Assalamualaikum...


 Alhamdulillah.. pokok-pokok yang Ina pernah ceritakan dulu di entri lepas di Tips penanaman pokok dari Nursery Rasa Sayang hidup dengan segarnya.Syukur ya allah.


 Siapa tak sakan gembira.Lagi-lagi orang macam Ina ni ha, jenis menanam pokok.. semua pokoknya mati.Iskisk.. Tapi ni dah hampir 2 minggu.Pokok-pokok yang ditanam oleh  Ina semuanya segar bugar.Banyak pucuk-pucuk muda dah mulai tumbuh.Bayangkan lah macam mana punya happy tu yee.


 Erm,tetapi yang tak best pula.Anak-anak lah, buah bidara baru jer berbuah besar biji kacang hijau dah di petik.Aduiiii,entah masa bila lah dorang ni semua buat kerja-kerja memetik..Ishh,boleh jadi kemurungan jadinya nii.




Lebih berjaga-jaga



  Penanaman kali ini,memang agak cerewet sedikit Ina ni ha. Buktinya, pokok-pokok tanaman semua tak letak di pagar berdekatan jiran sebelah.Ermm,sebab taukey nursery tu sudah pesan awal-awal bahawa jika pokok jiran sebelah ada ulat.Maka,berjangkitlah ulat-ulat tu semua.Maknanya,habis lah pokok-pokok semua rosak dimamah serangga perosak.Oh tak ye juga, nanti Ina nak kena bikin juga racun organik ni. Nanti lah try google dulu macam mana ek.



  Perancangan sekarang ni, rasa nak menanam pokok bunga bakawali,halia bara dan teringin nak tanam ubi kentang serta serai .Tengok macam mudah jer penanaman tu. Hemm... 



limau kasturi,daun limau kasturi,pokok berduri tajam,tanaman
Pokok Limau Kasturi


baca >  Tip semburan baja

    

    Tiap pagi,sedekahkan al-fatihah pada pokok-pokok ni sambil siram.Ehehehe.. semoga dikau sihat sentiasa wahai pokok. Juga terapi Ina setiap hari,dapat tengok pokok-pokok ni pun rasa lapang dada.