Memberi dan memberi tanpa Jemu



Memberi dan memberi tanpa Jemu  | Alhamdulillah, syukur sangat bila dapat menulis di ruangan blog. Inilah passionate Ina yang sekarang. Ina tetap menulis walau bukan dibayar sekalipun.Kerana ia memang minat Ina sendiri. Bila dapat menulis baru terasa puas, enjoy sangat dan tenang. 




cara memberi dan memberi, lahirkan sifat syukur,cara hadirkan sifat syukur,
Memberi tanpa jemu



  Pernah dalam hati terdetik. Cukup ke bekalan aku di akhirat kelak? Selain kita solat tak tinggal,membaca al-quran dan bersedekah. Jadinya, Ina memilih untuk berkongsi sesuatu tentang apa yang Ina tahu melalui ruangan blog.Memberi adalah sesuatu yang sangat besar impaknya,walau bukan dari segi wang ringgit. 



 Bagi Ina sendiri,jika memberi info dan ilmu kepada orang ramai.Hati lebih tenang. Sebab selain dari memberi ilmu tersebut juga Ina titipkan bersama feeling yang best.Dengan rasa penuh kaya,tanpa perlu risau jika ilmu kita diketahui umum. Dan satu lagi,jangan memberi sesuatu dengan mengharapkan balasan,sebaliknya dengan penuh rasa kegembiraan. Faham?



 Sebenarnya,konsep ini dah lama Ina guna pakai.Cuma pada hari ini, baru ada masa terluang untuk kupas lebih lanjut mengenai isu memberi.Lebih banyak kita memberi,kehidupan kita akan lebih tenang, happy,selesa, dan enjoying.




 Ada sesetengah yang mengamalkan bersikap kedekut ilmu, takut ilmu dia habis. Tetapi percayalah, seluruh alam ni yang sekeliling kita semuanya ada elektromagnetik dan badan kita mempunyai antena iaitu di tulang sulbi. Semuanya berada dalam kecukupan jika kita betul-betul menghargai. 


 Untuk pengetahuan semua jika kita  sentiasa bersyukur, tiada lah peperangan sana sini,hasad dengki dan sikap suka fitnah memfitnah berleluasa.



 Macam mana kita nak rasai semua ni?? Nak rasa hidup dalam keberlimpahan (Abudance) 



  1. BE HAPPY : Maksudnya walau apa yang terjadi kita kena tetap gembira. iaitu kita menerima Qada' dan Qadar dari Allah.
  2. SYUKUR : Syukur yang sebenar adalah dari HATI.Bukan sahaja daripada ucapan di bibir. Dengan bersyukur, kita dapat membersihkan hati. Dendam, benci, sakit hati itu semuanya paling dekat dengan hati. Jiwa rasa tenang. 
  3. BAHAGIA : Kita create bahagia dalam diri kita,kemudian barulah datang rasa bahagia tersebut. 
  4. Bila happy,syukur dan bahagia sudah ada dalam diri. Maka sifat abudance muncul dalam hati kita. 
  5. Belanja (  wang ringgit) , perkongsian ilmu dengan  orang sekeliling dengan penuh rasa happy, tenang dan tak ragu-ragu. Rafu-ragu atau sikap bersangka-sangka ia mampu membunuh Living in present moment. 

Gratitude : Hargai apa yang ada disekeliling kita. Caranya dengan bersyukur dengan hal-hal kecil terlebih dahulu. Seperti ucapkan alhamdulillah setiap pagi kerana kita masih bernafas di muka bumi allah.Masih sihat tubuh badan, bersyukur masih diberikan peluang untuk menjadi seorang ibu iaitu melahirkan zuriat. Syukur.. syukur dan bersyukur. 



Expectation : Jangan terlalu mengharap kerana jika korang berharap memang dalam kehidupan takkan pernah cukup. Contohnya : Aku sedekah ni sekian-kian akan dapat balasan. TIDAK!! Cuba fahamkan konsep Living Present Moment atau cuba jadi seperti baby. Baby nak apa,semuanya dapat. Sebab dia tak fikir masalah yang lepas mahupun future. Hanya happy je sifat baby. Be happy like baby. 

Lagi satu,korang jangan lupa untuk berdoa pada bila-bila masa tak kira dimana jua.Tak semestinya di tikar solat sahaja. 


maksud tujuan hidup, mengejar dunia akhirat terabai



 Kesimpulannya rezeki terletak pada kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Kita senangkan orang,insyallah rezeki lancar. Punca rezeki sangkut adalah kerana kita kurang memberi. 


 Okay,dah. Harini berapa orang kita nak senangkan hidup orang.Lepas ni kena tanya,kenapa rezeki aku tersangkut.. (selain solat,sedekah, dan membaca al-quran) . 



type='text/javascript'>