Cuaca sangat panas sejak kebelakangan ini di Kuantan. Alahai...,keadaan ini sudah membuatkan kepala  jadi sakit pula. Maklumlah,silau ni selalu bersangkutan dengan sakit kepala.




blogger, youtuber, tutorial massage,blog perkongsian ilmu
muka togel tak berbedak..ahaks! 


Okay,muka memang cincai aje kalau keluar ambil anak.Memadai dengan menggunakan aloe vera gel, eyeliner dan eyebrow.Ehmmm,krim SPF memang tak lupa pakai tuu.Sekolah anak dekat jer, tak sampai 5 minit drive dah sampai.



 Akibat cuaca terlampau panas sangat tadi,makanya sakit kepala dah mula menyerang.Sakit sangat weiii. Nasib baik lah tak berpinar mata semasa drive tadi.


 Balik jer rumah,cepat-cepat masuk ke rumah dan hasilkan satu video tutorial di channel youtube.Hahahaha.. dapat lah update satu video tadi.Alhamdulillah , dapatlah buat video tu.




tripod 5 kaki,camera mirrorless, youtuber,video
tripod camera mirrorless



  Itu lah dia, kamera sony yang banyak berjasa selama ini dalam menghasilkan video berkualiti dan gambar yang cantik lagi jelas. Ahaks! Over punya claim haa,tapi memang betul.Budak photographer Nikon pun puji Sony memang bagus.Haaa.. 


  Kan haritu Ina cakap, kaki tripod patah. Tetapi ini nasib baik sangat dia masih boleh digunakan lagi. Cuma agak risau jika nak stand camera lama-lama kat situ.Risau gedebuk jer kamera tu haa. 


  Nantikan petang ini atau malam akan update video kat channel youtube.Hihihi..video biasa aje,Ina tak edit apa-apa pun.Newbie kan?  Tutorial untuk urutan sakit kepala.Point-point yang mana patut di urut ketika sakit kepala menyerang. Stay tuned tau!! 



Channel youtube : www.youtube.com/azlinaina



Update Entri dan tutorial bagi meredakan sakit kepala 






Okay.. Tutorial dah update. Boleh tengok video kat atas yea. Cara Legakan sakit kepala dengan urutan.