18 Jam dalam Labour Room ( Part 2 ) : Bersalin Normal


Rabu, Februari 12, 2020
18 jam dalam Labour Room | Sambungan dari entri yang lepas. Menahan sakit contraction selama 18 jam akhirnya bersalin pada Jumaat pagi 7 Februari 2020.


Stress bila On Antibiotik (malam)



 Semasa ini, setiap 4 jam sekali. Tangan Ina akan di masukkan antibiotik di salur darah melalui branula.


Sebenarnya dari wad lagi, branula sudah dimasukkan ke tangan oleh doktor.Tetapi semasa proses tu, langsung tak sakit. Walau branula tu panjang. Mungkin doktor ni pandai mencari urat.


Yang buatkan Ina stress apabila di labour room. Tempat branula pertama tu, nurse nak repeat antibiotik tu. Tangan dah jadi bengkak. Sakit ya allah!


Mula lah, MO atau doktor pelatih nak cari urat baru bagi menggantikan tempat branula yang bengkak itu. Katanya tempat lama sudah tak boleh gunakan lagi,takut infection nanti.


Jadinya, 2 orang pelatih MO atau doktor kot. Sudah 5 kali gagal mencari tempat yang sesuai bagi memasang branula.


Masa ni, Ina dah menangis-nangis. Suami pula tiada disisi. Stress sangat-sangat waktu ini. Teresak-esak menangis. Sakit!!! Itu nak inject branula di lengan pula. Ya allah! Ina masa ni sudah merayu. Siap cakap lagi, tolong jangan inject lagi. Beberapa minit kemudian, datang seorang doktor senior bagi mengambil alih. Alhamdulillah, okay je doktor tu pasang branula di tangan Ina. Langsung tak sakit..


 4cm lagi.. Dinding rahim tebal



Selepas antibiotik diberikan, OS (Open serviks) akan di lakukan bagi memeriksa laluan bawah. Dan, keputusannya tetap sama. Dari tengahari sampai lah malam jam 8 bukaan masih 4cm. Ina stress... contraction On Off. Mungkin baby stress juga kat dalam, wallahualam.


Di dalam labour room, Ina masih boleh makan. Pihak hospital masih berikan makanan. Dan Ina juga ada makan buah kurma dalam jumlah yang ganjil bersama selawat nabi turut dibaca. Contraction masih sama. Ina masih okay,siap boleh bersembang dengan suami lagi. Tetapi suami tak lama temankan,kesian pula dia nak solat. Berjam juga temankan Ina ni,tak juga bersalin. Lagi stress Ina nii..


Stress Sangat masa ni, OS statik 4cm 



Entahlah, mungkin sebab stress kot. Jadinya bukaan statik. Masih 4cm dari hari Khamis lagi. Check OS 10kali kot.. kata doktor, jika masih tak bersalin lagi. Kena tolak masuk wad semula.Bertambah lah stress waktu nii tau..


Tidur dalam Labour Room


Ina tidur dalam labour room je. Tidur-tidur ayam. Bayangkan contration On Off, dia main-main. Sekali datang contraction tahap menggigil.Selepas tu okay pula. Sampailah tertidur sendiri.


Contraction Kuat 



Jam 5 pagi,  rasa menggigil menahan kesakitan. Tetapi masa ni, Ina minta izin nurse.Bagitau nak mandi.. dari tengahari semalam lagi tak mandi.  Akhirnya, ada juga nurse yang baik hati (tak tahu lah pangkat apa, yang pastinya uniform biru). Dia minta dengan doktor (ikutkan memang dah tak boleh turun dari katil jika dah masuk labour room ni) . Alhamdulillah, nurse tadi bawa Ina ke tandas. Sempatlah Ina mandi..


Keluar tanda 



Semasa mandi tu, darah bercampur lendir dah turun. Masa mandi, memang Ina sudah menggigil menahan contraction. Mandi hanya basahkan badan sahaja. Jirus air 4 cebuk, barulah terasa segar. Rasa cergas semula.Alhamdulillah...


Mungkin jarak ke toilet jauh. Jadinya, bukaan tu jadi cepat. Sesudah sampainya ke labour room, Ina dah rasa sakit-sakit.


Sakit macam ni, sepanjang mengandung nak bersalin. Ini adalah yang pertama. Terkentut-kentut.. mengerang kesakitan di katil berseorangan.


Di saat Ina meronta kesakitan.Menahan contraction.. skala 7 , 8. Ada nurse yang ingin membantu memanggil doktor, tetapi Nurse seorang lagi bagitau pada nurse B. "ehhh, dia sakit main-main je tu" belum masa nya lagi nak bersalin. Baru 4cm kan?


Ina :: Nurse, tolong call suami saya.Nak bersalin dah ni. Rasa nak terberak sangat-sangat ni.

