Celebrate Birthday Bersama Mak ( Kami berkongsi tarikh sama )


11:11 AM
Celebrate Birthday Bersama Mak | Kami berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 25 November. Makanya setiap tahun sudah menjadi acara wajib gitu.Tetapi tahun ini berbeza sambutannya. 



Tahun 2019 ni, takde kek. Hanyalah sambutan biasa sahaja.Cukup sekadar pergi  makan - makan bersama keluarga. Hurm, cuma kecewa sedikit. Restoran yang nak di tujui itu tutup. Frust pula rasanya. Nak tak nak, terpaksalah ke restoran yang selalu kami pergi.Restoran kesukaan suami.Errrr, sekarang pening lahh. Birthday siapa ni yea? Ahaks~Takpelah. Ada orang belanja kan.Maka terpaksalah telan. Makanan biasa-biasa je di situ. Okaylah, malas nak cerita. Sebab tu Ina tak ambil job untuk review kedai - kedai makan. Sebab memang cerewet akan hal makanan. Takkan nak tipu bakal customer kan?

mak abah dan adik beradik, keluarga , family
menanti menu tiba


happy birthday, sambutan ulang tahun kelahiran, celebrate birthday
Happy Birthday Mak







Selepas siap makan malam, kami menuju ke tempat kerja adik bongsu pula iaitu di Kuantan City Mall. Dah alang-alang keluar teruslah pickup adik yang bekerja di shopping mall. Seperti biasa, selfie lah terlebih dahulu. Lighting cantik pula disini. Lagipun banyak kiosk yang cantik - cantik. 



capcom, kereta mainan, mainan token game
Takpelah, pujuk hati. tak dapat makan tempat favourite tu dapat main mainan sini pun jadilah


Hahaha~ tu dia punya kecewa tak dapat makan di Restoran favourite tu.JAdinya ubati hati tu.Mainlah kereta mainan ni dulu.Huhuhu~ nasib baik anak-anak duduk dalam kereta bersama suami dan abah. Dapatlah mama berseronok naik benda ni.Ahaks~ Ni jap lagi nampak anak-anak mesti mereka pula yang merajuk ni sebab tak ajak pun mereka tu. 


 Apapun alhamdulillah, syukur juga dapat keluar celebrate birthday bersama mak dan keluarga. Semoga mak sentiasa dalam lindungan allah selalu serta sihat-sihat hendaknya. Aamiin.. Dan untuk ucapan diri sendiri, semoga diriku sihat - sihat bersama baby yang sedang dikandung serta mudah bersalin kelak (baby 2020). 




aku dah gemuk ni, gemuk mengandung

Gemuk tak? Hahaha~ ini baru 6 bulan mengandung. Hihihi~ lepas bersalin ni nak kena berpantang betul-betul. 





1 comment:

  1. hihi sronoknyaa sama besday dengan mak.. pandai eeh pilih tarikh nak keluar hihi.. alhamdulillah.. semoga sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki.

    samalah kita kalau besday xdak kek pun. lebih kepada makan makan.. nyumms =D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.