Mengandung kali ke - 4 Terkena juga Serangan Cramp Kaki



Kaki Cramp bila nak bangun pagi | Bangun pagi ni, macam apalah entahnya. Terjerit sambil menangis.Ahaks! Penangan cramp la. 



Minggu ke - 27 Ina ni sedang mengandung. Mengandung kali ini, kekurangan kalsium pula. Hurm, agak lama dah mengandung tak kena cramp atau lebih dikenali sebagai simpul biawak ni. Dulu-dulu kandungan pertama jer yang kena. Setiap kali kena, memang sakit sangat. 


Mujurlah serangan cramp pagi subuh tadi tu, berjaya di rawat oleh suami. Jika ketiadaan suami, tak tahulah macam mana. Suami Ina ni kiranya dah jadi seperti doktor dah.Hihihi.. alhamdulillah, dapat suami yang pandai handle situasi macam ni.


Orang kata, kaki cramp ni nak cegah terjadi kena tinggikan kaki semasa tidur dengan cara meletakkan alas bantal di bawah kaki. Hurm yeke? Tetapi malam tadi, Ina alas bantal pun tetap jadi juga cramp. Awal subuh tadi terkena.. kedua - dua belah kaki pula tu.Memang terjeritlah Ina ni haa pagi subuh tu.


Suami pula bagitau, sebab Ina ON aircond. Itu antara punca terjadi cramp. Memang sejuk pun bangun subuh tadi. Mungkinlah juga salah satu punca. Susu pun sebenarnya Ina tak minum sebelum tidur semasa mengandung ni, sebab tekak loya tak boleh terima susu langsung.



Cara merawat kaki yang cramp



1. Jika kaki sebelah yang cramp : 
Tegakkan / straight kaki yang tidak sakit itu selama beberapa saat sehinggalah kaki tersebut hilang rasa sakit.Dah okay? seterusnya Jika kaki lain yang sakit.


2. Begitu juga sebelah kaki lagi 
Tegakkan kaki yang tidak sakit ke atas. Lakukan ketika berbaring terlentang. 


Dan pagi ini, nasib baiklah kaki ni tak melarat sakit lagi akibat cramp kaki tu. Biasanya akan meninggalkan kesakitan pada betis kaki. Syukur sangat. Esok pula ada check - up di klinik kesihatan kena minum air gula dan juga cucuk kancing gigi. 



Tips lain :


Semasa ingin bangun pagi. Slow-slow gerakkan kaki. Kebiasaannya cramp kaki semasa mengandung ni akan berlaku jika korang bangun daripada tidur secara spontan atau secara mengejut. Jadi, slow-slow lah bangun tu yea.



atasi cramp , cara merawat masalah cramp kaki, rawatan kaki cramp
mengandung anak ke - 4 

artikel lain : Banyak lagi ni tak beli barangan baby 





Itulah antara sedikit tips perkongsian Ina untuk elakkan kaki cramp semasa mengandung serta cara mengatasi masalah tersebut. 


Catat Ulasan

0 Ulasan