Order Makanan Di Hujung Jari Dengan Food Valet


shellout sedap kuantan,Shellout delivery food vallet,shellout set ratah


Assalamualaikum...

  Haaa,sekarang sudah memasuki musim tengkujuh.Makanya,perut asyik lapar sahaja.Dan kebetulan malam tadi juga,Ina bermalam di rumah mak iaitu di Batu Hitam,Beserah.Jadinya,mula lah patah kaki.Tak drive sendiri pun,sebab abah yang datang ambil di rumah.

  Patah kaki lah,malam tadi.Perut lapar,transport takde pula.Ehh,selepas maghrib kami sudah makan malam.Tetapi faham-faham ajer lah.Perut minta makan lagi dan lagi.Ahaks! 

 Dah berbincang dengan adik-adik.Mereka pun  lapar katanya.Erm..,jadinya secara spontan adik bongsu bagitahu ada satu website ni yang boleh buat penghantaran makanan terus ke rumah.


Food Valet Kuantan


 Alhamdulillah,seronok bila ada satu website yang boleh buat penghantaran makanan terus ke rumah.Paling menarik lagi,satu kuantan Food Valet ni dia cover tempat.Syukur! Sebab sesetengah macam fast food seperti KFC,Pizza Hut dan McDonalds memang tak cover tempat-tempat macam perumahan Batu Hitam dan Pelindung.Hihihi..Sedih sangat weiii.

 Kalau korang nak tahu,website foodvalet ni,ada banyak restoran dan kopitiam yang berdaftar dengan mereka ni tau.Antaranya ialah Sushi King,Sakae Sushi,LOTENG,Wan Zul SATAY,Boat Noodle,Sara Thai Kitchen dan banyak lagi.


  Paling best lagi,food valet ini juga menerima bayaran CASH.Huhuhu.. seronok tau.Kebetulan duit dalam bank malam tadi baki tak mencukupi.Jadinya,Ina bayar CASH jer.Dan bayaran secara atas talian pun boleh.Ada dua pilihan gitu.



seafood,shellout,food delivery kuantan,makanan


  Tadaa! Penghantaran ni mengambil masa selama 60 minit.Eheheh..korang kena lah bersabar yea.Lagipun penghantaran ni menggunakan motor.Kesian pula budak yang hantar makanan semalam tu.Katanya lagi,ada banyak pesanan yang ingin di hantar kepada pelanggan.Huhhh! Dah lah semalam hujan lebat disertai kilat lagi.Mencabar betul lah kerja dorag ni.


  Haa..lagi satu yang best.Ada lagi tau.. Ina order semalam shellout (tak ingat restoran mana) dan fast food di LOTENG makanan yang di terima masih panas.Memang berbaloi lah buat pesanan dengan food Valet.


 Shellout yang ina pesan ni,untuk 4 orang makan. Berjumlah RM 65.00 (termasuk penghantaran).. kuah sedap! Seafood semuanya fresh. Lagi bersaiz besar-besar ketam,kupang,udang dan kerang.Ohhh..,heaven betul makan shellout dirumah.. 


Plastik putih tu,order di LOTENG. Nugget tempura dan cheezy wedges,ehehehe.. 


Okay,setakat ini sahaja coretan ikhlas dari Ina.Ekslusif tau,sebab bab makan ni Ina memang cerewet sikit memilih.Sebab tulah kurus.Tehehehe.. 




6 comments:

  1. Senang kan sekarang ni. Lapar je bukak website..Ekeke... LeYa dan Otomen sendiri pun kalau lapar dan takda makanan kat dapur, memang akan buat delivery order lah gayanya. Hehe.. Sedap, murah dan menjimatkan untuk keluar rumah.

    ReplyDelete
  2. wow.. semua di hujung jari kan..

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba lagi food valet ni

    ReplyDelete
  4. Wah bagus apps ni
    mellyacrayola.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. bagusnya apps ni..ada servis penghantaran makanan..rasa malas nak memasak and makan kat luar order je through apps ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.