Merdeka!! 44 hari Berpantang (perintah berkurung)


Ahad, Mac 22, 2020
Perintah berkurung selama 44 Hari Berpantang | Harini adalah hari merdeka bagi Ina setelah menjalani perintah berkurung selama 44 hari, bagi Ina selaku ibu yang melahirkan baby. Alhamdulillah..


Pelbagai dugaan sepanjang tempoh berpantang ni sebenarnya. Walaupun anak Ina dah ada 3. Kali ni, Ina bentan urat. Suhu badan mencecah 38.6 pula.

 Bila demam sudah kebah. Alergik pula datang menyerang. Pantang ke 25 jika tak silap. Habis badan jadi gatal-gatal. Entah macam mana badan ni alergik secara tiba-tiba dengan ikan. Jadinya, segala jenis ikan tak boleh makan. Bertukar pula pada ayam,alhamdulillah. Tetapi mengambil sedikit masa untuk pulih alergik (kulit menggelupas di leher) . Emosi ketika ini, sangatlah stress.


 Kali ini berpantang, entahlah. Start dari demam haritu. Ada perkara seram berlaku sebenarnya. Selepas demam tu, Ina sambung berpantang di rumah mak selama 6hari.Dalam tempoh 6 hari tersebut,Ina ada ternampak kelibat hitam. Err, benda tu perhatikan Ina sewaktu dalam bilik ( jam lebih kurang 2 3 pagi).  Baby masa tu tak menangis, tetapi Ina pula yang seram.Badan kotor! apo nak baca. Sudahnya Ina tidur jelah. Beberapa hari juga benda tu intai Ina di rumah mak.


 100 hari menuju Kematian??


Bukan kat situ je benda tu habis. Berpantang hari ke-40 pula. Benda tu intai di rumah Ina pula. Masa ni, sambung berpantang di rumah sendiri dah. Entah nak cakaplah. Kelibat tu bukan menyerupai apa pun. Tetapi memang perasan sangat benda tu intai Ina 2 kali ketika di rumah.


Bila kes macam ni terjadi. Tiba-tiba teringat arwah aki Ina sebelum meninggal. Sewaktu di hospital,katanya ada orang muka bengis kerap intai dia. Itu kata-kata terakhir arwah sebelum meninggal. Mungkin malaikat maut kot yang menjenguk arwah aki.

Erm,berbalik kisah Ina pula. Semasa demam tu. 2 antara kening tu (tengah) berdenyut. Dan atas pusat pula berdenyut. Takkan kot 100 hari menuju kematian???

Ada yang menyuruh Ina buat penutup pantang. Korang rasa macam mana? Logik ke tu semua?


Alhamdulillah, harini sudah 46 hari. Maknanya Ina sudah merdeka dari berpantang. Tetapi kena sambung pula perintah berkurung di rumah akibat covid 19 bagi mengekang penularan wabak.


merdeka bersalin,covid 19, kuarantin

Merdeka!! 44 hari Berpantang (perintah berkurung) Merdeka!! 44 hari Berpantang (perintah berkurung) Reviewed by azlina ina on Ahad, Mac 22, 2020 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah, happy for u. Selamat hari kemerdekaan berpantang lah kan ;)

    singgah blogwalking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah.. tp sambung lagi berkurung. Hihihi. PKP pula.. takpelah,stay at home je sekarang ni

      Padam
  2. yeay..dah merdeka..sambung pulak PKP..hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.