Ini 6 Cara Saya Filter Emosi Negatif

     Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari Raya Aidilfitri buat umat islam di seluruh dunia. Alhamdulillah, hari ni sudah memasuki 8 syawal 1442H. Alhamdulillah, bagi yang menyempurnakan puasa 6 tu. Tahniah! Kebelakangan ini, rasa macam kosong pula. Entah lah, mood apa kali ni datang menyerang. Adakah terlalu mengikuti perkembangan seantero membuatkan saya begini? Takpelah, saya tinggalkan akan hal tersebut. Saya perlu fokus kepada kerja menulis saya. 

 

    Alhamdulillah, apabila saya tidak terlalu memikirkannya ( bukan tidak mengambil tahu langsung, cuma tidak menghadap 24 jam isu tersebut) . Saya rasa kembali energetik dan positif. Alhamdulillah, adakah itu salah satu sikap 'bangsa yang suka memporak perandakan umat islam?' 


emosi negatif kepada emosi positif
Ini 6 cara Filter Emosi Negatif




Ini 6 Cara Saya Filter Emosi Negatif!


Tidak Scroll Social Media 


    Kebanyakan antara friend list di social media, khususnya di Facebook paling banyak berkongsi hal-hal negatif. Dan satu lagi Twitter. Walau kedua social media tersebut aktif menyebarkan berita, ia amat merbahaya kepada tahap mental seseorang. Sedikit sebanyak dapat mencalarkan emosi seseorang buat mereka yang mempunyai anxiety. Boleh buatkan seseorang 'down semmangat' dan sebagainya.


Meluahkan 


    Adalah sifat saya, seorang yang gemarkan meluahkan dalam bentuk penulisan. Bukan melepaskan emosi, sebaliknya mengeluarkan cetusan hati dan idea melalui penulisan. Sebab bagi saya, jika tidak diluahkan dalam bentuk penulisan saya rasa secara tiba-tiba fikiran boleh menjadi 'writer block'. Jadi, sebagai seorang penulis, wajar jadikan menulis sebagai terapi minda. 

 

    Bukan itu sahaja, saya gian menulis. Selain meluahkan idea dan cetusan hati turut saya menggunakan semua platform seperti Facebook, Instagram, Twitter, blog dan juga Linkedin. Hanya berkongsi pengalaman dan tip menulis sahaja.  Sikap saya ini juga , terbawa sehingga saya menulis di dalam buku nota juga. Segala idea penulisan saya turut mencatat di dalam buku nota.

 

 

Sedekah Subuh

 

    Sedekah subuh bukan sahaja untuk menjadi kaya. Salah niat itu! Sebaliknya ia lebih kepada mencuci hati kita. Semasa bersedekah, titipkan juga doa- doa buat rakyat yang teraniya. Saudara seislam kita di sana. Dan, berkat sedekah subuh juga buatkan jiwa menjadi tenang. Banyak atau sedikit nilai sedekah terpulang, dengan niat 'ikhlas' memberi. Andai kata, anda susah untuk ke masjid untuk menghantar duit tabung subuh itu tadi. Transfer terus ke akaun masjid-masjid , madrasah mahupun bantuan pafalefestinefine ( risau artikel saya kena delete bila menulis dengan ejaan yang lengkap ).



Memberi Ilmu dan Tip


    Disebabkan saya suka bercerita orangnya, sering kali saya berkongsi kisah dan pengalaman saya sebagai seorang penulis yang hanya bekerja secara dari rumah ( freelance ). Bagaimana pengalaman saya menulis dari mula sehingga ke saat ini. Saya bukanlah orang siapa-siapa . Tetapi sikap kemanusiaan menjadikan saya ingin berkongsi tip dan motivasi berikut. Selain itu juga, saya pernah berada di bawah satu ketika dahulu.



Question and Answers


    Sering kali saya mendapat pertanyaan , dari individu yang tidak di kenali di facebook dan Linkedin mengenai tip menulis serta job penulisan. Alhamdulillah, jika ada yang boleh di jawab akan saya menjawab pertanyaan tersebut. Sebenarnya tiada ' lubuk emas' yang tepat untuk memancing job, sebaliknya penjenamaan diri perlu di lakukan setiap individu. Jika anda rajin dan konsisten, insyallah rezeki pasti mengejar anda. Selain itu, hal akhirat juga perlu di utamakan dari hal keduniaan.



Tidur Awal



    Untuk hari yang baru. Anda perlu lah masuk tidur awal. Sebelum tidur, lepaskan segala hal-hal dunia. Berhenti berfikir sebelum tidur. Bebaskan minda, memaafkan orang sekeliling dan juga redha apa yang berlaku pada hari tersebut. Alhamdulillah, hati tidak terasa berat untuk memikul masalah. 


    Jangan lupa juga, tidur awal dan niatkan untuk bangun di sepertiga malam. Kerana di situ ialah kekuatan diri kita. 



    Akhir kata dari saya, jangan memberatkan minda dengan isu-isu dunia. Yang akhirnya anda sendiri asyik beremosi dan selalu 'down semangat' serta hanyut dengan keduniaan. Dengan ini, sentiasa lah menjadi seorang yang positif mindanya. Bila kita positif, jiwa akan tenang dan seterusnya rezeki mudah menyerah kepada kita. Tidak percaya? Cuba dahulu.



Ikuti saya di social media berikut untuk tip motivasi dan penulisan :

 

Facebook > https://www.facebook.com/ina.norazlina

Linkedin > https://my.linkedin.com/in/azlina-ina-5469511a7/ms