F.A.Q Mengenai TIKTOK Mengikut Teori Azlina


Jumaat, April 23, 2021

 

lmu hari ini mengenai #tiktok . F.A.Q Tiktok mengikut teori Azlina. Sepanjang pengalaman saya di Tiktok. Mesti ramai tertanya bagaimana ingin naikkan followers di tiktok. Ini bukan followers beli yer. Ianya followers betul-betul orang.
 
 
 
 
 


Alhamdulillah, hasil penat lelah. Dapat lah cecah 1000 followers dalam masa seminggu , konsisten dan aktif di sana. Bukan seminggu buka akaun, tetapi seminggu struggle buat content.

Mengikut teori saya sendiri, mudah naik jika kita fokus.
Caranya :


1. Guna Muzik Trend di Tiktok


Gunakan muzik sedang trending secara mingguan. TikTok akan berikan notification supaya kita peka trending semasa. Muzik tengah hot.
 
Sebagai contoh : TT Rising yang sebetulnya untuk naik ke FYP


2. Volume


Sebaiknya buka volume sehingga habis untuk kita jadikan background video Tiktok. Ia berpotensi untuk masuk ke FYP ( for You Page ). Sebaliknya, jika Video TikTok [ VTT ] anda bercakap. Rendahkan volume muzik. Jangan tidak meletakkan muzik langsung.


3. Content


Nak buat content, pastikan jangan bercampur. Jika ia content lawak,hanya fokus kepada lawak sahaja.
Jika content bercampur, algorithm Tiktok sukar baca Niche kita tonjolkan. Sukar masuk ke FYP.
 

4. Lighting


Lighting mesti cantik. Jelas gambar anda. TikTok akan push Video TikTok [VTT] yang memenuhi kriteria syarat sahaja.
 
 

5. Berapa kali nak UP Video di TikTok


Mengikut terma Tiktok, sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Tetapi sebagai orang baru di Tiktok, anda mesti update setiap hari content. Satu hari 4 kali ya buat content.




6. Kekerapan Upload Video


Kekerapan update Video TikTok [VTT] pula ialah 2 jam untuk satu video sahaja. Jika terlalu banyak tanpa henti. Anda akan kena ban. TikTok anggap anda adalah robot.
 
 

7. LIVE


Anda boleh live di Tiktok jika followers mencecah 1000. LIVE di Tiktok mampu menjana pendapatan. Tetapi syaratnya adalah ketat. Tidak boleh ada kanak-kanak semasa sesi LIVE anda.



8. Rajin


Di Tiktok, anda mesti rajin buat TikTok walking. Iaitu rajin jalan-jalan di wall orang lain. Tinggalkan komen, like dan Follow orang lain juga. Jangan sombong.



9. Draft di TikTok


Andai kata, anda tidak mempunyai masa untuk post Video TikTok. Tidak mengapa. Anda hasilkan video secara bundle. Simpan dahulu, masuk draft. Jika anda mempunyai kelapangan masa, publish sahaja post tersebut.
 
 

10. Branding


Ya, platform yang bagus untuk branding kan diri anda. Kerana Tiktok 24 jam orang scroll. Secara tidak langsung, orang terpaksa stalk anda.
Jadi, buat lah content yang best-best dan bermanfaat.
 
 

11. Link


Boleh masukkan link socmedia lain di BIO anda. Sebagai contoh, lihat profile saya.
Mudah untuk orang hubungi kita.
 
 

12. Storytelling di TikTok


TikTok tidak suka kita menjual. Jadi, gunakan kemahiran anda untuk bercerita di sana. Mudah tak?
 
 

13. Q&A di TikTok


Untuk audien bertanyakan soalan kepada kita. Namun, Q&A ini tidak semua orang tahu akan fungsinya. Selain dari Q&A, audiens boleh bertanyakan di ruangan komen. Dan pemilik akaun tersebut boleh menjawab secara membuat video [ di galakkan, bagus ia dapat cipta trust antara audien] . Mampu mencipta komunikasi 2 hala.
 
 
 
 
Okay, sampai di sini sahaja perkongsian saya mengenai Tiktok. Jika ianya bermanfaat, tolong SHARE status saya ini. Jutaan terima kasih diucapkan buat anda yang mulia.
 
Nota kaki: Platform Tiktok bagus untuk orang bisnes , Influencer, blogger serta sesiapa sahaja yang ingin naikkan branding bagi tujuan marketing.

F.A.Q Mengenai TIKTOK Mengikut Teori Azlina F.A.Q Mengenai TIKTOK Mengikut Teori Azlina Reviewed by azlina ina on Jumaat, April 23, 2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.