Beli Android Box di Shopee


12:02 PM
Beli Android Box di Shopee | Sampai juga akhirnya beli barang di Shopee sempena sales 11.11 tempoh hari.

 Kali ini, beli barangan untuk kegunaan di rumah. Iaitu Andoid Box. Ehehe.. Hampir sebulan juga sebenarnya tv takde siaran.Ahaks~ kesian pula anak-anak. Asyik buka di Youtube je untuk tengok cerita kartun.Terhad pula tu.

Minggu lepas, servey Smart TV.Macam membazir pula bila beli.Yealah, harga pun dah ,mencecah RM 799 (paling murah saiz 32'). TV lama takkan tak guna.Jadinya, cancel. Dapatlah jimat banyak duit tak beli TV baru pun 


Pada mulanya, suami nak pasang decoder Mytv tu aje. Tetapi memikirkan anak-anak ni kang. Habislah patah riuk antena tv. Kat rumah ni, dah 2 jenis antena dipatahkan oleh Furqan. Masalah pula nanti.


Android Box jadi Pilihan


android box, myTV, Shopee
android box dibeli dari Shopee



Memang kebetulan sangat, iklan android box berterbangan di wall facebook Ina ni ha. Dan suami pun macam berminat dengan android box.Tambahan pula ketika itu ada sales sempena 11.11 di Shopee.


Android box kan ada pelbagai pilihan channel.Boleh tengok movie, korea drama,kartun dan sukan. Jadinya, memang ini lah pilihan kami.


Terus cari di Shopee, dan tertarik dengan harga yang ditawarnya. Harga dari Rm499 sempena sales jatuh  Rm 120.xx . Apa lagi nak tunggu,grab je lah walau tengah bulan. Hihihi..


Seronok la dengan android box ni. Petang je cari channel B4U movies (hindustan), pagi pula kartun (cartoon network, disney channel,Boomerang,BabyTV), malam berita dan habis berita sambung channel &Flix HD pula. Movie best pula tu. Yang terkini lagi tuu kat channel ni.


cartoon network,boomerang,disney channel
tonton kartun di Cartoon Network



Tetapi sayang pula, silap pilih yang 2mbps, patutnya ambil 4mbps laju lah sikit. Kadangkala jadi sangkut juga channel ni.


Alhamdulillah, setakat ni gunakan android box ni puashati lah.Berbanding dengan android box di rumah mak Ina tu, semua channel kena install sendiri.Beza dengan android box Ina ni. Semua channel sudah di Install. Kita sebagai pembeli, sambung plug dan aktifkan wifi, dan sudah boleh menikmati channel yang best.


Akhir kata, nak beli apa-apa kena baca terlebih dahulu review dari pembeli di ruangan barangan jualan dari seller. Yang ni Ina berani beli, penghantaran 3 hari sahaja. Sampai dengan selamat dan kemas bungkusan android box itu tadi. Pertama kali ni Ina beli barangan di Shopee harga barang ratusan.Sekarang nak tunggu satu lagi barang sampai hasil menjala sempena sales 11.11 tempoh hari.


3 comments:

  1. Kena beli juga yg ni satu. Dah lama tak on tv..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi keperluan dah sekarang ni.Huhuhu~ tak beli kang kesian pula anak-anak kan.

      Delete

Powered by Blogger.