Jalan-jalan Shopping di Plaza Lowyat

Assalamualaikum...


Pagi Sabtu yang lepas,kami ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan barangan untuk kerja-kerja cctv suami.Macam kebiasaannya,suami Ina ni suka sangat tak merancang terlebih dahulu.Celik jer pagi Sabtu.. katanya "Yang,jom lah siap-siap cepat kita pergi ke Kuala Lumpur". 


 Bukanlah apa,rasa macam tak logik juga sebenarnya.Ermm,memang tak sangka pula dia ajak secara spontan gitu.Tetapi nasib baiklah,suami ajak awal pagi.. Jika tengahari baru nak bertolak,panas membahang pula semasa perjalanan ke Kuala Lumpur.


Lebih kurang hampir 10 pagi,kami bertolak.Baju semua dah standby dalam beg.Ahaks! Mana lah tau,kot suami nak bermalam di sana ke.Hihihihi.. Sebagai seorang isteri,memang Ina sentiasa standby jika berjalan luar dari Kuantan.Baju anak-anak dan suami sentiasa ada standby dalam beg.




Setibanya di Kuala Lumpur,jam hampir menunjukkan ke angka 12 Tengahari,kami tiba di Kuala Lumpur yang penuh sesak.Masuk jer bandaraya,terasa agak stress dah.Hihihihi... nak pergi sesekali boleh lah.Jika menetap disana,agaknya boleh naik tekanan darah kalau macam ni.Errr.. eh,tiba-tiba jer kan? Tak sanggup lah.



bas 2 tingkat,pengangkutan di KL,KL sesak






Yang bongsu ni sudah excited nak turun dari kereta.Ehehehe,boring agaknya asyik duduk didalam kereta sahaja kan.Budak pun tahu bosan tu macam mana.. cuma bernasib baik jer dia tak meragam.Ahaks~ awal-awal lagi dah beli makanan seperti cornflake dan roti sebagai bekalan sepanjang perjalanan.Tapi kami berhenti juga kat Rnr Gambang untuk makan,hihiihi.




lowyat, kuala lumpur tempat membeli barangan komputer
PLAZA LOWYAT



Syurga bagi programmer,technician dan kaki gamers di Plaza Lowyat..


Pendek kata,dalam plaza Lowyat ni semuanya port cantik untuk berselfie.Ahaks! Suami dah tak kisah,hihihi.Nasib baik suami memahami hobi baru Ina ni.Hihihihi.. shoot gambar anak-anak secara bersahaja je.Semua gambar diambil secara spontan gituuuu.

 Gambar kat atas tu,kami anak beranak sedang menunggu suami yang ke tandas.




kedai game di plaza lowyat,Lowyat murah
staff sedang packing barangan yang dibeli oleh suami




Agak sudah lama servey harga setiap kedai di Plaza Lowyat ini.Akhirnya kedai ini menjadi pilihan suami.Barangan yang dia inginkan,ada disini dengan harga menarik.

 Staff kedai ni sedang packing barangan yang suami beli tu.Antara barangan yang suami beli di sini ialah 3 unit skrin monitor jenama Samsung,dan power tank power series.Antara barangan untuk projek suami di Kerteh yang kini dalam fasa ke-2.



kedai game,plaza lowyat
peralatan games ada banyak disini


Sambil menunggu staff packing barangan tersebut,anak-anak sempatlah duduk berehat di dalam kedai ini.Kemain lagi anak-anak ni kan? Bahagia sangatttt! Dapat duduk atas kerusi game agaknya.Huhhhh~~ 


 Sambil-sambil menanti barangan siap di packing,kami pergi servey di kedai-kedai lain pula.Huhuhuh..penat lah jugak.Nak tercabut kaki ni weiiii~ siap berkejaran lagi dengan anak-anak 3 orang ni tau..



laptop secondhand di plaza lowyat,komputer baru dan secondhand di lowyat
TURUT MENJUAL LAPTOP SECOND HAND DAN juga baru



Next kedai (tak juga.. entah kedai ke berapa kami servey) ialah kedai menjual segala laptop,PC dan komputer yang baru dan yang secondhand.Ala,,yang ni jenuh nak tunggu.Ada dekat setengah jam atau 45 minit kot.. Redha jer lahhh.

 Suami beli CPU secondhand disini.Nak kena tunggu install segala window.Huhhh~ jenuh weiiii.Dalam duk tunggu tu,ada lah tengok satu netbook tu.Harga dalam 600-700 secondhand punya... tapi berbaloi ke? Sebab kat rumah dah ada PC.Lagipun fobia dah nak ada laptop ni.Dulu pernah ada,lepastu skrin pecah tahun 2014 pergi repair..melayang 300.Huhuhuhu.Dan sekarang..macam fobia sangat.Lagi-lagi ada anak yang lasak kecik tuuuu.


 Okaylahh.. yang jadi penat,sebabnya tak sempat nak shopping barangan Ina.Huhuhu~ itu yang penat lebihh.Hahahaha. Sempat beli power bank jer satu unit.. hihihihi. Kami beansur pulang maghrib itu juga.Suami pula ada kerja pada hari Ahad.Ermm... harap-harap bulan depan dapatlah pergi bercuti sempena bulan anniversary kami yang ke-9 tahun.



barangan komputer murah di plaza lowyat,lowyat murah,lowyat tempat membeli belah barangan komputer dan laptop
Barangan suami yang sempat shopping di PLAZA LOWYAT


Kat atas tulah dia.. barangan yang suami shopping tu.Cuma barangan Ina jer takde shopping... iskiskisk. Sedih sangat tau!! Huhuuhuhu.. 


type='text/javascript'>