Burung Membuat Sarang di Pokok Bidara

Sarang Burung Bersarang di Rumah | Petang semalam selepas saya pulang dari Klinik Kesihatan. Appointment baby Yusuf 5 bulan. Saya mula terperasan sarang burung yang berada di rumah saya.


Sebenarnya, saya fikir anak-anak yang meletakkan sampah begitu. Seperti sampah yang diletakkan di atas ranting pokok. Tetapi apabila saya telitinya, eh.. macam sarang burung. Kemudian mula lah tangan ni gatal nak google. Google sarang burung. Rupanya itu memang betul. Burung membuat sarang di dahan pokok yang kering. Ikutkan hati ni, memang saya nak potong ranting-ranting yang kering tu.


Pokok yang menjadi pilihan burung itu adalah pokok bidara. Saya rasa pokok bidara ni pun banyak sangat magik dia. Beberapa bulan lepas, semasa saya berpantang. Pokok dah nak mati. Kekeringan. Memang teruk gila la ranting nya. Memang tahap kena buang terus satu pasu. 

Entah macam mana, selepas saya habis berpantang. Pokok bidara ni kembali subur. Menghijau, kini ia kembali kekeringan. Tetapi dalam masa yang sama, pokok bidara ini menjadi pilihan burung untuk dijadikan tempat membuat sarangnya.

Pada mulanya saya terkejut. Ingatkan sarang lebah ke apa..

Sarang burung bawa rezeki





Ermm, banyak yang saya google. Maksud burung membuat sarang di rumah ni berkenaan rezeki. Entahlah, nak percaya. Jatuh syirik pula kan? Tetapi saya seronok sangat. Ada juga burung yang sanggup membuat sarangnya di rumah saya. Di sebalik pokok-pokok bidara yang dahannya kekeringan. 

Jika ingin dibandingkan  rumah-rumah jiran sebelah , lagi banyak pokoknya. Jiran sebelah kiri pula, banyak burung berhenti  makan. Tiap pagi,jiran ni sedekah makanan kepada burung merpati tersebut.


Namun, saya dan anak-anak paling tak sabar menunggu sarang tersebut siap sepenuhnya. Sarang burung ni, rendah sangat tau  Boleh di capai oleh anak-anak juga. Anak-anak dah mulai bertanya bila burung tersebut nak bertelur. Hahaha.. 

Begitulah pengalaman saya dan anak-anak yang tidak sabar menunggu sarang burung tersebut siap sepenuhnya. Ia adalah satu pengalaman yang paling indah buat kami seisi keluarga. 






type='text/javascript'>