Tak Beringat! Bila Masuk ke Kedai Kucing


6:56 PM
BELI BARANG KUCING, shopping barangan kucing, kittens feeders, Kitten dry food,



Dulu tak suka langsung kucing. Takut sangat dengan kucing ni bila pergi di mana-mana kedai makan, mesti ada je kucing datang dekat. Tetapi sejak kebelakangan ini, pertengahan tahun 2019, dah jadi gila kucing pula dah.




Sehinggakan suami sendiri yang pelik.Hihihiks~ sanggup berhabis duit semata kucing yang dijumpai dahulu.Sanggup pelihara sehingga sekarang telah menjaga 5 ekor kucing. Ina ni memang tak pernah pelihara kucing, sekarang dah jadi macam apa entahlah. Sanggup habis beratus wang ringgit.





Tengahari tadi, singgah ke kedai kucing yang berada di Balok,Kuantan.Ellyzcatz.. Hajat di hati memang nak beli pasir kucing sahaja. Entahlah, kedai bersaka. Dari satu barang jadinya 5 barang sekali bawa balik.Ahaks~ 





Suami memang tau, jika Ina ke kedai kucing memang akan berhabis banyak.Sayng kucing, siapa lah tak sayang tau. Antara barangan yang Ina beli adalah pasir kucing yang ni tukar jenama pula. Katanya pasir ni tahan lama jika tak bertukar. Maklumlah,ada masa Ina ni tak larat asyik nak tukar pasir kucing.Najis nak kena buang lagi kannnn. Suami pula geli. Ina pula daripada geli, dah boleh terima. Jadi rajin pun sekarang. Ahaks~ Najis anak kucing je dalam tu. Ibu kucing si Kiki dia boleh berak kat luar. Sendiri cari port buang najis.




liter, pets liter, pasir kucing,super odor control liter
Bertukar kepada  jenama ULTRAKAT 10 Liter , beli yang besar




pet feeders, bekas makanan kucing,



Beli bekas makanan kucing, pet feeders. Mudah lah sedikit. Curah semua dry food tu ke dalam pet feeders. Ini makanan untuk si ibu kucing. Sebab ibu dia ni asyik nak makan ajer. Asyik mengiau jer. Dah cukup makan pun, still mengiau. Jadinya, beli lah satu. Makanan automatik akan turun jika bekas digoncangkan. 
Makanan untuk kittens pula Ina asingkan. Bukan jenis yang sama, kittens makan khas untuk kittens. Tetapi kadang-kala  tu juga, si ibu kucing ni nak juga mengecek makanan kittens ni. 


Satu lagi, ibu kucing ni pentingkan diri yea juga. Jika dia sudah makan, makanan kittens pun dia akan habiskan.Eiii, geram betul dengan si ibu ni.


Dah alang-alang ke kedai kucing, Ina pun beli lah Dry shampoo iaitu sejenis bedak talcum, memang wangi lah.Lagipun anak-anak kucing ni tak boleh nak mandi setiap hari. Hanya sebulan sekali je mandi. Jika kotor sangat pun, basahkan sedikit dengan tuala dan lap-lap sahaja badan kucing. Lepastu topup juga makanan kucing. 



kos perbelanjaan kucing siam, belanja bulanan kucing siam
yea..Memang gila sejak ada kucing siam ni semua. Sanggup berhabis pun 


Rasanya belum pun habis sebulan. Kos perbelanjaan bagi 5 ekor kucing siam banyak juga. Belum termasuk kos vaksin lagi. Itu nak kena hold terlebih dahulu. Vitamin,syampu,bekas makanan,sangkar,dry food, ikan rebus serta pasir kucing. Tetapi barangan setiap bulan yang dibeli adalah makanan dan pasir sahaja. 


Alhamdulillah, rasa lega sangat bila dapat belikan barangan dan makanan kucing-kucing ni semua. Shopping memang tak ingat lah. Bila masuk ke kedai kucing,semuanya nak dibeli semata untuk kucing kesayangan. 


No comments:

Powered by Blogger.