Majlis Semalam.. Majlis Adik Bongsu


9:47 AM


Raya Aidiladha kali ini agak meriah,sebab kakak dan abang sulung pulang beraya dI Kuantan. Alhamdulillah,disamping itu juga. Terus lah adakan majlis merisik adik bongsu kesayangan.Alhamdulillah.



 Cuti kali ini sangat panjang.Bersempena Hari Raya Aidiladha. Cuti sekolah seminggu. Masa ni lah best nak pergi holiday pun atau membuat sebarang majlis kan? 


 Majlis merisik adik bongsu pula diadakan semalam. Rombongan merisik yang datangnya dari Sungai Lembing,Pahang. Agak jauh lah sedikit perjalanan mereka dari sana. Jam 12 tengahari barulah sampai ke Kuantan. Iaitu rumah kami. 


Rombongan dari pihak lelaki pula hanya 7 ke 8 orang macam tu.Selebihnya ada kanak-kanak 2 orang. 


Setelah berbincang tarikh perkahwinan, majlis ditetapkan iaitu pada bulan November 2019. Dah tak lama lagi dah ni. Yealah,lama-lama pun berisiko juga,macam-macam boleh jadi. 



majlis merisik adik bongsu





 Majlis merisik ni pun,pihak lelaki menghantar 2 bentuk cincin dan sepasang kain pasang. Sebentuk cincin itu untuk kakak kepada yang bongsu. Kiranya melangkah bendul juga lah macam Ina dahulu. Jadinya, sebentuk cincin dan sepasang kain diberikan kepada si kakak nya. Adat orang tua dahulu katakan.. 



majlis merisik dan langkah bendul


Tudung coklat cair tu lah adik bongsu kesayangan kami.Dia lah yang dirisik semalam. Yang sebelah kiri tu pula adalah kakak ipar. Kakak Ipar yang dari Raub. 


bersama kakak ipar, majlis merisik


Tu pula Ina bergambar bersama kakak ipar. Haaa,cepat tengok jemari Ina tu.Cantik tak? Pakai inai ukir.Hihihiiks~ Mesti confius,siapa yang dirisik ni? Majlis siapa? Tetapi Ina pula yang over tau..Ahaks~ 



mak anak 4, kakak, salah faham kata anak dara


Muka ceria Ina, bila pihak rombonngan lelaki salah faham. Semuanya ingatkan Ina yang kakak dilangkah bendul ( yang dapat cincin sebentuk tu) . Walhal dah ada anak 3 orang dan dalam perut ada lagi seorang.Hihihihiks~ Terasa muda belia pula bila orang cakap gitu tau. Ahaks! Buat suamiku.. "Sorry lah abang" Dah orang yang nampak macam tu tau. 


 Okay,di sebelah Ina adalah kakak yang kini bekerja di Johor Bahru. Ehehe.Jarang dapat bergambar dengan dia tau. Ni kebetulan dah masing-masing dah make-up cantik,bolehlah bergambar yee.Buat kenangan.. Ini pun kakak dah nak berangkat ke Johor tengahari tu  juga. 



ibu saudara, kakak dari johor



Kakak bergambar bersama ibu saudara. Ibu saudara (adik mak) Ina ni dia ada kedai makan di jalan Beserah. Majlis merisik semalam tu, mee goreng basah dia lah yang masakkan. Laksa lemak dan laksa penang mak Ina sendiri yang memasak. Masakan Ibu saudara Ina ni boleh tahan juga sedap. 




2 comments:

Powered by Blogger.