Rutin Pagi Suri Rumah Dimulai dengan Rasa Syukur


9:46 AM



 Setiap pagi seperti biasa.Rutin harian Ina sebagai seorang surirumah tangga secara sepenuh masa. Kejutkan anak sulung,Sara untuk ke Sekolah. Dan suami juga.


 Aisehhh, harini terbabas tidur. Tak sedar nak bangkit solat sunat tahajud. Sedar jer pagi, dengar azan subuh sudah berkumandang.Huhuhu.. 


 Seperti kebiasaan bangun pagi, suami hanya suruh menyiapkan minuman sahaja. Jika weekdays,tak mahu bini dia penat memasak pagi.Tetapi jika weekend,memang wajib lah memasak pagi tu. 




motivasi diri, pre metamorfosis, hidup dalam penuh kesyukuran






Aktiviti Pagi




Aktiviti pagi Ina selepas mandi ialah kemaskan tempat tidur.Orang kata nak kehidupan berkualiti. Semuanya bermula dari tempat kita tidur. Berselerak tempat tidur, maka serabut lah kehidupan kita seharian. 


Tetapi sebelum kemaskan tempat tidur lagi, awal-awal dah ucapkan syukur pada allah kerana diberi lagi peluang untuk terus bernafas serta sujud kepada allah. Alhamdulillah , sebak pula bila kita hidup dalam kesyukuran. Sangat rugi jika korang tak hidup dalam penuh kesyukuran. Boleh rasai nikmat dia macam mana bila bersyukur.


Jadi surirumah pun syukur sangat. Rasa bahagia jer, sebab dapat uruskan anak-anak dan rumah tangga sendiri. Berbanding dahulu kena tinggalkan anak,pergi bekerja. Sebak pula bila teringat.Tetapi takpelah,past is past. Sekarang kita nak live in present moment. 





Buka tingkap dan Pintu setiap pagi



Selepas kita bersyukur setiap pagi. Buka tingkap dan pintu. Dan ucapkan syukur. Ina setiap pagi, suka buka tingkap dapur tu. Sebab tingkap naco. Pemandangan tepi tu terus boleh nampak hutan berbukit.Fresh betul hidu udara pagi-pagi. Sambil-sambil tu juga Ina send vibration kepada alam semesta sambil didalam hati sedekahkan al-fatihah setiap hari. Dalam masa yang sama juga niatkan didalam hati nak bahagiakan siapa atau memberi. 


Dan setiap pagi juga dan sebelum tidur Ina akan remind pada diri apa yang Ina nak capai dalam hidup ini. Jadinya, feeling tu kekal. Tak boleh dibawa lari dek angin sepoi-sepoi bahasa.



Priming by Tony Robbins





Seterusnya, Ina ikuti apa yang disarankan oleh Tony Robbin, dia suruh lakukan priming setiap pagi.Yeah! Terasa segar pula bila lakukan priming macam tu. Korang boleh search di google macam mana nak buat yea.


Haa, lagi satu dalam priming tu diajar untuk duduk diam sebentar ( jika islam boleh basahi lidah dengan berzikir, non islam buat meditasi ) , bernafas dengan betul  dan bayangkan kita capai target apa yang kita nakkan.Ia bukan angan-angan tau. Ia seperti pembakar semangat untuk kita capai target. Bukan juga macam dreamboard.Dreamboard lain maksudnya, apa yang pernah Ina belajar dahulu.Dreamboard tu ada tulis bila kita nak capai tahun bila dan hari apa.





FLIGHT MODE HANDPHONE



 Yang ni selepas bangun tidur, kita jangan lagi sentuh handphone masing-masing. Biarkan ia dalam keadaan flight mode. Sebolehnya kita siapkan dahulu kerja-kerja rumah,siapkan anak-anak dan suami. Jika boleh, pergilah bersenam terlebih dahulu. Workout ke berzumba,kasi peluh. Bagi diri dalam mood bergetaran tinggi ( high vibration ). 


 Ini memang best. Dah cuba.Rasa tenang, hidup berkualiti sangat sebab tak terlalu sibuk nak scroll FB,Whatsapp,Instagram mahupun e-mel. Kepala pun tak sakit akibat busy memikir benda-benda tak patut di fikirkan. Alhamdulillah.Banyakkan masa bersama anak-anak. Banyakkan peluk anak-anak setiap hari. 






Rezeki terletak pada kesenangan & Kebahagiaan orang lain



Percaya tak rezeki kita tersangkut sebab kita kurang bersedekah? Bersedekah bukan sahaja pada wang ringgit sebenarnya. Ia juga boleh dalam bentuk knowledge.

 Contohnya korang ada ilmu memancing, jadi cuba kongsikan tips memancing di wall facebook. Atau pun jika ada kemahiran memasak mahupun menjahit pakaian,berikan tips asas memasak mahupun menjahit. Jika korang tak tahu macam mana nak tulis. Cuba pula upload video tutorial menjahit.Jahitan asas ke kan? 


 Macam Ina sendiri, Ina buat video. Dan letak di channel youtube : azlinaina  Buat video dengan harapan agar dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Buat bukan sebab duit. 





emotional, spiral mood, motivasi afnan rosli, pre metamorforsis


Bila kita sharing ilmu ni.Rasa lega sangat-sangat tau.Macam beban besar atas dada dah kena buang. Gitulah perasaannya. Situasi ni berada di paling atas sekali iaitu di Joy. Mudah jer kan nak ada mood paling atas macam tu.



 Dan jika mood makin kebawah, korang kena cepat-cepat istighfar. 



artikel lain : Apa Yang Terdetik di Hati Allah akan Makbulkan





4 comments:

  1. Bestnya jadi suri rumah kan....kalau SA dapat peluang tu kan best..tapi mimpi la kan..laki pun takde cane nak jadi suri rumah...hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. kebahagiaan SA dalam bentuk lain. Insyallah..

      Delete
  2. okay, nak follow lah rutin pagi suri rumah bahagia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan.. rasa bahagia dan lapang hati

      Delete

Powered by Blogger.