Cara Selesaikan PlayMemories Mobile SONY tak support Device

Latest Version Sony Play Memories  tidak Support Your Device? Apa nak buat | Wuuuu, sedih tau bila Sony updates latest version. Baru je tekan updates, tengok tulis situ your device tak sokong latest version.

Imaging Edge Sony, Latedt version Sony tak sokong
Tengok tuu, Latest version tak support format 




Tersangat lah kecewa,kemurungan betul.Gelap sekejap dunia Ina ni tau. Ahaks~ yealah. Kerja-kerja blogging banyak betul nak gunakan gambar yang jelas dan berkualiti semata-mata untuk tugasan sebagai seorang blogger mahupun KOL's ni. Dah siap snap gambar dan video,tiba-tiba pula gambar dari kamera Sony model A5000 tidak boleh di transfer ke smartphone. Ayoooo~ stress tau tak? Menggelupur Ina kat situ. Kerja dah ler nak kena submit pada client cepat. Apps pula buat hal. Adehhh~ tanya kawan-kawan pun takde yang tau dalam bab ni.



Ohhh, stress weii. Rasa macam-macam perasaan bercampur baur ketika ini. Nak tak nak, terpaksa lah cuba download pada smartphone suami. Dan... keputusannya, yeahh! Smartphone suami je bole guna latest version dari Sony tu.Huhuhu.. sedih sangat tau. Takkan nak beli sebiji lagi smartphone kot,semata benda macam ni. Lagipun smartphone yang Ina gunakan sekarang ni masih boleh dipakai. Beli pon pada tahun lepas.Hahaa~ rugiiiii. Jadinya, hampir 3 ke 4 bulan dah rupanya Ina bergantung harap pada smartphone suami. Tetapi payah la nak guna, dah suami kerja. Lagipun smarphone dah jadi satu keperluan seseorang.Makanya memanglah payah nak berkongsi guna.Suami pula kerja sendiri, time Ina nak guna smartphone dia.Outstation lah pulak. Jadinya pada hari ahad iaitu saat ini, Ina dah jumpa penyelesaiannya.


playmemories sony latest version, Sony playmemories 6.3.0 version
PlayMemories Mobile Sony latest Version 6.3.0





PlayMemories Mobile 6.3.0 Version latest 



Alhamdulillah.. lega sangat dah. Baru jumpa penyelesaian kepada masalah PlayMemories Mobile yang Sony update latest version tu.

korang boleh terus ke link ini : https://mobile.softpedia.com/apk/playmemories-mobile/6.3.0/

Sebenarnya, korang kena pergi ke google dan cari PlayMemories Mobile 6.3.0 Version dan download APK File. Dan terus korang boleh gunakan seperti biasa. Dah boleh transfer segala gambar dan video dari kamera Sony korang tu.Huhh! Mujur ada penyelesaian tau,jika tak.Hurmmm, nampak gayanya macam kena beli je sebiji lagi smartphone.Tapi ni sudah settle,kiranya alhamdulillah. Satu keputusan bijak satu-satunya.. Ahaks~ 


apps sony kamera tak support device, Playmemories didnt support device
Yayy.. dah bole guna seperti biasa 


Okay, sekarang sudah settle masalah PlayMemories Mobile yang dikatakan tidak support device/smartphone Ina tu. Dah boleh gunakan seperti biasa. Ini adalah penyelesaian kepada mereka yang tak boleh install Imaging Edge Mobile tu yea.

Catat Ulasan

2 Ulasan

saidila berkata…
yup android kalau nak senang memang download dari APK jer dan tak perlu bergantung paaa apps sangat ...if ada apa2 nak download dari android tapi apps tak support cari jer files APK dia ..
ina berkata…
bagi yang tau,okay.Macam Ina ni,apoo pon tatau. Ini kebetulan jumpa solution untuk android.