Darah Nifas - Keguguran kali ke-2.

 Darah beku selepas keguguran. Aku pun pelik sebenarnya ni. Aku bukanlah pesakit darah tinggi mahupun mempunyai penyakit kronik lain. Tapi, yang aku nak ceritakan ialah darah aku jadi beku. Yang peliknya, darah tu jadi beku sejak aku keguguran kandungan ke-6.

 

Punca keguguran boleh baca > Asbab COVID19, aku keguguran.

 

 

darah nifas

 

 

 

    Alhamdulillah, kini aku sedang berpantang pada hari ke-8. Aku berpantang takde lah macam pantang bersalin ada baby  tu. Cuma aku hanya jaga pemakanan dan tetap menggunakan pilis, param dan sabun berherba. Itu jer. Berurut aku masih belum lakukan, sebab aku masih kuarantin hari tu kan. Bertungku pun tidak. Risau bertungku jadi penyebab darah beku.

 

    Berbalik kepada cerita darah beku tu. Aku sedar ianya berlaku keatas diriku semasa berada di hospital. Masa tu doktor nak ambil darah untuk ujian kuman dalam darah. Apabila darah pertama diambil, katanya darah menjadi pecah sebab proses mengambil darah sukar di urat ku. Urat pula halus macam baby. Itu punca darah pecah dan tidak boleh di baca bacaannya.

 

    Kali ke-2 darah di ambil, darah aku beku. Doktor pun pelik, kenapa darah aku ni jadi beku cepat. Sedangkan, darah di ambil tidak sampai 5 minit. Terus beku ..


"Awak ada makan ubat cair darah ke?" soal doktor dengan penuh kehairanan. 

 

"Vaksin awak? laju soalan yang terpacul dari mulutnya.


"Vaksin Pfizer." Jawabku dengan lebih tenang. Belum sempat aku bertanyakan soalan. Kelibat doktor muda telah hilang dari pandangan mataku. 


"Ahh, takpelah. Janji aku boleh balik juga malam ini." Getus hatiku. 



    Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa semasa di bahagian Kecemasan dan Trauma. Masa ni, aku dah berada di katil kritikal. Darah masih tidak berhenti. Apabila aku ke tandas untuk mengambil sample urin. Darah beku keluar sebesar saiz anak tikus yang baru lahir. Takut gila masa tu, menggigil juga aku masa tu sebenarnya. Masa ni, aku tak syak lagi apa yang serius. Tak sangka benda tu adalah darah beku sebenarnya. Darah yang keluar dalam bentuk cecair darah, dan apabila lama berada di luar ianya menjadi beku. 

 

 

    Dan, hari ke-5 darah nifas keluar. Pun darah merah pekat meleleh ke tumit kaki ku. Aku rasa risau sedikit. Berbekalkan semangat yang kuat, aku positifkan diri.  Terus masuk ke bilik untuk baring dan berehat, risau pula jika pengsan masa ni.


Selepas keguguran hari ke 25, baru lah badan ku bersih. Jika difikirkan, lama sangat darah nifas ni kan? tak normal macam orang lain. Sebab pernah tanya kepada doktor chineese, paling kurang adalah sekitar 7 hari.