. Haaaa.. tapi berbau busuk pula ni.Ina kat sini,kena tahan nafas sekejap..Aisehh.



Ada juga haiwan di Air Hanya Di Farm In The City




longkang fish


Kawasan ni lah paling ramai anak-anak berkumpul.Sebab kat sini ada ikan kecil dalam longkang.Baby ikan jer dalam longkang ni.Air jernih..boleh lah nampak ikan emas dalam longkang tu.



longkang fishing



Ina paling risau sangat,Furqan tu terjun dalam air jer.Walau abah dia ada sekalipun.Tetap risau..Furqan ni aktif.


Lagipun Longkang Fishing ni bersebelahan dengan tasik buatan untuk ikan dan juga berkongsi bersama Swan Putih.Adeiii...So,korang ibu bapa,kena hati-hati dengan anak-anak kecil.



swan




Fish kaloi


Ikan berkerumun kat sini sebab pengunjung tak kedekut nak bagi makan.Tengoklah tu ikan..besar-besar saiznya tu.Hmm... 




feeding fish

Korang tengoklah tu.Nak tersembul mata-mata ikan ni semua bila dapat makanan tau.Dah macam mata plastik pula.Macam ikan tipu jer sekali tengok.. kan?



Stall Makanan


Korang jangan risau,jika anak-anak korang lapar.Bolehlah membeli makanan dalam Farm In The City ni yea.Jika tak silap ina,mempunyai 2 kedai makan di sini.Lepas anak-anak kenyang,boleh teruskan lagi aktiviti tu.




TIPS BERGUNA SEBELUM KE FARM IN THE CITY,SRI KEMBANGAN




1.Pakaian Sesuai 


Jika korang datang di sini.Ina nasihatkan korang seisi keluarga memakai pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti disini.Iya lah.Farm In The City ni 
luas persekitarannya.Jadi,pastikan korang gunakan kasut sukan dan tshirt berlengan panjang yang boleh memerap peluh. Tshirt cotton pun okay.

Dan jangan lupa gunakan krim bagi mencegah dari gigitan nyamuk.



2. KASUT SUKAN




kasut sukan bukan heels


Korang jangan ikut ina erk.Ina ni silap sikit jer.Kasut sukan plan baru nak beli semasa sampai sana.Tetapi..,kedai mana lah buka lagi pepagi buta masa tuh.Sudahnya..,kaki ina ni ha melepuh.Adeiiii..sakit sangat. 3 jam berjalan dalam Farm In The City guna heels.Tak ke gila..


Cuba tengok kat atas tu.. orang lain semua gunakan kasut sukan.Ini je yang pelik..hahaha.Macam-macam kan..?




3. Datang awal


Seeloknya korang yang berhajat datang ke sini,sila datang pagi.Sebab waktu pagi ni best.Tak ramai orang lagi.Bila memasuki waktu tengahari,pengunjung semakin ramai.Haaa..bersesak lah korang yea.



4. Bawa Stroller



Bagi korang yang mempunyai anak kecil.Pastikan korang bawa stroller.Memudahkan korang nanti..sebab Farm In The City ni sangat luas.Jenuh nak berdukung jika yang masih baby.Korang pun boleh rileks jer tolak stroller tu.




Harga Tiket di Farm In The City 




harga tiket Farm In The City



Tiket korang boleh refer harga di atas yea.Memang berbaloi sangat!! Anak-anak gembira ..,mak ayah pun turut sekali.Ehehehe.Hilang stress bawa anak-anak kenali haiwan di sini.




Waktu Operasi Farm In The City :


Monday : 10am till 6pm
Wednesday - Friday : 10am till 6pm
Saturday, Sunday : 9:30am till 6pm 

School/Public Holidays : 9:30am till 6pm Closed every Tuesday except public holidays & school holidays.



Lawati Sosial media mereka :


4 comments:

  1. wahhhhh bestnya!!! Haritu nak pergi tapi takut tak berbaloi harga tiket

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tau. Jom pergi sana! Terapi minda juga ni

      Delete
  2. Bukan anak² je seronok, mak ayah pun sama!

    ReplyDelete
  3. Cikla pernah juga ke sini. Best jugalah. Terutama anak2. Happy diaorg dpt tgk binatang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.