Nurse :: Belum lagi. Nanti doktor pecahkan ketuban awak, saya call suami awak yea.


Ina? Berpaut pada besi tepi dinding. Mengiring ke kiri. Cuba kepit, sebab bawah tu terasa seolah ada sesuatu nak terkeluar. Cubaan terlentang, Ina tarik nafas dan cuba lepas bagi mengurangkan rasa sakit contraction.Takkan Ina nak teran seorang tanpa pantauan doktor kot. Risau bawah tu koyak teruk ke.. baby terjatuh ke. Haihhh~~


Suami kat rumah pun alami benda yang sama macam Ina. Katanya sakit perut memulas-mulas, nak sembelit tetapi tak lepas pula. Macam nak meletup dalam perut.


Menjerit...


Ahhh, dengan suara kuat. Ina mengerang sambil memanggil doktor. Mujurlah ketika ini, doktor buat rondaan nak check bukaan bawah (OS). Dan doktor senyum, katanya sudah 10cm nii. Lantas pecahkan ketuban.


Saat ketuban dipecahkan oleh doktor. Rasa lega sangat dah. Best jeee, terus rasa nak push. 3 kali juga push, sebab tenaga sudah hampir habis. Nafas pendek.. cubaan ke-3 barulah keluar seketul nyawa lagi. Alhamdulillah..


Kali ini,bersalin kan anak tanpa suami disisi.. masa bergerak memang pantas. Baby keluar je..,baru suami sampai.


Baby Bernafas laju



Dan.. Ina hanya sempat tengok gender baby je. Hmmm, baby tak sempat nak skin to skin dengan mama. Sentuh apatah lagi Ina ni. Muka baby sendiri pun Ina tak sempat nak cam.

Hari ke-3 bersalin baru dapat tengok baby,itupun tengok sekejap sahaja.Baby dah dimasukkan wayar,on oksigen. Baby duduk dalam NICU ( Neo Natal Intensive Care Unit ). Baby terpaksa dipuasakan. Tak boleh menyusu.. paru-paru baby masih tak matang. Baby premature 35weeks lahir dengan berat 2.5kg .


Ina mohon korang doakan baby Ina sihat serta boleh discharged. Sekarang berpantang ke-5 tanpa baby disisi. Sedih pula.. Rezeki Ina kali ni, Ina terima dengan redha.



bersalin normal, 35 minggu bersalin,
selamat dah bersalin baby boy 2.5kg 


18 Jam dalam Labour Room ( Part 2 ) : Bersalin Normal 18 Jam dalam Labour Room ( Part 2 ) : Bersalin Normal Reviewed by azlina ina on Rabu, Februari 12, 2020 Rating: 5

18 ulasan:

  1. Ya allah..baca pengalaman ina ni buat SA seram..lama dh x bersalin..pengalaman 15 tahun lepas pun masih segar dalam ingatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. adehhhh.. SA cakap macam tu. Ina pula yang seram nii.

      Padam
  2. Allahu. Semoga baby n sis selamat. Selamat berpantang ye

    BalasPadam
  3. Allahu. semoga dipermudahkan segala urusan untuk ibu dan bayi T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin yra. Terima kasih kerana mendoakan.

      Padam
  4. Stay strong ina..huda anak pertama 6 jam dalam labour room..Allah jer tahu sakit macamana kan. Semoga segala kesakitan ina hadapi Allah gantikan pahala berlipat ganda dan rezeki anak sihat cepat. InshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah.. terima kasih banyak2 huda. aamiin yra .. ya mujib

      Padam
  5. Semoga baby Ina cepat sembuh dan keluar nicu. Memang sedih kalau berpantang tanpa anak di sisi kan. Alhamdulillah akhirnya bersalin jugak Ina. Tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. Memang berpantang kali ni cepat betul beremosi. Asyik teringatkan baby aje.. terima kasih mimi. Aamiin yra, ya mujib

      Padam
  6. Semoga baby ina kuat semangat dan boleh keluar wad.. InsyaAllah baby boleh balik rumah nanti tu...

    BalasPadam
  7. Pengalaman masing2 berlainan.. semoga baby Ina cepat sembuh.. and Ina jgn stress2 sgt.. jg diri dan Liez doakan ina dan baby sihat ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin doanya. Terima kasih liez.. moga yang baik2 utk Liez juga

      Padam
  8. Semoga baby sihat dan cepat keluar dari wad..baby kuat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, terima kasih. Baby discharged hari ahad.

      Padam
  9. Takotnya baca pengalaman ina. IQ ni pun menanti hari. Risau usah cerita. Saiit nak bersalin ni memang bukan main2. Huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehe.. pengalaman menakutkan 1st seumur hidup Ina ni. Biarlah ini yg terakhir. Tak sanggup dah. Moga dipermudahkan urusan IQ

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.