Tips Elak Diri dari Perkara melalaikan (LAGHA)




LAGHA, elak perkara melalaikan



Tips Elak Diri dari Perkara melalaikan (LAGHA) | Setelah beberapa kejadian berlaku di depan mata saya. Saya rasa elok benar saya berikan tips untuk elak diri dari terus hanyut lagi lalai (LAGHA) dalam dunia yang sementara ini.

Antara tips elak dari melakukan perkara melalaikan adalah seperti di bawah :

Bertaubat

Setiap kali selepas solat fardhu bersama witir.

Kita sebagai manusia memang takkan terlepas melakukan sebarang dosa. Dosa secara sedar ataupun tidak. Sebab itu allah menyuruh kita berwuduk. Setiap anggota wuduk yang dibersihkan dengan air wuduk semuanya mempunyai maksud tersirat.

Contoh : 

Membasuh muka dengan air wuduk, tujuan membersihkan muka kita dari memandang / melihat sesuatu yang tidak elok.

Melalukan air wuduk ke pergelangan tangan. Kita banyak melakukan dosa dengan menggunakan tangan ( menaip atau menyebarkan fitnah di laman sosial tanpa sedar )

dan seterusnya..


Selalu dengar Ceramah

Bagi saya dengan mendengar ceramah, mampu membuatkan kita berubah dan insaf. Dapat input dari perkongsian ustaz atau ustazah.

Saya sarankan mendengar kata-kata nasihat dan ceramah dari Ebit Liew dan Ustazah Asma Harun. 

Ceramah dari mereka ini mampu menjentik hati sesiapa sahaja. Mungkin mereka berkongsi secara ikhlas bagi saham akhirat mereka. Sebab itulah dapat menjentik ke lubuk hati sesiapa sahaja.

Setiap kata-kata nasihat tersebut boleh di amalkan terus.


Dengar lagu ketuhanan atau zikir-zikir taubat

Alhamdulillah, yang ini pun betul dapat buat kita berubah. 
Misalnya mendengar zikir-zikir , lagu ketuhanan.

Selawat Tafrijiyah dan zikir penenanghati. Betul-betul berkesan. Menyentuh jiwa para pendengar.

Maksud selawat Tafrijiyah :

.Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.


(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.)


  1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  5. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
  6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Tips : 12 Tips rezeki lancar serta laju mengalir


Lakukan kebaikan seolah esok kita mati.


Yang SIHAT, tak semestinya lambat pergi meninggalkan dunia.
Yang SAKIT, tak semestinya pula akan meninggalkan dunia dengan cepat.


Ini mengingatkan saya kepada arwah. Arwah pada mulanya, dia ada tanda-tanda sakit kronik. Darah keluar di setiap rongga. Satu masa dahulu, orang sekeliling semua ingatkan arwah sudah sampai masanya. Tetapi tidak! Allah tidak izinkan nya lagi untuk meninggalkan dunia.

Dalam masa setahun, arwah sihat. Dan  beliau masih boleh beraya bersama anak cucu. Dan apabila arwah sihat. Allah tarik nyawa si arwah. Dari situ, saya telah insaf. Terasa begitu takut. 

Pengajaran disini ialah sentiasa berbuat baik seperti esok hari kita mati. Jadi, mari lah sama-sama tinggalkan perkara yang melalaikan dan segera bertaubat sementara pintu taubat masih dibuka luas. Semoga dengan kisah saya ini dapat mengelakkan diri kalian daripada bersikap lalai. 

Renungkanlah.