Patutlah Tak Panas-panas Air nii..


9:41 AM




  Rasanya start air panas COWAY ni tak berfungsi adalah pada raya ke-2 tempoh hari.Ya allah! Patutlah jenuh buka paip air di penyambung tu tak panas-panas airnya.




penapis air COWAY dah rosak! COWAY filter
  1. Penapis air Coway yang rosak tu






Hari ni pun dah syawal ke-8 penapis air Coway ni tetap tak boleh digunakan untuk air panas.Sedih Ina tau,lama dah tak minum air panas. Bayangkanlah macam mana perasaan tu bila tak minum air panas,sehari tak minum pun dah resah tau.Waaa~ sedih sangat tau.Habislah buncit perut ni.Errrkk~~


  Air panas ni sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan.Ina start dari berpantang anak pertama sehinggalah sekarang ni yang ada anak 3 orang,air panas memang tak pernah tinggal.Seharian mesti nak minum air suam. 2 kali sehari pula mesti nak bancuh air panas,minum Lazz Susu Kambing dan susu anak-anak.


 Ina tak boleh betul kalau takde air panas ni.Minum air sejuk,jadi peha tu menggeleber nanti.Cepat jer membesar pehanya nanti.Huuuuuh! Workout tetap buat tau.Hahaha..


 Suami Ina pula jenis tak kisah air panas takde.Dia bancuh air teh dalam air sejuk pun jadi dia ni.Ermmm..

Kos Lagiiii




 Sebenarnya tak tahu pun apa masalah mengapa air tak panas-panas.Siap minta abah Ina kemaskan paip di sinki.Iyerlah,kepala paip kat situ pun pecah.Asyik mengalir jer air kat situ.Tapi bila kepala paip diketatkan,memang betul lah penapis air yang bermasalah sebenarnya.Adeiii~


  Haritu nak tunggu tabung penuh dahulu bagi pembelian filter dan servis. Tetapi belum sempat lagi tabung penuh, water Filter ni dah mula rosak.Dia tak nak tunggu lama lagi dah.Sabar jerlah! Ermm, servis percuma dah habis lama dulu dah.Ni nak kena beli tukar baru penapis tu lah. Kalau tak silap rm600 kos ganti filter itu.Nak trade In penapis yang ni pun tak boleh.HUhuhu.. yang ni bayar cash untuk penapis air ni.


  Ermm,dah alang-alang rosak yang ni.Suami pun dah cakap nak gantikan penapis air yang baru terus.Kami masih berkira-kira lagi jenama apa pula yang nak guna kali ini.Kali ini,kami nak bayar installment lah pula. 



Update : Beli Secara CASH Penapis Air | Bio Ultra Alkaline,Penapis Air Murah







No comments:

Powered by Blogger.