ANEKDOT : MATA ( CONTACT LENS )


Ahad, November 22, 2020

 

ANEKDOT : MATA ( CONTACT LENS ) : Sedang matahari terpacak, aku seisi keluarga keluar bagi membeli persiapan terakhir sebelum majlis perkahwinan ku.

Masih ku ingat, hari Ahad kejadiannya.  Aantara ahli keluargaku yang menemani ku ialah mak, 2orang  adik perempuanku. Dan sudah tentu abah. Ya, mana mungkin abah tak pergi. Jika tak, masakan kami boleh bergerak. Abah lah orang penting kami saat itu. Aku masih tidak tahu memandu kereta. Penakut! Dan juga lemah semangat. 

 

 

anekdot kehidupan- mata- zaman remaja

 

Baru sahaja beberapa minit memasuki kereta Iswara berwarna kelabu. Kereta keluar dari perkarangan rumah. Ku kira beberapa Langkah sahaja, tiba-tiba..

 

“Arghh!” Jerit aku yang dalam ketakutan, bercampur baur antara panik.

 Aku menjerit tatkala yang lain sedang  berseronok dengan mood masing-masing yang asyik bercerita plan untuk shopping. Maklumlah, awal bulan. Ada gaji masuk.

Sambung ku lagi..

“Mak,abah. Habislah kali ni. Majlis lagi 2 hari ni. BUTA dah mata!” Kataku dengan separuh penyesalan.   { sambil menangis teresak }

 

Abah memberhentikan kereta secara mengejut. Dengan muka yang PANIK!

 

Perwatakan Abah :

 Seorang yang kelakar, Muka ala-ala mamak,Cepat kesiankan orang.Slang percakapan Kelantan.

 

 “Kenapa poklang. hantu masuk ke ?”

Abah ku  dari segi percakapan agak kasar bunyinya tapi dalam masa yang sama dia melawak sahaja.

“Bukan ( sambil teresak-esak aku menangis ). Contact lens naik kat atas mata dah”  Atas kelopak mata dah naik. Nyaris nak lekat diatas mata. Aduhhhh.. ( sambil sambung lagi menangis )

 

Dengan kuasa orang yang dalam ketakutan, entah bagaimana. Aku dengan spontannya, menarik keluar contact lens tersebut. Alhamdulillah, Berjaya dikeluarkan dengan izin allah.

 

"Okay, mak abah. Mata kaklang sudah OKAY. Dah tak buta. Kalau tak, entahlah nasib jadi buta sampai bila-bila."

 

Antara memori yang kekal terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Sungguh! Memang kelakar. Nasib baik tak kena cepuk dengan mak abah Ketika drama tersebut berlaku. Hahaha..

 

 -TAMAT- 


Anekdot pendek tentang Mata. Kisah ini semasa saya berumur 24 tahun.












 

 

ANEKDOT : MATA ( CONTACT LENS ) ANEKDOT : MATA ( CONTACT LENS ) Reviewed by azlina ina on Ahad, November 22, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.