Kerana sekecil-kecil job Ghostwriting

  Sebagai penulis upahan, agak  jarang aku mengambil upah menulis artikel bagi pihak pelanggan. Ini adalah di sebabkan kekangan waktu sebagai penulis upahan. Tetapi kali ini,  seolah terpanggil untuk mencuba. Alhamdulillah. Berkat beberapa tahun, mempunyai pengalaman sebagai blogger yang mengambil upah menulis produk review dan advertorial di kepunyaan blog sendiri. Namun , berbeza menulis bagi pihak pelanggan dan artikel sendiri ya. 


Oh ya, aku tidak mengambil upah menulis thesis dan assignment ya. Ia menyalahi etika sebagai seorang penulis upahan.

 

 

penulis upahan artikel
testimoni menulis artikel pelanggan

 

 

 

 


        Tiga hari yang lepas, aku mendapat whatsapp dari seorang client yang meminta menulis artikel dalam niche teknologi. Kira di luar kepakaran juga, alhamdulillah. Allah mudahkan jalan untuk mengarang artikel sepanjang 500 patah perkataan. Syukur sangat! Client pun berpuashati. Menjadi penulis upahan mestilah sentiasa cabar diri untuk menulis selain niche kewanitaan, kesihatan, kekeluargaan, keagamaan dan motivasi. 


        Mengimbau kembali saat aku mula menyertai kelas ghostwriter, tok guru smemberitahu bahawa artikel aku jenis santai. Kawan-kawan pun komen hal yang sama, namun  tidak pernah sedikit pun berkecil hati. Aku usahakan lagi. Bahkan, penulisan jenis santai dan formal ku seimbangkan dengan permintaan semasa. Hasil penulisan jenis santai membuatkan aku kekal sebagai content writer di salah sebuah page automotif. Jika di hitung, sudah hampir 12 bulan  menjadi penulis upahan mereka. 


        Penulisan formal hanya di gunakan bagi menulis untuk artikel, surat-surat rasmi dan manuskrip client sahaja. Hampir terlupa, anekdot pun aku menggunakan penulisan formal.


        Dan sekarang, alhamdulillah. Permintaan untuk  menulis artikel semakin banyak. Pernah menerima job menulis 90 artikel daripada bulan yang sama serta client sama. Ada client yang repeat menggunakan servis penulisan artikel ku juga. Dalam mengambil upah sebagai penulis , tidak menjadi syarat saya untuk mengambil atau menolak untuk menulis sesuatu artikel. Dari sekecil-kecil job menulis aku menerimanya, walaupun hanya satu artikel. Pernah mendapat job menulis artikel sebanyak 10 artikel dalam niche kecantikan. 


        Apabila menulis artikel bukanlah perlu sembarangan menulis. Mesti mempunyai isi dan fakta serta format  yang betul semasa menulis. Setelah menulis artikel pula, ada proses yang mesti lalui iaitu proses godam. Aku perlu memeriksa artikel tersebut supaya bersih daripada segala kesalahan ejaan dan tatabahasa. Sebelum kerja menulis di hantar kepada pelanggan, wajib periksa dahulu. Bagiku, ketelitian itu perlu ada dalam sikap seorang penulis. Jika tidak, anda bakal membunuh karier sendiri. 


            Pernah  di soal selidik oleh seorang rakan penulis, bagaimana aku boleh dapat dengan mudah 'job menulis' ini. Sedangkan dia lama dalam industri penulisan. Sebenarnya, dalam rezeki allah tidak janjikan kepada siapa yang lama atau baru. Kunci utamanya ialah marketing. Dalam dunia serba moden ini, marketing sangat perlu. Jika anda rajin, dengan mudahnya rezeki mendekati anda.


    Ada juga yang ingin menyertai team. Sebenarnya, aku tiada team tertentu untuk 'job menulis'. Team yang ada iaitu mejamenulisdotcom hanya lah team rakan ghostwriter lain iaitu founder nya ialah Nadia Syazwani. Aku hanya sebagai ahli sahaja. Kebanyakan job yang masuk adalah hasil  melakukan kerja-kerja marketing. Tidak di nafikan, jika ada job yang masuk melalui platform sendiri, akan di kenakan sedikit bayaran . Ini bagi menampung kos marketing. 

 

  Dan ada juga, rakan penulis lain yang salah faham. Jika ingin kan 'job menulis' perlu menyertai team mana-mana. Ini satu kesalahan ya! Sebenarnya prospek  ingin melihat portfolio anda sebagai penulis. Dari situ, kepercayaan akan datang.   

 

 Aku faham, dengan faktor ekonomi sekarang. Ramai yang perlukan pekerjaan tambahan dengan menulis. Ada juga rakan penulis menghantar portfolio kepada aku untuk tindakan , seterusnya memberi peluang buat mereka. Namun, semuanya bergantung kepada prospek. Sebab itu aku tegaskan di sini,  personal branding itu perlu dalam apa jua bisnes anda lakukan. Ini kerana bermula daripada kepercayaan.

 

    Seperti aku, sebelum  di beri 'job menulis'. Prospek terlebih dahulu menjadi rakan facebook selama berminggu lamanya. Kemudian setelah melihat hasil penulisanku di social media tersebut, prospek dengan yakin menggunakan servis penulisan ghostwriter. Tanpa berfikir panjang lagi, lantas menghubungi  di whatsapp serta melakukan pembayaran deposit untuk kerja-kerja ghostwriting. Alhamdulillah.. syukur apabila urusan di permudahkan allah. 

 

    Bagiku, jika kita tidak bersedia akan sesuatu. Allah tidak akan izinkan berlaku, begitu juga dengan hal kerezekian. Andai kata ilmu yang yang kita ada tidak mencukupi, allah juga tidak izinkan. Seharusnya, kita jangan terlalu ego dan sombong untuk menambah ilmu. Jika mempunyai kewangan, laburkan sedikit wang ringgit untuk menghadiri kelas-kelas penulisan. Selebihnya korbankan masa anda. Untuk permulaan agak sukar, tetapi percaya lah di penghujungnya akan manis.

 

                        Artikel santai > 12 Pintu Kerezekian 

 

    Akhir kata, bersyukur terlebih dahulu akan hal-hal kecil. Kemudian allah akan hadirkan yang lain pula. Jika makanan yang banyak tidak dapat di habiskan, mengeluh dan sebagainya. Bagaimana pula allah ingin memberi yang lain? semuanya bermula dengan sekecil-kecil job menulis sebagai penulis upahan.

 

type='text/javascript'>